Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah tepat jam 7.30 am pada 11/8/2015 buat pertama kali menjejaki kaki di bumi matahari terbit yang menjadi impian sekian lama. Sudah merantau dari New Zealand sehingga ke Holland tidak rasa lengkap kalau belum singgah ke Tokyo sebuah kotaraya metropolitan yang terbesar di dunia. Kali ini aku memilih menaiki MAS penerbangan terus tujuh jam ke Airport Narita. Sebelum pergi buat sedikit kajian melalui google dan blog kekawan yang sudah sampai ke Jepun sebab yang paling nak tahu hal makan halal di Tokyo.
Alhamdulillah proses imigresen dan kastam berjalan lancar yang penting borang pendaratan mesti diisi penuh. Sebelum sampai dikaunter ada pertugas yang akan periksa borang pendaftaran kalau tak sempurna kena isi bagi sampai betul. Biasalah sebagai seorang netprenuer bila sampai je Airport Narita yang dicari adalah sim kad untuk memudahkan online. Sim kad utk broadband boleh dibeli di kiosk atau dikaunter yang memang banyak di lobi ketibaan. ada juga khidmat sewa wifi tapi aku tak smepat nak explore. Arahan untuk menaiki keretapi atau teksi atau bas untuk ke Tokyo juga ada disetiap pintu keluar. Sebab pertama kali jadi aku memilih menaiki teksi walaupun agak mahal berbanding menaiki keretapi supaya tidak tersasar dari arah tujuan. Jangan lupa tukar Ringgit ke Yen dan sebaiknya tukar di Malaysia untuk dapat nilai terbaik. Bukan apa tak semua money changer di luar negara terima Ringgit Malaysia. Nak selamat bawa US Dollar dimana-mana negara diterima,
Aku menginap di Hotel Countryard Marriot Ginza di tengah-tengah Tokyo. Alhamdulillah tak jauh daripada hotel ada beberapa restoran halal antaranya Restoran Rasa Malaysia yang sudah lebih 16 tahun beroperasi, Restoran Annam dan Restoran Konya. Masjid yang terdekat mengikut aplikasi Zabihah ialah Masjid Hiroo jarak kira-kira 1.8 km berhampiran dengan Kedutaan Besar Republik China. Tak jauh dengan masjid juga ada restoran halal iaitu Restoran Katatata yang menghidang masakan Chines Muslim dan Restoran Aladdin yang menghidangkan masakan arab. Selain itu boleh juga makan di Restoran Maharaja di kawasan Ginza kepada yang suka masakan India. Semasa makan di restoran Maharaja ni teringat kenangan makan di Restoran Maharaja di Paris. Jangan risau tentang restoran halal ada banyak di Tokyo. Tokyo adalah bandaraya paling banyak restoran di dunia melebihi 80,000 outlet.
Nak merasai nikmat mengembara di Tokyo aku berjalan lebih daripada 10 km menyusuri jalan dicelah bagunan pencakar langit. Melihat betapa disiplinnya warga Jepun dengan sopan santun yang memang tidak terlawan kita orang Kuala Lumpur. Paling best kemana sahaja aku pergi tempatnya bersih walaupun dilorong belakang bagunan. Sistem jalan yang sangat teratur dan pemandu teksi yang sangat berhemah jauh sangat kalau nak banding dengan sebahagian pemandu teksi Kuala Lumpur yang kelihatan kurang disiplin. Ada laluan pejalan kaki dan laluan basikal sebelah menyebelah jadi ramai warga Tokyo yang berbasikal. Jaring metro di Tokyo pun sangat canggih tapi tak sempat aku nak mencuba. Ternampak juga kelibat kereta laju antara kota yang kelihatan memang canggih.
Bagi melengkapi kembara singkat di Tokyo aku menaiki bas hip hop untuk menerokai kotaraya moden yang sangat besar. Rupanya sistem bas hip hop di Tokyo tidak sama dengan di kota London, Paris, Rome dan Amesterdam. Jenuh aku berjalan bolak balik nak menjadi lokasi hentian walaupun ada peta di tangan, rupanya hentiannya simple sahaja dan tiada agen menunggu seperti di tempat lain. Ada dua jenis bas iaitu satu trip tak boleh turun dan satu lagi jenis yang kita boleh turun dan tukar-tukar bas yang berlainan arah. Dua jam di atas bas hip hop dapatlah aku melihat keindahan Tokyo dengan bagunan moden dan lama yang unik, tokyo sky tree, sungai yang bersih mengalahkan Sungai Thames di London. Paling best ketika lalu di Akihabara City lokasi gajet paling best di Tokyo punyalah ramai manusia dengan lampu neon berwarni warna memang terbaik.
Antara keunikan kota Tokyo di bawah flyover keretapi semuanya dipenuhi dengan kedai samada restoran, cafe, kedai basikal, kedai pakaian dan sebagainya. Katanya semua kedai di bawah flyover keretapi ini tidak beralamat. Lagi satu memang benar seperti yang aku baca orang Jepun ni bila abis kerja tak akan balik tetapi menghabiskan masa bersama kawan-kawan di restoran dan cafe sehingga lewat malam. Majoriti restoran dan cafe memang penuh disebelah malam. Isteri akan malu jika suami mereka balik awal tak macam kat Malaysia kalau suami balik lewat mahu berpuluh miss call … jangan marah ya para isteri sebab ni kisah benar.
