Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah tepat jam 7.30 am pada 11/8/2015 buat pertama kali menjejaki kaki di bumi matahari terbit yang menjadi impian sekian lama. Sudah merantau dari New Zealand sehingga ke Holland tidak rasa lengkap kalau belum singgah ke Tokyo sebuah kotaraya metropolitan yang terbesar di dunia. Kali ini aku memilih menaiki MAS penerbangan terus tujuh jam ke Airport Narita. Sebelum pergi buat sedikit kajian melalui google dan blog kekawan yang sudah sampai ke Jepun sebab yang paling nak tahu hal makan halal di Tokyo.
Alhamdulillah proses imigresen dan kastam berjalan lancar yang penting borang pendaratan mesti diisi penuh. Sebelum sampai dikaunter ada pertugas yang akan periksa borang pendaftaran kalau tak sempurna kena isi bagi sampai betul. Biasalah sebagai seorang netprenuer bila sampai je Airport Narita yang dicari adalah sim kad untuk memudahkan online. Sim kad utk broadband boleh dibeli di kiosk atau dikaunter yang memang banyak di lobi ketibaan. ada juga khidmat sewa wifi tapi aku tak smepat nak explore. Arahan untuk menaiki keretapi atau teksi atau bas untuk ke Tokyo juga ada disetiap pintu keluar. Sebab pertama kali jadi aku memilih menaiki teksi walaupun agak mahal berbanding menaiki keretapi supaya tidak tersasar dari arah tujuan. Jangan lupa tukar Ringgit ke Yen dan sebaiknya tukar di Malaysia untuk dapat nilai terbaik. Bukan apa tak semua money changer di luar negara terima Ringgit Malaysia. Nak selamat bawa US Dollar dimana-mana negara diterima,
Aku menginap di Hotel Countryard Marriot Ginza di tengah-tengah Tokyo. Alhamdulillah tak jauh daripada hotel ada beberapa restoran halal antaranya Restoran Rasa Malaysia yang sudah lebih 16 tahun beroperasi, Restoran Annam dan Restoran Konya. Masjid yang terdekat mengikut aplikasi Zabihah ialah Masjid Hiroo jarak kira-kira 1.8 km berhampiran dengan Kedutaan Besar Republik China. Tak jauh dengan masjid juga ada restoran halal iaitu Restoran Katatata yang menghidang masakan Chines Muslim dan Restoran Aladdin yang menghidangkan masakan arab. Selain itu boleh juga makan di Restoran Maharaja di kawasan Ginza kepada yang suka masakan India. Semasa makan di restoran Maharaja ni teringat kenangan makan di Restoran Maharaja di Paris. Jangan risau tentang restoran halal ada banyak di Tokyo. Tokyo adalah bandaraya paling banyak restoran di dunia melebihi 80,000 outlet.
Nak merasai nikmat mengembara di Tokyo aku berjalan lebih daripada 10 km menyusuri jalan dicelah bagunan pencakar langit. Melihat betapa disiplinnya warga Jepun dengan sopan santun yang memang tidak terlawan kita orang Kuala Lumpur. Paling best kemana sahaja aku pergi tempatnya bersih walaupun dilorong belakang bagunan. Sistem jalan yang sangat teratur dan pemandu teksi yang sangat berhemah jauh sangat kalau nak banding dengan sebahagian pemandu teksi Kuala Lumpur yang kelihatan kurang disiplin. Ada laluan pejalan kaki dan laluan basikal sebelah menyebelah jadi ramai warga Tokyo yang berbasikal. Jaring metro di Tokyo pun sangat canggih tapi tak sempat aku nak mencuba. Ternampak juga kelibat kereta laju antara kota yang kelihatan memang canggih.
Bagi melengkapi kembara singkat di Tokyo aku menaiki bas hip hop untuk menerokai kotaraya moden yang sangat besar. Rupanya sistem bas hip hop di Tokyo tidak sama dengan di kota London, Paris, Rome dan Amesterdam. Jenuh aku berjalan bolak balik nak menjadi lokasi hentian walaupun ada peta di tangan, rupanya hentiannya simple sahaja dan tiada agen menunggu seperti di tempat lain. Ada dua jenis bas iaitu satu trip tak boleh turun dan satu lagi jenis yang kita boleh turun dan tukar-tukar bas yang berlainan arah. Dua jam di atas bas hip hop dapatlah aku melihat keindahan Tokyo dengan bagunan moden dan lama yang unik, tokyo sky tree, sungai yang bersih mengalahkan Sungai Thames di London. Paling best ketika lalu di Akihabara City lokasi gajet paling best di Tokyo punyalah ramai manusia dengan lampu neon berwarni warna memang terbaik.
Antara keunikan kota Tokyo di bawah flyover keretapi semuanya dipenuhi dengan kedai samada restoran, cafe, kedai basikal, kedai pakaian dan sebagainya. Katanya semua kedai di bawah flyover keretapi ini tidak beralamat. Lagi satu memang benar seperti yang aku baca orang Jepun ni bila abis kerja tak akan balik tetapi menghabiskan masa bersama kawan-kawan di restoran dan cafe sehingga lewat malam. Majoriti restoran dan cafe memang penuh disebelah malam. Isteri akan malu jika suami mereka balik awal tak macam kat Malaysia kalau suami balik lewat mahu berpuluh miss call … jangan marah ya para isteri sebab ni kisah benar.
