Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah tepat jam 7.30 am pada 11/8/2015 buat pertama kali menjejaki kaki di bumi matahari terbit yang menjadi impian sekian lama. Sudah merantau dari New Zealand sehingga ke Holland tidak rasa lengkap kalau belum singgah ke Tokyo sebuah kotaraya metropolitan yang terbesar di dunia. Kali ini aku memilih menaiki MAS penerbangan terus tujuh jam ke Airport Narita. Sebelum pergi buat sedikit kajian melalui google dan blog kekawan yang sudah sampai ke Jepun sebab yang paling nak tahu hal makan halal di Tokyo.
Alhamdulillah proses imigresen dan kastam berjalan lancar yang penting borang pendaratan mesti diisi penuh. Sebelum sampai dikaunter ada pertugas yang akan periksa borang pendaftaran kalau tak sempurna kena isi bagi sampai betul. Biasalah sebagai seorang netprenuer bila sampai je Airport Narita yang dicari adalah sim kad untuk memudahkan online. Sim kad utk broadband boleh dibeli di kiosk atau dikaunter yang memang banyak di lobi ketibaan. ada juga khidmat sewa wifi tapi aku tak smepat nak explore. Arahan untuk menaiki keretapi atau teksi atau bas untuk ke Tokyo juga ada disetiap pintu keluar. Sebab pertama kali jadi aku memilih menaiki teksi walaupun agak mahal berbanding menaiki keretapi supaya tidak tersasar dari arah tujuan. Jangan lupa tukar Ringgit ke Yen dan sebaiknya tukar di Malaysia untuk dapat nilai terbaik. Bukan apa tak semua money changer di luar negara terima Ringgit Malaysia. Nak selamat bawa US Dollar dimana-mana negara diterima,
Aku menginap di Hotel Countryard Marriot Ginza di tengah-tengah Tokyo. Alhamdulillah tak jauh daripada hotel ada beberapa restoran halal antaranya Restoran Rasa Malaysia yang sudah lebih 16 tahun beroperasi, Restoran Annam dan Restoran Konya. Masjid yang terdekat mengikut aplikasi Zabihah ialah Masjid Hiroo jarak kira-kira 1.8 km berhampiran dengan Kedutaan Besar Republik China. Tak jauh dengan masjid juga ada restoran halal iaitu Restoran Katatata yang menghidang masakan Chines Muslim dan Restoran Aladdin yang menghidangkan masakan arab. Selain itu boleh juga makan di Restoran Maharaja di kawasan Ginza kepada yang suka masakan India. Semasa makan di restoran Maharaja ni teringat kenangan makan di Restoran Maharaja di Paris. Jangan risau tentang restoran halal ada banyak di Tokyo. Tokyo adalah bandaraya paling banyak restoran di dunia melebihi 80,000 outlet.
Nak merasai nikmat mengembara di Tokyo aku berjalan lebih daripada 10 km menyusuri jalan dicelah bagunan pencakar langit. Melihat betapa disiplinnya warga Jepun dengan sopan santun yang memang tidak terlawan kita orang Kuala Lumpur. Paling best kemana sahaja aku pergi tempatnya bersih walaupun dilorong belakang bagunan. Sistem jalan yang sangat teratur dan pemandu teksi yang sangat berhemah jauh sangat kalau nak banding dengan sebahagian pemandu teksi Kuala Lumpur yang kelihatan kurang disiplin. Ada laluan pejalan kaki dan laluan basikal sebelah menyebelah jadi ramai warga Tokyo yang berbasikal. Jaring metro di Tokyo pun sangat canggih tapi tak sempat aku nak mencuba. Ternampak juga kelibat kereta laju antara kota yang kelihatan memang canggih.
Bagi melengkapi kembara singkat di Tokyo aku menaiki bas hip hop untuk menerokai kotaraya moden yang sangat besar. Rupanya sistem bas hip hop di Tokyo tidak sama dengan di kota London, Paris, Rome dan Amesterdam. Jenuh aku berjalan bolak balik nak menjadi lokasi hentian walaupun ada peta di tangan, rupanya hentiannya simple sahaja dan tiada agen menunggu seperti di tempat lain. Ada dua jenis bas iaitu satu trip tak boleh turun dan satu lagi jenis yang kita boleh turun dan tukar-tukar bas yang berlainan arah. Dua jam di atas bas hip hop dapatlah aku melihat keindahan Tokyo dengan bagunan moden dan lama yang unik, tokyo sky tree, sungai yang bersih mengalahkan Sungai Thames di London. Paling best ketika lalu di Akihabara City lokasi gajet paling best di Tokyo punyalah ramai manusia dengan lampu neon berwarni warna memang terbaik.
