Kembara Denaihati ke Afrika Selatan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, antara azam 2016 adalah mengembara ke Afrika Selatan. Memang tak lama buat keputusan apabila bos Masrukhin pelawa bermusafir ke Afrika Selatan sambil mengantar empat orang pelajar ke Madrasah Darul Uloom Zakariyah. Tak sangka azam mengembara ke Afrika Selatan dapat dicapai begitu awal sebab selalunya jadual kembara pada bulan April dan Mei.

tiket kembara Afrika Selatan

Travel Afrika Selatan KLIA

famili Denaihati kembara afrika selatan

Kali ini rombongan kembara bersama Ustaz Nur Effendi mudir Madrasah An Nur Muar, Hj Zainal, Hj Masrukhin, Datuk Yahya dan Ustaz Abu Bakar. Kembara Afrika Selatan kali ini menaiki penerbangan Etihad transit di Abu Dhabi dan Seychelles. Kos penerbangan pergi balik Kuala Lumpur – Johannesburg – Kuala Lumpur lebih kurang RM3900, kalau beli lebih awal lagi murah.

Kembara Afrika Selatan KLIA

transit Abu Dhabi ke Afrika Selatan

Alhamdulillah penerbangan mengikut jadual daripada Kuala Lumpur pada jam 7.20 pm daripada gate C12 terus ke Abu Dhabi, transit lebih kurang empat jam. Daripada Abu Dhabi terbang dengan Air Seychelles untuk transit ke dua. Di Seychelles delay lebih kurang dua jam kerana kerosakan pesawat. Alhamdulillah jam 2.20 pm kami mendarat di O R Tambo International Airport Johannesburg.

Airport Abu Dhabi

Airport Mahe Secychelles

Kali ini kena tahan untuk pemeriksaan tetapi kejap lebih kurang 10 minit tak macam di Macau kena tahan lebih sejam. Begitulah mengembara pasti ada cabaran. Daripada Lapangan Terbang Tambo kami menuju ke menaiki dua van dengan kos 1600 zar sejauh lebih kurang 50 KM. Pertukaran duit ZAR atau di panggil Rand RM1 = ZAR3.76 (16/1/2016). Sampai di Madrasah lebih kurang jam 4.30 pm waktu tempatan lebih kurang 31 jam perjalanan seluruhnya. Kedatangan kami di sambutan dengan hujan walaupun sebenarnya dah lama tak hujan di Johannesburg. Syukur. Masa untuk berehat dan makan mee segera kerana kelaparan.

Tambo International Airport

Alhamdulillah semua bersemangat walaupun perjalanan yang sangat jauh.

Nak ikut Kembara Afrika Selatan kami jom follow instagram Denaihati.

93 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!