Memang tak puas kembara Denaihati di Tokyo kerana beberapa hari tak sempat nak pergi semua tempat menarik, nak kena ulang balik dan next trip mesti kena bawa famili. Paling tidak pun empat hari baru boleh cover menjejaki tempat menarik di Tokyo. Nak tengok gambar-gambar Denaihati travel di lebih 15 negara jom klik Gambar Menarik Denaihati kembara dunia.
188 Comments
Jepang!! siapapun pasti ingin kesana. apalagi saya yang hanya baru travel lokal. Sukses buat abang. semoga bisa menginspirasi kami. amien
jepang!! salah satu destinaasi impian bagi para traveler. dan abang sudah kesana. luar biasa!! semoga tulisan abang bisa menjadi penyemangat kami.. amin.
Menarik…Bestnya….teringin ke sana…
tak sangka mudah cari makanan halal kat sana..
Itulah, ingatkan sukar nak cari makanan halal. Memang teringin nak ke sana tengok bunga Sakura,
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..4 Amalan Terbaik Sepanjang Mengandungkan Bayi Agar Bayi Sihat, Cerdik dan Mudah Dijaga.
tak sangka nampak ada ABC kat Jepun juga ye, tengok kat Youtube, vending machine paling special
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
Maafkan saya, lama tak menjenguk. Hehe. Tokyo memang best, kalau pergi Jepun memang kena trip banyak kali.. Tak puas jelajah seluruh pelusuk.
Curahan rasa Rara Zack @ ..Ketagih jadi Fasilitator!
disiplin orang jepun dah tentunya cukup berbeza sekali…
banyak komik jepun boleh borong dekat sana..
nak gi kembara dekat negara jepun jugak laaa…
Curahan rasa abdfatah @ ..Jika Anda Mahu Bayar Hutang Ptptn Anda Mesti Tahu Cara Percuma Tersebut. Hahh? Percuma?
kalau aku pergi, nak buat apa borong komik, macam la faham baca..ahaha..aku nak tengok vending machine depa, tengok macam canggih beb
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
Menarik.. Antara tempat yang ingin dilawati satu hari nanti. InsyaAllah. Jauh perjalanan luas pemandangan.
cukup duitnya nanti, tempah tiket time murah atau travel fair, kompem best
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
Menarik. Belum berpeluang sampai di sana. In Sha Allah, suatu hari nanti akan ku jejak bumi Yamasushita ini.
Curahan rasa shima @ ..Travel : Belajar Bahasa Asing sambil Melancong
Menarik. Belum berpeluang sampai di sana. In Sha Allah, suatu hari nanti akan ku jejak bumi Yamasushita ini.
Bestnya melihat anda di sana. Semoga suatu hari nanti saya juga akan turut ke sana. In sha Allah..
InsyaAllah, Amin. Mek ila pun harapa dapat jejakkan kaki ke sana 1 hari nanti.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..4 Amalan Terbaik Sepanjang Mengandungkan Bayi Agar Bayi Sihat, Cerdik dan Mudah Dijaga.
Wah! Pergi Jepun tu..bestnya. Negara Jepun memang bersih dan kemas, walaupun belum pernah pergi lagi. Ini berdasarkan pemerhatian saya layan cerita Ultraman, Ryukendo dengan anak 🙂
Curahan rasa Nurul @ ..3 Manfaat Herba-Lax kepada kita
Bab Ultraman ni memang kelakar. Memang si abang pernah ajak ke Jepun untuk berjumpa ultraman.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..4 Amalan Terbaik Sepanjang Mengandungkan Bayi Agar Bayi Sihat, Cerdik dan Mudah Dijaga.
pemerhatian cerita Ultraman…ok, ini memang komen paling kelakar sekali.ahahaa
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
Menarik..saya pernah ke sana 2 tahun lepas..memang teringin nak ke sana lagi..lebih-lebih lagi bila tgk gambar anda.
Untung lah sapa yang dah pernah pergi & berpeluang lagi pergi.Kompem tak puas jalan punya tuh.
Curahan rasa SuperNifz @ ..Amalan Gaya Hidup Sihat
Saya juga berimpian untuk kembara di negara Jepun suatu hari nanti..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Best Sarapan Pagi Buat Sendiri
InsyaAllah Amin. Jom HB, ramai-ramai kita travel ke Jepun. Pasti meriah!
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..4 Amalan Terbaik Sepanjang Mengandungkan Bayi Agar Bayi Sihat, Cerdik dan Mudah Dijaga.
komik manga jepun sudah mula mengatasi komik hong kong dan amerika, tapi saya masih minat komik hong kong.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan Gred U29
dah lama tak layan komik-komik ni..dulu berkotak-kotak komik ada kat rumah.semak je
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
Baru tahu di sana senang mencari makanan halal, komik anime yang mengujakan Ani 🙂
Curahan rasa Ani Haryani @ ..7 Mitos Unik & Fakta Yang Betul Tentang Buah-Buahan
banyaknya komik kat jepun, kebanyakannya crita animasi orang jepun yang buat
Curahan rasa iuzira @ ..duchess.closet
Zaman dulu-dulu memang suka baca & kumpul komik2 dari negara Jepun nih.
Curahan rasa SuperNifz @ ..Amalan Gaya Hidup Sihat
Comments are closed.