Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kami bergerak dari Rotorua ke Wellington setelah makan malam di Nando’s. Memang mencabar memandu lebih 600 km dalam suasa malam melalui state highway one. Paling rugi tak dapat melihat keindahan Tasik Toupo yang katanya keluasan sebesar Singapore.
Dalam sinar bulan penuh yang sangat cantik kami melalui kawasan padang pasir yang terpacak gunung Ruapehu sebuah gunung berapi yang tidak aktif. Kalau siang memang nampak saji meliputi puncak gunung Ruapehu.
Jam satu pagi selepas memandu lebih enam jam kami sampai di Boulcott Suites apartment tempat kami menginap dua malam di Wellington. Uniknya New Zealand selepas jam sembilan malam kaunter service sudah tutup dan kunci ditinggalkan di dalam peti surat. Kami bergotong royong membawa bagasi yang banyak ke apartment tiga tingkat yang telah disewa secara online.
Selepas lebih dua jam di Dress Smart kami bergerak ke pelabuhan untuk beli tiket ferry ke Picton. Kemudian kami bergerak menuju lokasi nostalgia kepada sahabat kami Mohd Yusri iaitu Victoria Universiti. Beliau pernah belajar di sini pada tahun 1988 – 1991. Ini kali pertama beliau datang kembali sejak menamatkan pelajaran pada tahun 1991. Bagus juga idea melawat Universiti yang menjadi pendedahan kepada anak aku yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini. Berjalan dalam universiti merasai suasana sebenar membuatkan aku teringat pengalamaan belajar di UKM. Sempat bertemu beberapa orang pelajar Malaysia yang sedang menuntut antaranya Halim pelajar TESL tahun dua.
Di sebelah petang selepas makan tengah hari dan solat di bilik kami berjalan kaki di tengah bandar Wellington. Wellington tidaklah sesibuk Kuala Lumpur tetapi bersih dan teratur. Kami menaiki Cable Car ke puncak Botanic Garden untuk melihat pemandangan bandar Wellington yang sangat cantik.
Kami turun setelah lebih satu jam berposing di Wellington Botanic Garden. Walaupun jam baru menunjukkan 5 pm suasana Wellington dah semakin gelap, waktu maghrib masuk pada jam 5.05 pm dan isyak pada jam 6.40 pm. Kedai di Wellington dan hampir semua di New Zealand ditutup pada jam 6 pm tapi Yusri beritahu dulu masa beliau belajar lagi teruk jam 5 pm semua dah tutup.
Kami meneruskan berjalan kaki ke restoran Cinta Malaysia Kitchen yang terletak di tengah bandar Wellington antara beberapa restoran halal Wellington. David dan keluarga sahabat baik Yusri telah menunggu kami di restoran. Berada di dalam restoran Cinta Malaysia Kitchen terasa berada di Malaysia bukan sahaja kerana dekorasi tetapi majoriti pelanggan adalah dari Malaysia. Sempatlah kami berbual pendek dengan beberapa pelajar Malaysia yang juga makan di situ.
Berjalan seharian di Wellington benar-benar mengimbau nostalgia lama untuk Yusri yang pernah susah senang di sini selama empat tahun. Dapat menziarahi kembali universiti bersama keluarga dan makan di restoran yang biasa dijejaki semasa pelajar memang menyentuh hati.
Selesai makan kami pulang ke Bolcoutt Suite untuk berkemas dan berehat kerana esok perlu sampai awal di pelabuhan dan akan memandu jauh menuju Christchurch.
22 Comments
Jalan-jalan yang sangat menyenangkan, ingin rasanya bergabung dalam perjalanan wisata anda bersama menikmatinya! Salam!
Curahan rasa Edi – Aura Ide @ ..Liberty Reserve tidak bisa di akses (LR Tutup)
Ni yang semakin teruja nak bercuti ke sana juga
Curahan rasa wazy @ ..Teruja Dengan Raring Ringtail
terimakasih berkongsi pengalaman pengembaraan anda melallui coretan yang menarik ini,,,,moga perjalanan pengembaraan anda dan keluarga berserta teman teman sentiasa di berkati Allah,,,
Selamat menikmati perjalanan kembara bersama keluarga Denaihati
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Makanan Sumber Zat Besi
Seronok ada pengalaman mcm ni..hehe
Curahan rasa Hafizul @ ..Bila Mereka Bertanya Tentang Perkahwinan
Tiada apa yang lebih membahagiakan bila dapat melancong tengok tempat org bersama keluarga di sisi.
Curahan rasa Aina @ ..Bukan Sekadar Alas Kaki
Jadi Inspirasi semoga suatu saat bisa kembara dengan keluarga juga
Curahan rasa munir ardi @ ..Cara Cepat Mendapatkan Tiket Pesawat Murah dan Promo
Kenangan lama mengusik jiwa.
Curahan rasa akubiomed @ ..Resepi nasi Arab Mandy restoran Saba marvelous
Membaca entri kembara seperti ini, rasanya ikut terlibat didalamnya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Daftar Lengkap Pemenang Indonesian Movie Awards 2013
Moga suatu saat bisa ikutan kembara dengan keluarga
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Daftar Lengkap Pemenang Indonesian Movie Awards 2013
Tentunya hal ini akan menjadi pengalaman berharga bagi keluarga dan anak-anak semuanya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Daftar Lengkap Pemenang Indonesian Movie Awards 2013
MasyaAllah. .seronok nya..
Tuan..brapa nilai duit disana di brbanding gan ringgit msia…
Curahan rasa Daus Hafiz @ ..Tinggal plastik je..Alhamdulillah
Duit NZ lebih mahal NZD1 = RM2.56
Perjalanan yg banyak memberikan pengalaman yg sangat berguna terutamanya kpd anak2.semoga sentiasa dlm perlindunganNya…In ShaAllah
Curahan rasa orang kampung @ ..Perlu ditransformasi!
Akan banyak pengalaman menarik yang di dapat dalam kembara kali ini
Curahan rasa Ferry @ ..Tanda Penyakit Osteoporosis
jeles tengok orang mengembara nih, paling jeles kat budak2 tuh…hehe
Curahan rasa papa mifz @ ..Wordless Wednesday – Hadiah Tempat Ke-2
untungnya dapat membawa anak mengembara..
semoga semuanya selama dalam perjalanan
Curahan rasa Mus @ ..Merakam Gambar Burung Di Tingkap Rumah Pada Waktu Pagi
Putra-putri terlihat menikmati sekali kembaranya kali ini di New Zealand
Curahan rasa safiyhati @ ..Kandungan Zat Berbahaya Dalam Rokok
Comments are closed.