Kembara hidup baru

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera, manusia boleh merancang tetapi perancangan ALLAH juga yang terbaik. Perbincangan awal sebelum UPSR 2015 telah dibuat dengan Abang Amirul Irfan untuk melanjutkan pelajaran di bidang Hafazan Al Quran selama tiga tahun sebelum menyambung bidang akademi. Keputusan UPSR dan PSRA alhamdulillah sangat cemerlang tetapi kami kekal dengan perancangan awal. Untuk mencapai matlamat kami masukan abang ke kem tahfiz Madrasah Tahfiz Sulaimaniyyah Bangi selama tiga minggu.

Amirul Irfan Amir

Selepas tiga minggu kem tahfiz minat abang kepada hafazan Al quran semakin berkurangan. Berbagai cara kami pujuk tetapi abang kekal dengan keputusannya jadi kami tak boleh memaksa. Aku mengambil keputusan untuk mencari sekolah agama swasta yang lain. Kenapa sekolah swasta kerana tarbiyyah hidup di sekolah agama swasta lebih bagus berbanding sekolah agama kebangsaan. Untuk menjadi manusia yang berjaya bukan sahaja bergantung kepada keputusana peperiksaan yang sangat baik tetapi lebih penting tarbiyyah hidup yang boleh dibawa dalam kehidupan yag sangat mencabar.

Amirul Irfan As Syddiq

Kami memberi beberapa pilihan dan akhirnya abang bersetuju untuk menyambung pelajaran ke As Syddiq Islamic School di Simpang Renggam Johor. Ini bukanlah sekolah yang asing untuk Abang kerana dulu masa tadika dan darjah satu pun sekolah di sini cuma masa tu nama sekolah ini lain iaitu sekolah agama Ghufran. lebih menarik untuk tingkatan satu ada program hafazan Al quran dan akademi. Semuga Abang terpilih.

Amirul Irfan bersama Denaihati

Memanglah sedih nak berpisah dengan anak setelah bersama siang dan malam selama dua belas tahun. Sekali melangkah keluar dari rumah bermakna Abang Irfan akan terus meninggalkan rumah untuk selama-lamanya kemudian menyambungkan pelajaran di Universiti dan masuk ke alam pekerjaan yang hanya akan pulang apabila cuti sekali sekala. Keluar sebagai seorang anak yang baru nak masuk alam remaja dan akan membesar bukan di depan mata adalah satu pengorbanan ibubapa demi menjadikan anak berjaya dunia akhirat.

Sekolah Agama As Syddiq Simpang Renggam

Ayah dan ibu mendoakan semua Abang Amirul Irfan berjaya menjadi manusia yang mendapat redha ALLAH dan kelak menjadi insan yang memberi manafaat kepada dunia.


Spread the love

95 Comments

  1. Setiap pengorbanan dalam usaha mencari ilmu akan mendapat ganjaran di sisi Allah SWT. Biasanya nak bagi anak minat nak belajar dalam bab agama dan tahfiz ni ibu bapa kena sentiasa bagi galakan dan nilai-nilai agama kepada anak-anak. Insyallah semangat anak nanti akan sentiasa subur untuk belajar agama.
    Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Segmen Dua Kerja Apa Kata BloggerMy Profile

  2. Selamat berjaya adik Amirul. Saya ikut mendoakan kejayaan adik dunia akhirat. Pengorbanan ibu bapa amatlah tak ternilai demi menjadikan kamu manusia sempurna iman dan muslim cemerlang.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!