Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah tepat jam 7.30 am pada 11/8/2015 buat pertama kali menjejaki kaki di bumi matahari terbit yang menjadi impian sekian lama. Sudah merantau dari New Zealand sehingga ke Holland tidak rasa lengkap kalau belum singgah ke Tokyo sebuah kotaraya metropolitan yang terbesar di dunia. Kali ini aku memilih menaiki MAS penerbangan terus tujuh jam ke Airport Narita. Sebelum pergi buat sedikit kajian melalui google dan blog kekawan yang sudah sampai ke Jepun sebab yang paling nak tahu hal makan halal di Tokyo.
Alhamdulillah proses imigresen dan kastam berjalan lancar yang penting borang pendaratan mesti diisi penuh. Sebelum sampai dikaunter ada pertugas yang akan periksa borang pendaftaran kalau tak sempurna kena isi bagi sampai betul. Biasalah sebagai seorang netprenuer bila sampai je Airport Narita yang dicari adalah sim kad untuk memudahkan online. Sim kad utk broadband boleh dibeli di kiosk atau dikaunter yang memang banyak di lobi ketibaan. ada juga khidmat sewa wifi tapi aku tak smepat nak explore. Arahan untuk menaiki keretapi atau teksi atau bas untuk ke Tokyo juga ada disetiap pintu keluar. Sebab pertama kali jadi aku memilih menaiki teksi walaupun agak mahal berbanding menaiki keretapi supaya tidak tersasar dari arah tujuan. Jangan lupa tukar Ringgit ke Yen dan sebaiknya tukar di Malaysia untuk dapat nilai terbaik. Bukan apa tak semua money changer di luar negara terima Ringgit Malaysia. Nak selamat bawa US Dollar dimana-mana negara diterima,
Aku menginap di Hotel Countryard Marriot Ginza di tengah-tengah Tokyo. Alhamdulillah tak jauh daripada hotel ada beberapa restoran halal antaranya Restoran Rasa Malaysia yang sudah lebih 16 tahun beroperasi, Restoran Annam dan Restoran Konya. Masjid yang terdekat mengikut aplikasi Zabihah ialah Masjid Hiroo jarak kira-kira 1.8 km berhampiran dengan Kedutaan Besar Republik China. Tak jauh dengan masjid juga ada restoran halal iaitu Restoran Katatata yang menghidang masakan Chines Muslim dan Restoran Aladdin yang menghidangkan masakan arab. Selain itu boleh juga makan di Restoran Maharaja di kawasan Ginza kepada yang suka masakan India. Semasa makan di restoran Maharaja ni teringat kenangan makan di Restoran Maharaja di Paris. Jangan risau tentang restoran halal ada banyak di Tokyo. Tokyo adalah bandaraya paling banyak restoran di dunia melebihi 80,000 outlet.
Nak merasai nikmat mengembara di Tokyo aku berjalan lebih daripada 10 km menyusuri jalan dicelah bagunan pencakar langit. Melihat betapa disiplinnya warga Jepun dengan sopan santun yang memang tidak terlawan kita orang Kuala Lumpur. Paling best kemana sahaja aku pergi tempatnya bersih walaupun dilorong belakang bagunan. Sistem jalan yang sangat teratur dan pemandu teksi yang sangat berhemah jauh sangat kalau nak banding dengan sebahagian pemandu teksi Kuala Lumpur yang kelihatan kurang disiplin. Ada laluan pejalan kaki dan laluan basikal sebelah menyebelah jadi ramai warga Tokyo yang berbasikal. Jaring metro di Tokyo pun sangat canggih tapi tak sempat aku nak mencuba. Ternampak juga kelibat kereta laju antara kota yang kelihatan memang canggih.
Bagi melengkapi kembara singkat di Tokyo aku menaiki bas hip hop untuk menerokai kotaraya moden yang sangat besar. Rupanya sistem bas hip hop di Tokyo tidak sama dengan di kota London, Paris, Rome dan Amesterdam. Jenuh aku berjalan bolak balik nak menjadi lokasi hentian walaupun ada peta di tangan, rupanya hentiannya simple sahaja dan tiada agen menunggu seperti di tempat lain. Ada dua jenis bas iaitu satu trip tak boleh turun dan satu lagi jenis yang kita boleh turun dan tukar-tukar bas yang berlainan arah. Dua jam di atas bas hip hop dapatlah aku melihat keindahan Tokyo dengan bagunan moden dan lama yang unik, tokyo sky tree, sungai yang bersih mengalahkan Sungai Thames di London. Paling best ketika lalu di Akihabara City lokasi gajet paling best di Tokyo punyalah ramai manusia dengan lampu neon berwarni warna memang terbaik.
