Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah tepat jam 7.30 am pada 11/8/2015 buat pertama kali menjejaki kaki di bumi matahari terbit yang menjadi impian sekian lama. Sudah merantau dari New Zealand sehingga ke Holland tidak rasa lengkap kalau belum singgah ke Tokyo sebuah kotaraya metropolitan yang terbesar di dunia. Kali ini aku memilih menaiki MAS penerbangan terus tujuh jam ke Airport Narita. Sebelum pergi buat sedikit kajian melalui google dan blog kekawan yang sudah sampai ke Jepun sebab yang paling nak tahu hal makan halal di Tokyo.
Alhamdulillah proses imigresen dan kastam berjalan lancar yang penting borang pendaratan mesti diisi penuh. Sebelum sampai dikaunter ada pertugas yang akan periksa borang pendaftaran kalau tak sempurna kena isi bagi sampai betul. Biasalah sebagai seorang netprenuer bila sampai je Airport Narita yang dicari adalah sim kad untuk memudahkan online. Sim kad utk broadband boleh dibeli di kiosk atau dikaunter yang memang banyak di lobi ketibaan. ada juga khidmat sewa wifi tapi aku tak smepat nak explore. Arahan untuk menaiki keretapi atau teksi atau bas untuk ke Tokyo juga ada disetiap pintu keluar. Sebab pertama kali jadi aku memilih menaiki teksi walaupun agak mahal berbanding menaiki keretapi supaya tidak tersasar dari arah tujuan. Jangan lupa tukar Ringgit ke Yen dan sebaiknya tukar di Malaysia untuk dapat nilai terbaik. Bukan apa tak semua money changer di luar negara terima Ringgit Malaysia. Nak selamat bawa US Dollar dimana-mana negara diterima,
Aku menginap di Hotel Countryard Marriot Ginza di tengah-tengah Tokyo. Alhamdulillah tak jauh daripada hotel ada beberapa restoran halal antaranya Restoran Rasa Malaysia yang sudah lebih 16 tahun beroperasi, Restoran Annam dan Restoran Konya. Masjid yang terdekat mengikut aplikasi Zabihah ialah Masjid Hiroo jarak kira-kira 1.8 km berhampiran dengan Kedutaan Besar Republik China. Tak jauh dengan masjid juga ada restoran halal iaitu Restoran Katatata yang menghidang masakan Chines Muslim dan Restoran Aladdin yang menghidangkan masakan arab. Selain itu boleh juga makan di Restoran Maharaja di kawasan Ginza kepada yang suka masakan India. Semasa makan di restoran Maharaja ni teringat kenangan makan di Restoran Maharaja di Paris. Jangan risau tentang restoran halal ada banyak di Tokyo. Tokyo adalah bandaraya paling banyak restoran di dunia melebihi 80,000 outlet.
Nak merasai nikmat mengembara di Tokyo aku berjalan lebih daripada 10 km menyusuri jalan dicelah bagunan pencakar langit. Melihat betapa disiplinnya warga Jepun dengan sopan santun yang memang tidak terlawan kita orang Kuala Lumpur. Paling best kemana sahaja aku pergi tempatnya bersih walaupun dilorong belakang bagunan. Sistem jalan yang sangat teratur dan pemandu teksi yang sangat berhemah jauh sangat kalau nak banding dengan sebahagian pemandu teksi Kuala Lumpur yang kelihatan kurang disiplin. Ada laluan pejalan kaki dan laluan basikal sebelah menyebelah jadi ramai warga Tokyo yang berbasikal. Jaring metro di Tokyo pun sangat canggih tapi tak sempat aku nak mencuba. Ternampak juga kelibat kereta laju antara kota yang kelihatan memang canggih.
