Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah tepat jam 7.30 am pada 11/8/2015 buat pertama kali menjejaki kaki di bumi matahari terbit yang menjadi impian sekian lama. Sudah merantau dari New Zealand sehingga ke Holland tidak rasa lengkap kalau belum singgah ke Tokyo sebuah kotaraya metropolitan yang terbesar di dunia. Kali ini aku memilih menaiki MAS penerbangan terus tujuh jam ke Airport Narita. Sebelum pergi buat sedikit kajian melalui google dan blog kekawan yang sudah sampai ke Jepun sebab yang paling nak tahu hal makan halal di Tokyo.
Alhamdulillah proses imigresen dan kastam berjalan lancar yang penting borang pendaratan mesti diisi penuh. Sebelum sampai dikaunter ada pertugas yang akan periksa borang pendaftaran kalau tak sempurna kena isi bagi sampai betul. Biasalah sebagai seorang netprenuer bila sampai je Airport Narita yang dicari adalah sim kad untuk memudahkan online. Sim kad utk broadband boleh dibeli di kiosk atau dikaunter yang memang banyak di lobi ketibaan. ada juga khidmat sewa wifi tapi aku tak smepat nak explore. Arahan untuk menaiki keretapi atau teksi atau bas untuk ke Tokyo juga ada disetiap pintu keluar. Sebab pertama kali jadi aku memilih menaiki teksi walaupun agak mahal berbanding menaiki keretapi supaya tidak tersasar dari arah tujuan. Jangan lupa tukar Ringgit ke Yen dan sebaiknya tukar di Malaysia untuk dapat nilai terbaik. Bukan apa tak semua money changer di luar negara terima Ringgit Malaysia. Nak selamat bawa US Dollar dimana-mana negara diterima,
Aku menginap di Hotel Countryard Marriot Ginza di tengah-tengah Tokyo. Alhamdulillah tak jauh daripada hotel ada beberapa restoran halal antaranya Restoran Rasa Malaysia yang sudah lebih 16 tahun beroperasi, Restoran Annam dan Restoran Konya. Masjid yang terdekat mengikut aplikasi Zabihah ialah Masjid Hiroo jarak kira-kira 1.8 km berhampiran dengan Kedutaan Besar Republik China. Tak jauh dengan masjid juga ada restoran halal iaitu Restoran Katatata yang menghidang masakan Chines Muslim dan Restoran Aladdin yang menghidangkan masakan arab. Selain itu boleh juga makan di Restoran Maharaja di kawasan Ginza kepada yang suka masakan India. Semasa makan di restoran Maharaja ni teringat kenangan makan di Restoran Maharaja di Paris. Jangan risau tentang restoran halal ada banyak di Tokyo. Tokyo adalah bandaraya paling banyak restoran di dunia melebihi 80,000 outlet.
Nak merasai nikmat mengembara di Tokyo aku berjalan lebih daripada 10 km menyusuri jalan dicelah bagunan pencakar langit. Melihat betapa disiplinnya warga Jepun dengan sopan santun yang memang tidak terlawan kita orang Kuala Lumpur. Paling best kemana sahaja aku pergi tempatnya bersih walaupun dilorong belakang bagunan. Sistem jalan yang sangat teratur dan pemandu teksi yang sangat berhemah jauh sangat kalau nak banding dengan sebahagian pemandu teksi Kuala Lumpur yang kelihatan kurang disiplin. Ada laluan pejalan kaki dan laluan basikal sebelah menyebelah jadi ramai warga Tokyo yang berbasikal. Jaring metro di Tokyo pun sangat canggih tapi tak sempat aku nak mencuba. Ternampak juga kelibat kereta laju antara kota yang kelihatan memang canggih.
Bagi melengkapi kembara singkat di Tokyo aku menaiki bas hip hop untuk menerokai kotaraya moden yang sangat besar. Rupanya sistem bas hip hop di Tokyo tidak sama dengan di kota London, Paris, Rome dan Amesterdam. Jenuh aku berjalan bolak balik nak menjadi lokasi hentian walaupun ada peta di tangan, rupanya hentiannya simple sahaja dan tiada agen menunggu seperti di tempat lain. Ada dua jenis bas iaitu satu trip tak boleh turun dan satu lagi jenis yang kita boleh turun dan tukar-tukar bas yang berlainan arah. Dua jam di atas bas hip hop dapatlah aku melihat keindahan Tokyo dengan bagunan moden dan lama yang unik, tokyo sky tree, sungai yang bersih mengalahkan Sungai Thames di London. Paling best ketika lalu di Akihabara City lokasi gajet paling best di Tokyo punyalah ramai manusia dengan lampu neon berwarni warna memang terbaik.
Antara keunikan kota Tokyo di bawah flyover keretapi semuanya dipenuhi dengan kedai samada restoran, cafe, kedai basikal, kedai pakaian dan sebagainya. Katanya semua kedai di bawah flyover keretapi ini tidak beralamat. Lagi satu memang benar seperti yang aku baca orang Jepun ni bila abis kerja tak akan balik tetapi menghabiskan masa bersama kawan-kawan di restoran dan cafe sehingga lewat malam. Majoriti restoran dan cafe memang penuh disebelah malam. Isteri akan malu jika suami mereka balik awal tak macam kat Malaysia kalau suami balik lewat mahu berpuluh miss call … jangan marah ya para isteri sebab ni kisah benar.