Antara keunikan kota Tokyo di bawah flyover keretapi semuanya dipenuhi dengan kedai samada restoran, cafe, kedai basikal, kedai pakaian dan sebagainya. Katanya semua kedai di bawah flyover keretapi ini tidak beralamat. Lagi satu memang benar seperti yang aku baca orang Jepun ni bila abis kerja tak akan balik tetapi menghabiskan masa bersama kawan-kawan di restoran dan cafe sehingga lewat malam. Majoriti restoran dan cafe memang penuh disebelah malam. Isteri akan malu jika suami mereka balik awal tak macam kat Malaysia kalau suami balik lewat mahu berpuluh miss call … jangan marah ya para isteri sebab ni kisah benar.
Memang tak puas kembara Denaihati di Tokyo kerana beberapa hari tak sempat nak pergi semua tempat menarik, nak kena ulang balik dan next trip mesti kena bawa famili. Paling tidak pun empat hari baru boleh cover menjejaki tempat menarik di Tokyo. Nak tengok gambar-gambar Denaihati travel di lebih 15 negara jom klik Gambar Menarik Denaihati kembara dunia.
188 Comments
kalau ada teman yang tinggal di jepun, boleh minta dia bawa kita jalan jalan ke tempat yang menarik di sana.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Kerjaya Pembantu Penguasa Kastam Gred W17
Betul tu, memang seronok kalau ada kawan-kawan yang boleh temankan kita untuk berjalan ke sana dan kemari. Mereka pun dah familiar kat tempat tu, jadi lagilah mudah nak bergerak di sana.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..5 Makanan Penambah Kesuburan Isteri Agar Peluang Hamil Lebih Cerah ~
As-Salam
Hebat Tuan
Banyak perkara yang boleh dipelajari dari Jepun
Curahan rasa Asia Biz @ ..AirAsia Promotion | Cheap Flights From Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Kuching, Penang, Johor Bahru, Alor Setar, Bintulu, Kota Bharu, Labuan, Langkawi, Miri, Sandakan, Sibu and Tawau
Orang jepun mempunyai disiplin yang tinggi… ada orang jepun pernah tinggal selama beberapa bulan dekat rumah kawan saya di Malaysia… sepanjang beliau tinggal dgn kawan saya, byk teguran yg diberikan tentang corak kehidupan di Malaysia. . Antaranya cara memandu kereta, memakai tali pinggang keledar semasa memandu, adab semasa bercakap dll..
Curahan rasa anuar @ ..Rahsia Affiliate Ninja – The Nemesis dibongkar!
Lama dah teringin nak jejak kaki ke Jepun nih. Tak pe la nih usha-usha dulu gambar-gambar yang ada.Harap-harap satu hari nanti le jejakkan kaki pulak 😉
Curahan rasa SuperNifz @ ..Cara Mengatasi Kulit Wajah Kering Secara Semulajadi
Samalah kita… teringin sangat sebenarnya saya nak bawa keluarga pergi ke Jepun… tapi, budget belum cukup… nak pergi sorang2 memang tak bestlah… huhuhu..
Curahan rasa anuar @ ..Rahsia Affiliate Ninja – The Nemesis dibongkar!
Saya suka dengan sikap mereka yang bagus untuk dicontohi. Terutamanya dalam bab kerja dan masa.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Contoh Kerja Jobdirumah Remove Like FB
Ya betul…. orang jepun mempunyai komitmen yang sgt tinggi semasa bekerja… kemudian menepati masa. . Sebab itu semasa era pemerintahan tun M, kita disyorkan supaya pandang ke Jepun..
Curahan rasa anuar @ ..Rahsia Affiliate Ninja – The Nemesis dibongkar!
meski pun jepun bukanlah sebuag negara islam, ada banyak perkara yang boleh dicontohi, misalnya ketepatan masa.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Kerjaya Pembantu Penguasa Kastam Gred W17
Itu sudah semestinya tuan Ikhwan Fahmi… rakyat di seluruh negara Jepun mempunyai disiplin yang sangat tinggi… terutamanya dari segi ketepatan masa…
Curahan rasa anuar @ ..Rahsia Affiliate Ninja – The Nemesis dibongkar!
