Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah tepat jam 7.30 am pada 11/8/2015 buat pertama kali menjejaki kaki di bumi matahari terbit yang menjadi impian sekian lama. Sudah merantau dari New Zealand sehingga ke Holland tidak rasa lengkap kalau belum singgah ke Tokyo sebuah kotaraya metropolitan yang terbesar di dunia. Kali ini aku memilih menaiki MAS penerbangan terus tujuh jam ke Airport Narita. Sebelum pergi buat sedikit kajian melalui google dan blog kekawan yang sudah sampai ke Jepun sebab yang paling nak tahu hal makan halal di Tokyo.


Alhamdulillah proses imigresen dan kastam berjalan lancar yang penting borang pendaratan mesti diisi penuh. Sebelum sampai dikaunter ada pertugas yang akan periksa borang pendaftaran kalau tak sempurna kena isi bagi sampai betul. Biasalah sebagai seorang netprenuer bila sampai je Airport Narita yang dicari adalah sim kad untuk memudahkan online. Sim kad utk broadband boleh dibeli di kiosk atau dikaunter yang memang banyak di lobi ketibaan. ada juga khidmat sewa wifi tapi aku tak smepat nak explore. Arahan untuk menaiki keretapi atau teksi atau bas untuk ke Tokyo juga ada disetiap pintu keluar. Sebab pertama kali jadi aku memilih menaiki teksi walaupun agak mahal berbanding menaiki keretapi supaya tidak tersasar dari arah tujuan. Jangan lupa tukar Ringgit ke Yen dan sebaiknya tukar di Malaysia untuk dapat nilai terbaik. Bukan apa tak semua money changer di luar negara terima Ringgit Malaysia. Nak selamat bawa US Dollar dimana-mana negara diterima,

Aku menginap di Hotel Countryard Marriot Ginza di tengah-tengah Tokyo. Alhamdulillah tak jauh daripada hotel ada beberapa restoran halal antaranya Restoran Rasa Malaysia yang sudah lebih 16 tahun beroperasi, Restoran Annam dan Restoran Konya. Masjid yang terdekat mengikut aplikasi Zabihah ialah Masjid Hiroo jarak kira-kira 1.8 km berhampiran dengan Kedutaan Besar Republik China. Tak jauh dengan masjid juga ada restoran halal iaitu Restoran Katatata yang menghidang masakan Chines Muslim dan Restoran Aladdin yang menghidangkan masakan arab. Selain itu boleh juga makan di Restoran Maharaja di kawasan Ginza kepada yang suka masakan India. Semasa makan di restoran Maharaja ni teringat kenangan makan di Restoran Maharaja di Paris. Jangan risau tentang restoran halal ada banyak di Tokyo. Tokyo adalah bandaraya paling banyak restoran di dunia melebihi 80,000 outlet.



Nak merasai nikmat mengembara di Tokyo aku berjalan lebih daripada 10 km menyusuri jalan dicelah bagunan pencakar langit. Melihat betapa disiplinnya warga Jepun dengan sopan santun yang memang tidak terlawan kita orang Kuala Lumpur. Paling best kemana sahaja aku pergi tempatnya bersih walaupun dilorong belakang bagunan. Sistem jalan yang sangat teratur dan pemandu teksi yang sangat berhemah jauh sangat kalau nak banding dengan sebahagian pemandu teksi Kuala Lumpur yang kelihatan kurang disiplin. Ada laluan pejalan kaki dan laluan basikal sebelah menyebelah jadi ramai warga Tokyo yang berbasikal. Jaring metro di Tokyo pun sangat canggih tapi tak sempat aku nak mencuba. Ternampak juga kelibat kereta laju antara kota yang kelihatan memang canggih.



Bagi melengkapi kembara singkat di Tokyo aku menaiki bas hip hop untuk menerokai kotaraya moden yang sangat besar. Rupanya sistem bas hip hop di Tokyo tidak sama dengan di kota London, Paris, Rome dan Amesterdam. Jenuh aku berjalan bolak balik nak menjadi lokasi hentian walaupun ada peta di tangan, rupanya hentiannya simple sahaja dan tiada agen menunggu seperti di tempat lain. Ada dua jenis bas iaitu satu trip tak boleh turun dan satu lagi jenis yang kita boleh turun dan tukar-tukar bas yang berlainan arah. Dua jam di atas bas hip hop dapatlah aku melihat keindahan Tokyo dengan bagunan moden dan lama yang unik, tokyo sky tree, sungai yang bersih mengalahkan Sungai Thames di London. Paling best ketika lalu di Akihabara City lokasi gajet paling best di Tokyo punyalah ramai manusia dengan lampu neon berwarni warna memang terbaik.



Antara keunikan kota Tokyo di bawah flyover keretapi semuanya dipenuhi dengan kedai samada restoran, cafe, kedai basikal, kedai pakaian dan sebagainya. Katanya semua kedai di bawah flyover keretapi ini tidak beralamat. Lagi satu memang benar seperti yang aku baca orang Jepun ni bila abis kerja tak akan balik tetapi menghabiskan masa bersama kawan-kawan di restoran dan cafe sehingga lewat malam. Majoriti restoran dan cafe memang penuh disebelah malam. Isteri akan malu jika suami mereka balik awal tak macam kat Malaysia kalau suami balik lewat mahu berpuluh miss call … jangan marah ya para isteri sebab ni kisah benar.