Antara keunikan kota Tokyo di bawah flyover keretapi semuanya dipenuhi dengan kedai samada restoran, cafe, kedai basikal, kedai pakaian dan sebagainya. Katanya semua kedai di bawah flyover keretapi ini tidak beralamat. Lagi satu memang benar seperti yang aku baca orang Jepun ni bila abis kerja tak akan balik tetapi menghabiskan masa bersama kawan-kawan di restoran dan cafe sehingga lewat malam. Majoriti restoran dan cafe memang penuh disebelah malam. Isteri akan malu jika suami mereka balik awal tak macam kat Malaysia kalau suami balik lewat mahu berpuluh miss call … jangan marah ya para isteri sebab ni kisah benar.
Memang tak puas kembara Denaihati di Tokyo kerana beberapa hari tak sempat nak pergi semua tempat menarik, nak kena ulang balik dan next trip mesti kena bawa famili. Paling tidak pun empat hari baru boleh cover menjejaki tempat menarik di Tokyo. Nak tengok gambar-gambar Denaihati travel di lebih 15 negara jom klik Gambar Menarik Denaihati kembara dunia.
188 Comments
Menarik jalan-jalan di Jepun.
Insyaallah akan ke sana suatu hari nanti.
entri yang menggamit kenangan. memang banyak nilai yang baik2 yg boleh kita belajar dan contohi daripada rakyat Jepun. 🙂
Curahan rasa Oja Samid @ ..7 Tips Ceraikan Susu Badan Dengan Mudah
ntah bila lah nak jejakkan kaki ke Jepun, nak nak lagi Tokyo…dengan mata wang Malaysia yang semakin turun nilainya…hurmmm
Curahan rasa siti hazreen @ ..7 Soalan Yang Selalu Ditanya Oleh Calon SPM Tentang Institusi Pengajian Tinggi
Wah cantik kedai di bawah flyover keretapi di Tokyo. tulah kalo balik awal pun bukan boleh buat apa2x. Baik sembang 2x. 😀
Curahan rasa Bahrain @ ..Gambar Jadi Menarik Dengan Fotojet
Bestnya dapat menjejakkan kaki ke negara matahari terbit… Teringin juga nak ke sana satu hari nanti…. In Shaa Allah, kalau ada rezeki…
Curahan rasa Anuar @ ..Affiliate Junction Penipu?
Insyaallah tengah kumpul duit untuk backpack ke sana pulak kali ni. Hari-hari shinkansen dia pun dah kejar suruh beli tiket dia cepat. Tengok post ni lagi tak sabar nak tunggu April.
Curahan rasa rahimah @ ..9 Tips Elak Cukai Sewaktu Bercuti Ke Vietnam
wahh..seronoknya bercuti di Tokyo..Insyaallah satu hari ini saya pun nak kesana.
Curahan rasa nafsu suami @ ..Merangsang Biji Kelentik Isteri Puaskan Nafsu Suami
memang ada hati juga nak ke Jepun..kalau ada rezeki lebih dan kesempatan waktu.
Curahan rasa mrhanafi @ ..Telekung Reehans Pilihan Muslimah
jika dilihat kepaada Statistik restoran memang kita boleh andaikan bahawa orang Jepun obses untuk makan
Curahan rasa mrhanafi @ ..Telekung Reehans Pilihan Muslimah
ye, orang jepun sangat suka makanan yg sedap. mereka sangat enjoy makan. memang ada majalah khas utk perkenalkan restoran dan tempat makan yg menarik, juga banyak ditayangkan rancangan2 TV ala-ala Jalan-jalan Cari Makan. kalau kedai yg terkenal ada makanan sedap, memang beratur panjang lah jawabnya. hehe.
Curahan rasa Oja Samid @ ..7 Tips Ceraikan Susu Badan Dengan Mudah
wah, enak sekali jalan-jalan ke tokyo ya mas, salam kenal 😀
Curahan rasa Ibrahim @ ..6 Metode Pemasaran Bisnis Kecil Melalui Internet
menarik betul Jepun..bila la nk ada duit lebih..teringin nak gi sana..
Curahan rasa FamiliCeria @ ..Video Myvi Dipandu Arah Bertentangan Di Lebuhraya
terbaik, bestnye p jepun…bace coretan ni cam tak puas plak hihi…nak bace mcm2 lagi pasal travelog jepun ni
Curahan rasa huda @ ..Order Shaklee Secara Online Dengan Mudah Dan Pantas
lebih ekonomi jika beli dan pakai simkad tempatan, guna malaysia nanti tinggi bil atau cajnya.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Tips Jawab Ujian Psikometrik Separa Perubatan
Cantiknya negara Jepun. Memang destinasi impian tu. Thanks ya sudi berkongsi pengalaman dan pics menarik. 🙂
Curahan rasa Debbie Elara @ ..Gula Makanan Kanser? Dan Lagi 9 Sebab Untuk Berhenti Ambil Gula
Wah bestnya ke Jepun. Destinasi pertama luar negara saya adalah Netherlands. Tak lama lagi tercapai kot. 🙂 Terima kasih berkongsi pengalaman dan gambar2 menarik di negara matahari terbit.
Curahan rasa Debbie Elara @ ..15 Tanda-Tanda Anda Perlu Minum Lebih Air
Comments are closed.