Alhamdulillah.dah sampai ke tokyo. Memang seronok jalan-jalan sana. macam-macam ada di tokyo.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Boleh Buat Duit
InsyaAllah satu hari nanti. Dari dulu teringin nak tengok Bunga Sakura mengembang dan berbunga dengan indah.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..5 Makanan Penambah Kesuburan Isteri Agar Peluang Hamil Lebih Cerah ~
Alhamdulillah.dah sampai ke tokyo. Memang seronok jalan-jalan sana. macam-macam ada.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Boleh Buat Duit
Gambar beca manusia tu mengingatkan saya dengan citer citer jepun lama2
Curahan rasa siti hazreen @ ..7 Soalan Yang Selalu Ditanya Oleh Calon SPM Tentang Institusi Pengajian Tinggi
Mesti teringat cerita samurai kan? Semasa zaman saya darjah satu, darjah dua dulu menang suka sangat layan cerita Samurai.. memang best..
Curahan rasa anuar @ ..Rahsia Affiliate Ninja – The Nemesis dibongkar!
saya juga punya keinginan untuk ke negara matahari terbit ni. Semoga diberikan rezeki untuk sampai ke sana. InsyaAllah.
Baca entry ini, baru tahu ada restoran rasa malaysia dekat jepun. Hehehehe. terima kasih kerana kongsikan.
Curahan rasa haffizuliskandar @ ..Teknik promosikan diri melalui blogging.
Ya.. keinginan dan impian kita sama… semoga satu hari nanti, kita juga berpeluang menjejakkan kaki ke sana…
Curahan rasa anuar @ ..Rahsia Affiliate Ninja – The Nemesis dibongkar!
diberkati sungguh sebab berpeluang melancong ke negara lain. hope one day kami sekeluarga dapat pergi . Amin.
Entri terbaru mamakirschen :
Curahan rasa mamakirschen @ ..Apa itu apendiks?
Memang seronok jika dapat pergi tempat orang. Macam-macam benda boleh juma sana.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Macam Mana Nak Dapat Duit Online Jobdirumah
diberkati sungguh sebab berpeluang melancong ke negara lain. hope one day kami sekeluarga dapat pergi . Amin.
Entri terbaru mamakirschen : APA ITU APENDIKS
Curahan rasa mamakirschen @ ..Apa itu apendiks?
In Shaa Allah.. semoga doa untuk menjejakkan kaki ke Jepun dimakbulkan Allah S.W.T..
Curahan rasa anuar @ ..Rahsia Affiliate Ninja – The Nemesis dibongkar!
Alhamdulillah,DH Telah pun menjejaki Tokyo,harap dapat juga melancong melihat negara orang satu masa kelak,buat masa sekarang mahu pusing Malaysia untuk satu projek,InshaAllah Jika Di izinkanNya,.Semoga Terus Berjaya Buat Denaihati dan Teman-Teman Semua,Ameen,.
Curahan rasa ohpilihanku @ ..Kisah Saudagar jadi peminta sedekah selepas enggan tunai zakat
Oklah tu.. cuti-cuti dalam Malaysia pun tak kurang hebatnya… lagipun waktu ringgit Malaysia tengah merudum ni, eloklah kita bercuti dalam Malaysia..
Curahan rasa anuar @ ..Rahsia Affiliate Ninja – The Nemesis dibongkar!
seronok tgok orang cuti obersea…
semoga saya juga ada peluang holiday ke tempat orang…inshaallah
Curahan rasa jida @ ..Cara Hilangkan Jerawat yang Mengganggu Keyakinan Diri
In Shaa Allah… semoga doa kita dimakbulkan Allah S.W.T… dapat melawat negara orang dan meluaskan pandangan… mensyukuri nikmat keindahan alam semester ciptaan Allah S.W.T..
Curahan rasa anuar @ ..Rahsia Affiliate Ninja – The Nemesis dibongkar!
Masa currency tengah turun orang tengah pening, tapi denaihati relaks aje..Memang menarik kalau dapat melancong ke Jepun..
Curahan rasa Sani @ ..35 Tips Pelajar Cemerlang Dato’ Dr Fadzillah Kamsah
Salam silaturahmi dari negeri tetangga ni Wan? sukses selalu. ikut meramaikan blog yang sudah tersohor di negeri ini.
Curahan rasa kang Jum @ ..Menikmati Profesi Yang Sedang Di Jalani
Comments are closed.