Memang tak puas kembara Denaihati di Tokyo kerana beberapa hari tak sempat nak pergi semua tempat menarik, nak kena ulang balik dan next trip mesti kena bawa famili. Paling tidak pun empat hari baru boleh cover menjejaki tempat menarik di Tokyo. Nak tengok gambar-gambar Denaihati travel di lebih 15 negara jom klik Gambar Menarik Denaihati kembara dunia.
188 Comments
Teringat kenangan berjalan di Jepun ni tahun lalu..
Jemput baca entry saya : TIPS TRAVEL KE LUAR NEGARA BERSAMA ANAK KECIL
Assalamualaikum Tuan.
Seronok sekali diberi peluang untuk berjalan di bumi matahari terbit ini. Semoga saya juga diberi rezeki untuk menjejakkan kaki ke sana nanti in sha Allah.
🙂
Curahan rasa Farid Majid @ ..Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang UKM
tu dia.
abc pun ada kat sana ehh..
jumpa cendol tak kat sana?
Curahan rasa ohcikgu @ ..Tips untuk PILIH Jam Tangan Lelaki
bestnye dah sampai jepun..jepun salah satu destinasi dlm wishlist sy tu..insyaallah satu hari nanti
Wah keren sudah sampai ke Tokyo ya mas? Kapan mas main ke negara ginseng, Korea Selatan?
Curahan rasa MIS Pasirmunding @ ..Cara Mudah Membuat Alamat Email Di Hotmail
Jepun termask dalam senarai negara impian saya untuk dilawati, kecanggihanteknologi dan tempat-tempat yang cantik, memang menawan hati
Alhamdulillah, seronoknya baca.
Jepun memang destinasi utama yang saya nak lawat.
3 tahun lebih kak ipar di Jepun, macam-macam cerita yang cukup mengujakan utk jejak kaki dan tengok sendiri keadaan di sana. Yang paling terkesan, kebersihan belakang rumah mereka sangat tip top. (Y)
Curahan rasa Natrah Mohamed @ ..Cara turunkan tekanan darah tinggi
Jauh perjalanan luas pemandangan huhuuuhuuu habis duit kalau Mrs. A tu mesti nak shopping macam-macam
Curahan rasa Mrs. A @ ..Wordless Wednesday #50
salam..
seronoknya dapat melancong ke Jepun. merancang nk kesana tahun depan..tapi bila rm merudum..masaalah juga nih..
Curahan rasa kakyon @ ..rabu yang lesu..
Kakyon kena tengah tunggu RM menurun, baru boleh buat trip ke sana..
Curahan rasa Sani @ ..35 Tips Pelajar Cemerlang Dato’ Dr Fadzillah Kamsah
Wah seronoknya..angan2 nak pergi Jepun juga
semoga hajat tercapai..berish saja tengok.
Bro Denaihati nampak mudalah disini..haha
Curahan rasa faizalpj @ ..Steak Wagyu Menu Sambut Hari Lahir Di Restoran Me’nate Steak Hub
Teringin nak pergi ke Jepun . Memang wishlist nak pergi ke Jepun selepas ke Makkah . InsyaAllah, Tapi kalau ade rezeki nak pergi belajar kat sana. Nak tahu cara hidup orang sana. Bestnyaa wooo…
Curahan rasa Aiman Aziz @ ..Sayaiday dan Ayueidris Giveaway August 2015
Ya. Destinasi utama yang saya nak g selepas ke Mekah.
InsyaAllah, sedang usahakan..
Curahan rasa Natrah Mohamed @ ..Cara turunkan tekanan darah tinggi
Moga tercapai cita cita Natrah untuk melancung ke sana.. Kadang kadang apa yang kita rancangan tidak semestinya menjadi..
Curahan rasa Sani @ ..35 Tips Pelajar Cemerlang Dato’ Dr Fadzillah Kamsah
mudah mudahan jepun dapat terima wang ringgit Malaysia suatu hari nanti sebagai tukaran matawang.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Nota Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma
tula..duit kite makin teruk dah bnyk negara x terima RM lg 🙁
Wahh.. seronoknyer DH dapat g pepusing Jepun. Jauh perjalanan luas pengalaman.
Curahan rasa SuperNifz @ ..Sabar dan Redha Dalam Menghadapi Ujian
Memang bestlah tokyo kapan ye saya bisa ke sana, hope next year amin……
Curahan rasa Abang Hasan @ ..Cara Memotivasi Anak Agar Rajin Belajar Dengan Giat
Ramai yg memuji sikap orang jepun selepas balik dari bercuti dari negara tersebut
Curahan rasa Nikkhazami @ ..Telekung Reehans Pilihan Muslimah
Comments are closed.