Memang tak puas kembara Denaihati di Tokyo kerana beberapa hari tak sempat nak pergi semua tempat menarik, nak kena ulang balik dan next trip mesti kena bawa famili. Paling tidak pun empat hari baru boleh cover menjejaki tempat menarik di Tokyo. Nak tengok gambar-gambar Denaihati travel di lebih 15 negara jom klik Gambar Menarik Denaihati kembara dunia.
188 Comments
insyaAllah yeop memilih negara Jepun sebagai negara pertama yeop jejak kaki apabila berpeluang melancong di luar negara.
Semoga niat Yeop diberkati Allah… dan apabila sampai masanya saya doakan Yeop berpeluang pergi ke sana..
Curahan rasa anuar @ ..Rahsia Affiliate Ninja – The Nemesis dibongkar!
Niat Yeop amat baik dan perlu support daripada agensi pelancongan atau cari bajet yang paling murah untuk ke negara luar. Bolehlah pergi yang terdekat di Indonesia ke?
Curahan rasa sensasi2020 @ ..#SehatiSejiwa Tema, Logo, Lagu & Lirik Hari Kemerdekaan Malaysia 2015
lagipun, mereka telah diajar bagaimana mendisiplinkan diri kita, sehingga negara lain pun ikut cara mereka di sana.
sebenarnya yeop tau Tokyo mempunyai budaya dan kelasnya tersendiri, terutamanya disiplin dan hormat-menghormati antara satu sama lain.
bukan nak katalah, tapi sebenarnya Tokyo adalah bandar pertama yeop bakal jejakkan kaki apabila berpeluang melancong ke luar negara.
Bestnya Jepun ni walaupun bukan negara Islam, tetapi cara kehidupan mereka banyak melambangkan keperibadian yang perlu ditonjolkan seperti yang disarankan agama Islam
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Kaedah Semulajadi Menghilangkan Jerawat TANPA Kos yang Mahal
Suka baca bab tokyo yang bersih tu. Memang berimpian ke sana. Moga Allah permudahkan
Curahan rasa Aryn Fadz Lee @ ..TINGKATKAN IMUNISASI BADAN DENGAN NUTRIFERON AGAR TIDAK MUDAH JATUH SAKIT
In Shaaa Allah… Amin… doakan saya sekali supaya berpeluang menjejakkan kaki ke sana…
Curahan rasa anuar @ ..Rahsia Affiliate Ninja – The Nemesis dibongkar!
Memang satu negara yang perlu dicontohi rakyat negara kita, sangat bersih persekitarannya
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Ketahui Kepentingan Komponen B-complex
Jauh berjalan luas pandangan. Bestnya Tuan Denaihati dapat jejaki ke Tokyo. Satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan nanti.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Telekung Reehans Pilihan Muslimah
Menarik sungguh bandar Tokyo, Jepun. Bilalah agaknya dapat ke sana. Negara matahari terbit yang begitu pesat membangun dengan teknologi robot mereka.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Telekung Reehans Pilihan Muslimah
Teknologi robot di Jepun memang terbaik.. tapi sekarang ni Korea juga mampu menyaingi mereka dari segi teknologi robotik… di tempat saya kebanyakan robot yg kami ada dari Korea..
Curahan rasa anuar @ ..Rahsia Affiliate Ninja – The Nemesis dibongkar!
dah lama teringin nak ke sana. Insha Allah tahun depan sampailah. Para para sakura di Jepun. Hehe
Seronoknya dengar berita ni… semoga urusan tuan dipermudahkan Allah S.W.T…
Curahan rasa anuar @ ..Rahsia Affiliate Ninja – The Nemesis dibongkar!
jauh perjalanan luas pemandangan. belum berkesempatan nak pergi luar negara.
Kos yang mahal membantutkan saya ke Tokyo. lainlah kalau ada yang sponser. Hebat ya negara Jepun ni, lebih lagi Tokyo.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Telekung Reehans Pilihan Muslimah
menarik sungguh gambar2 di sana..sampai yang tukang tengok nie pun rasa macam nak pergi juga. 😀
Curahan rasa Oja Samid @ ..Ini Boleh Membantu Anda yang Susah Memandu Malam Kerana Rabun Silau
Tengok foto saja dah dapat merasai kehebatan berada di bandar Tokyo. Nyaman dan kita lihat bersih bandarnya., berbeza dengan bandar Kuala Lumpur.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Telekung Reehans Pilihan Muslimah
Nampak hidup betul waktu malam di Tokyo. Destinasi yang menarik utk dikunjungi!
Jepun negara kepulauan… udara malam dekat sana mesti best… nyaman gitu..
Curahan rasa anuar @ ..Rahsia Affiliate Ninja – The Nemesis dibongkar!
Belum ada rezeki sampai ke negara matahari terbit….. Apa-apa pun memang lejen lah pakai baju Arsenal kat sana…. COYG!
Curahan rasa alizal @ ..Boleh Ke Pemain Asing Wakil Malaysia Dalam Bolasepak?
Kesempatan tu ada, cuma bajet yang membataskan kita untuk melancong ke sana, lebih lagi dengan nilai wang kita yang jatuh teruk.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Telekung Reehans Pilihan Muslimah
Beruntungnye dpt melancong overseee.. kite see je mampu… inshaAllah one day… 😀
Curahan rasa fara @ ..Nano Lighter Cream ( Cream Pencerah Ketiak, Celah Peha, Miss V, etc)
Nak pergi tokyo jugakkkkkkkkkk :'( Nak tengok budaya hidup orang Jepun yang dikatakan high class tu…
Curahan rasa Si Galah Panjang @ ..#OhMyKelate #01
Comments are closed.