Gambar Bersih 4.0 lain semangatnya

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sekali lagi Malaysia digegarkan dengan Bersih kali ini versi Bersih 4.0 lanjutan daripada Bersih 1.0, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0. Kuala Lumpur dibanjiri dengan gelombang kuning warna tema Bersih 4.0 walaupun diharamkan oleh KDN. Bersih kali ini semangatnya lain macam ketika Perdana Menteri DS Najib Razak dihantui dengan berbagai isu dari 1MDB hinggalah dana politik 2.6 billion serta kemerosotan matawang Ringgit berbanding USD yang agak ketara.

Klik sini utk belajar cara Jana income dalam USD

Bersih 4.0 berkumpul aman

Bersih 4.0 bermalam di Dataran Merdeka

Bersih 4.0 di Chow Kit

Bersih 4.0 di Masjid Jamek

Kali ini Bersih 4.0 berlansung 30 jam daripada 29/8 sehingga 30/8 membanjiri sekitar Dataran Merdeka mencari keadilan. Bersih 4.0 lebih bersemangat apabila mendapat sokongan moral dari mantan PM, Tun Mahathir yang turun 30 minit di Dataran Merdeka. Rakyat Malaysia sudah maklum Che Det menentang Najib bukan kerana menyokong Pembangkang tetapi untuk memastikan kelansungan Barisan Nasional memerintah Malaysia. Tun tak yakin jika Najib masih menjadi PM boleh memberi kemenangan kepada BN pada PRU14. PKR, DAP dan GHB telah mengambil pentas Bersih 4.0 kerana itulah sebenar tujuannya dengan sedikit sokongan daripada PAS.

peserta Bersih 4.0 tidur di jalanan

berbasikal di Bersih 4.0

Bersih 4.0 trafik sesak

solat jemaah Bersih 4.0

Orang politik ada perjuanganya dan yang fanatik politik akan memberi berbagai alasan untuk menyokong perjuangan mereka. Bagi aku yang penting bagaimana kita dapat menjadi insan yang memberi manafaat kepada dunia dengan apa cara sekali pun. Paling penting tindakan kita mendapat redha ALLAH. Semuga Bersih 4.0 yang dihadiri beratus ribu rakyat berbagai golongan akan berlansung aman damai tiada kekecohan yang akan mencemar keharmonian negara yang terlalu mahal nilainya. Dalam sejarah Islam tiada formula ramai semestinya menang.

Tun Mahathir di Bersih 4.0

Asbab daripada Bersih 4.0 persiapan pasukan eQurban yang sepatutnya menyertai #FiestaBlogshop‬ Medan Pasar Kuala Lumpur tertangguh sedikit. Team terpaksa masuk di awal pagi untuk mengelakkan bertembung dengan kesesakan yang amant sangat. Tapi mungkin ada hikmahnya manalah tahu beratus ribu penyokong Bersih 4.0 akan menyerbu booth eQurban untuk buat tempahan qurban lembu dan kambing di Kemboja dan Mekah. Akhirnya kejayaan manusia di sini ALLAH adalah mereka yang istiqomah beramal mengikut perintah ALLAH ikut sunnah Rasulullah SAW.

gerai eQurban Bersih 4.0

Kelas FB ads jemaah bisnis denaihati

Jemaah Bisnis Denaihati pulak membuat pilihan tidak menyertai Bersih 4.0 tetapi berkampung di Hotel Bangi Putrajaya untuk belajar ilmu FB ads bagi menjayakan #Projek2015 bagi melahirkan seberapa ramai usahawan online yang berjaya. Ini cara kami memberi sumbangan kepada ummah.

191 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!