Bagi melengkapi kembara singkat di Tokyo aku menaiki bas hip hop untuk menerokai kotaraya moden yang sangat besar. Rupanya sistem bas hip hop di Tokyo tidak sama dengan di kota London, Paris, Rome dan Amesterdam. Jenuh aku berjalan bolak balik nak menjadi lokasi hentian walaupun ada peta di tangan, rupanya hentiannya simple sahaja dan tiada agen menunggu seperti di tempat lain. Ada dua jenis bas iaitu satu trip tak boleh turun dan satu lagi jenis yang kita boleh turun dan tukar-tukar bas yang berlainan arah. Dua jam di atas bas hip hop dapatlah aku melihat keindahan Tokyo dengan bagunan moden dan lama yang unik, tokyo sky tree, sungai yang bersih mengalahkan Sungai Thames di London. Paling best ketika lalu di Akihabara City lokasi gajet paling best di Tokyo punyalah ramai manusia dengan lampu neon berwarni warna memang terbaik.
Antara keunikan kota Tokyo di bawah flyover keretapi semuanya dipenuhi dengan kedai samada restoran, cafe, kedai basikal, kedai pakaian dan sebagainya. Katanya semua kedai di bawah flyover keretapi ini tidak beralamat. Lagi satu memang benar seperti yang aku baca orang Jepun ni bila abis kerja tak akan balik tetapi menghabiskan masa bersama kawan-kawan di restoran dan cafe sehingga lewat malam. Majoriti restoran dan cafe memang penuh disebelah malam. Isteri akan malu jika suami mereka balik awal tak macam kat Malaysia kalau suami balik lewat mahu berpuluh miss call … jangan marah ya para isteri sebab ni kisah benar.
Memang tak puas kembara Denaihati di Tokyo kerana beberapa hari tak sempat nak pergi semua tempat menarik, nak kena ulang balik dan next trip mesti kena bawa famili. Paling tidak pun empat hari baru boleh cover menjejaki tempat menarik di Tokyo. Nak tengok gambar-gambar Denaihati travel di lebih 15 negara jom klik Gambar Menarik Denaihati kembara dunia.
188 Comments
insya Allah kami akan bercuti ke jepun pada tahun hadapan, kalau target syarikat tercapai.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan Gred U29
menarik tu, trip syarikat, tentu ada agenda lawatan ke sana nampaknya
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
Wah bertuahnya tuan DH dapat pergi ke Tokyo, semoga satu hari nanti Murni dapat menjejakkan kaki ke Tokyo. Teringin sangat nak lihat budaya mereka. Part ABC tu, bila tengok rasa macam nak makan pulak tengah-tengah malam ni….nampak sedap
Curahan rasa Murni Mohd Yusof @ ..Telekung Reehans Pilihan Muslimah
Seronok melihat gambar-gambar DH di Tokyo.. Doakan semoga suatu hari nanti saya akan dapat ke Tokyo juga..
Sudah lama mengidam mahu ke sama, tak masih tak kesampaian.
Ameeeeen.. 🙂
Curahan rasa Oh Kerjaya @ ..Review Rahsia Bijak Temuduga
Ada juga beca yang menggunakan tenaga manusia di Jepun..kasihan juga saya melihat senario tersebut..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Bina Blog Gaya Kehidupan Blogger
berlainan betul cara hidup orang jepun dan kita di Malaysia ni kan..
Curahan rasa Dinar Emas @ ..4 Cara Elakkan Dari Tertipu Dengan Emas Palsu
Mesti lah berbeza kerana orang jepun sangat berdisiplin manakala orang kita santai sahaja.
Curahan rasa mrhanafi @ ..Bina Blog Gaya Kehidupan Blogger
bersih dah mirip yang ada di film. rapi aman tak bising
Curahan rasa senapan angin @ ..Senapan Angin Gejluk Pasopati Murah Terbaik
Jepun memang best kerana tempat yang bersih dan disiplin rakyatnya tahap tertinggi..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Bina Blog Gaya Kehidupan Blogger
Seronoknya banyak berjalan luas pemandangan. Suami pernah kerja di Jepun, sampai sekarang dia dok puji disiplin dan kebersihan orang sana.