Memang tak puas kembara Denaihati di Tokyo kerana beberapa hari tak sempat nak pergi semua tempat menarik, nak kena ulang balik dan next trip mesti kena bawa famili. Paling tidak pun empat hari baru boleh cover menjejaki tempat menarik di Tokyo. Nak tengok gambar-gambar Denaihati travel di lebih 15 negara jom klik Gambar Menarik Denaihati kembara dunia.
188 Comments
teringin juga nak ke Jepun, tapi dengar orang cakap, agak mahal juga kos nak ke sana..:D
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
Betul tu. Ramai yang teringin nak ke sana. Kena simpan sikit buat bekal jalan-jalan nak pergi sana.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Kerja Senang Duduk Di Rumah
fuyyoo nak juga merasa pergi mengembara ke negara matahari terbit tu… macam best jer… hohi
kalau pergi ada orang sponsor lagi syok kan?teringin nak rasa makanan kat sana..shushi juga ke?hahaa
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
cantik-cantik gambarnya…macam best je pergi tokyo..teringin jugak satu hari nanti nak pegi ke sana bawa famili
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Huawei Honor 7 Recorded 9 Million Pre-order
Betul tu. Ramai yang teringin nak ke sana. Kena simpan sikit buat bekal jalan-jalan nak pergi sana jika ada kesempatan.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Kerja Senang Duduk Di Rumah
Cantik betul Tokyo nie. Boleh planning nak ke sini pulak bawak family…hehehe
Curahan rasa kamal @ ..Lisa Surihani Selamat Lahirkan Cahaya Mata Sulung ( 3 foto)
Betul tu. Kena rancang baik-baik jika nak kesana. Bawa keluarga bersama memang seronok kan.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Kerja Senang Duduk Di Rumah
mantap sekali perjalanannya,,tempatnya indah juga bersih ngga ada sampah. air sungainya juga bersih..keren
Curahan rasa obat jantung bengkak @ ..Testimoni Penyakit Jantung Bengkak
Betul tu. tempatnya bersih dan cantik. Sebab tu ramai yang nak kesana merasai suasananya.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Kerja Senang Duduk Di Rumah
jadi pengin ke sana nih. banyak sekali tempat yang menarik. aku suka
Curahan rasa de nature @ ..Inilah salep yang mampu merontokan kutil kelamin dalam 1 hari
Boleh kumpul wangnya. Nanti boleh pergi sana. Pergi dengan keluarga sekali yea.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Kerja Senang Duduk Di Rumah
Seronoknya Denaihati dah sampai Tokyo. Saya dah beberapa kali plan nak pergi, tapi masih tak jadi..
Curahan rasa Emie @ ..Backpackers Buddies Malaysia Family Day (Part 4) – Sukaneka & Penyampaian Hadiah
Insyallah nanti boleh set betul-betul. Memang seronok nampak Tuan DH pergi tokyo ni.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Kerja Senang Duduk Di Rumah
salah satu tempat idaman nak pegi jugak ni..plg tertarik dengan kebersihannya
Curahan rasa Mak Jemah Jual Vitamin @ ..Jangan Cangkung Selepas Bersalin
Betul tu, nampak bersih. Insyallah satu hari nanti boleh sampai harapnya.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Kerja Senang Duduk Di Rumah
Wah… tokyo… salah satu kota yang sampai sekarang ingin aku kunjungi. 🙂
Keren deh kayaknya ya Pak? 😀
Memang menarik nampak tempatnya, Harap suatu hari nanti dapat sampai juga ke sana.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Kerja Senang Duduk Di Rumah
kalau yang ada alahan @allergic rhinitis, mungkin perlu lebih bersedia jika ke jepun pada musim bunga atau musim luruh..takut ada yang tak tahan dengan debunga.
Curahan rasa Oja Samid @ ..Hidung Selalu Tersumbat | Tanda Resdung Atau Allergic Rhinitis?
Jika ada ahalan macam tu. Kena pergi waktu musim lain. Kalau tak pergi waktu tu memang seronok. dapat lihat banyak bunga.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Kerja Senang Duduk Di Rumah
jelessssnyaaaaaaa! tak pernah jejak kaki ke Jepun lagi. sobs! entah bila boleh travel ke sana. hurmmm.
Curahan rasa eyra @ ..#UsopWilchaMMM Usop Wilcha Menghonjang Makhluk Muzium
kaki travel cam ko, rasanya selalu tengok flight pnya tiket je kan, sekali gi Jepun ada offer..kompem ko beli..eh ye ke?hehee
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
Kena pergi sekali jika macam ni. Boleh simpan-simpan buat bekal jalan-jalan ke jepun.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Kerja Senang Duduk Di Rumah
wah!bestnya Denaihati sudah dapat berpeluang menjelajah ke negara orang,harapan dapat juga menjejak kan kaki ke negara orang juga suatu masa nanti,InshaAllah,.
Curahan rasa homestaybukitgambang @ ..Penginapan Di Homestay Bukit Gambang Melengkapi Percutian Ke Bukit Gambang Waterpark
Insyallah. Dah banyak temapt Tuan DH pergi. Berkongsi cerita dalam Blog DH untuk tatapan bersama.Bagi semanag untuk kita pergi sama.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Kerja Senang Duduk Di Rumah
Bagusnya masih ada beca yang digunakan sebagai pengangkutan..
Jepun memang terkenal dengan bandar bersih..kagum dengan sivik rakyatnya..
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Apakah Punca Kaki Kejang Semasa Mengandung?
banyak tempat menarik kat tokyo… patut la ramai yang nak sangat ke sana
Curahan rasa nikkhazami @ ..Telekung Reehans Pilihan Muslimah
bersih bandar tkyo ni. kagum dengan disiplin masayarakat mereka. diorng dah diajar dari kecil
Curahan rasa nikkhazami @ ..Telekung Reehans Pilihan Muslimah
Comments are closed.