Curahan rasa Maizura @ ..Pudina / Mint Dalam Miracle Refreshing Scent
Part para isteri malu kalau suami mereka pulang awal tue memang betul. Walaupun habis kerja awal, mereka takkan terus balek ke rumah. Biasanya salary man lepas habis kerja pukul 5 ptg akan terus pergi minum dgn kawan2, karaoke, atau melepak di kedai2 elektrik yang berlambak di bandaraya Tokyo… 🙂
Curahan rasa arnie @ ..Bahaya Plak Kolesterol Dalam Pembuluh Darah
kalau isteri dah tau suami balik lambat sebab berhuha huha pun malu jugak ye..hiii..memang tak tercapai akal saya orang Malaysia.
Curahan rasa Maizura @ ..Pudina / Mint Dalam Miracle Refreshing Scent
Balik lewat sekadar nak lepak apa maknanya..lain lah kalau lepak kat masjid dapat pahala beriktikaf..apa apapun itu memang budaya mereka..kitak nak cakap apa pun memang tak boleh la..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Bina Blog Gaya Kehidupan Blogger
insyaallh bulan 12 ni akan sampai ke tokyo..tak sabar rasenye..hehe
Curahan rasa Coway Malaysia @ ..Coway Water Filter Pilihan Rakyat
Kat Tokyo pun ada ABC..
Memang hilang la rindukan masakan Malaysia..
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Kaedah Semulajadi Menghilangkan Jerawat TANPA Kos yang Mahal
Wow…bestnya dapat pergi ke Tokyo, negara Matahari terbit yang terkenal dengan adab mereka terhadap displin terhadap pekerjaan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..#SehatiSejiwa Tema, Logo, Lagu & Lirik Hari Kemerdekaan Malaysia 2015
Mereka ni hidup penuh dengan disiplin..
Kalau mereka ni beragama Islam dan negara pun agama rasminya Islam, pasti lebih gerun US
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Kaedah Semulajadi Menghilangkan Jerawat TANPA Kos yang Mahal
Sejak ringgit jatuh ni ramai yg tukar plan dgn bercuti dlm negara je..
Curahan rasa nikkhazami @ ..Instagram Kini Menyokong Gambar Landskap
Yup betul tu Nik… ramai yang dah mula berfikit 100 kali untuk melancong ke luar negara. Lebih baik hentikan dulu untuk melawat negara luar pada masa sekarang ini
Curahan rasa sensasi2020 @ ..#SehatiSejiwa Tema, Logo, Lagu & Lirik Hari Kemerdekaan Malaysia 2015
Kalau yang memang berkemampuan tiada masalah kalau nak pergi.
Cuma pertukaran wang tu sedikit menyesakkan ..
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Jom Jadi Ahli Shaklee Sempena Program YES Shaklee!
Kalau RM dah stabil boleh la melancong ke Jepun..
Negara yang perlu dilawati…
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Jom Jadi Ahli Shaklee Sempena Program YES Shaklee!
jepun ada kemudahan pengangkutan awam yang lebih baik dari Malaysia, bila lah Malaysia nak naik taraf kemudahan awam.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Kumpul Duit Kahwin Dengan ASB
Pengangkutan awam di Jepun memang terbaik, kita pun semacam mahu tiru macam mereka tetapi sekarang ini nak buay projek mega pasti terbantuk akibat kejatuhan nilai ringgit sekarang ini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..#SehatiSejiwa Tema, Logo, Lagu & Lirik Hari Kemerdekaan Malaysia 2015
yeop suka sangat kalau diberi peluang untuk melancong dan membina persahabatan di sana. kena banyakkan membaca dan mempelajari bahasa inggeris dan jepun.
Kadang-kadang nak ke luar negara perlu pandai bahasa inggeris, walau pun tidak pandai bahasa Jepun tak apa. Kalau pandai kedua-duanya lagi bagus.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..#SehatiSejiwa Tema, Logo, Lagu & Lirik Hari Kemerdekaan Malaysia 2015
Comments are closed.