Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, dari Kembara Paris kami bergerak menaiki keretapi laju Tahlys yang berkelajuan maksima 300km/jam dari Station Guar De Nord. Pemandu teksi yang mengantar kami berulang kali bagi warning supaya menjaga barang-barang berharga ketika berada di Station Guar De Nord kerana banyak sindikit pencopet di sini. Perjalanan merentasi bumi Perancis ke Holland melalui Belgium melalui muka bumi yang sangat cantik sehingga tak terlelap mata.
Selepas tiga jam setengah singgah sekejap di Station Brussel, Antwepen, Schiphol akhir kami sampai di Station Amsterdam Central. Biasalah untuk seorang blogger pekara pertama setting roaming untuk update news, Celcom di Holland guna khidmat telco Vodafone. Apartment yang kami sewa hanya sejauh 300 meter dari Station Amsterdam Central jadi kami hanya berjalan kaki sahaja. Pemandangan pertama yang dilihat basikal sana basikal sini, basikal di mana-mana memenuhi kota Amsterdam.
Sebelum sampai Amsterdam risau juga dengan makanan halal tapi alhamdulillah dalam perjalanan ke apartment sudah jumpa tiga restoran halal dan paling best sebelah apartment pun ada restoran tandori halal. Alhamdulillah apartment yg kami sewa pada kadar RM2100 sehari memang besar, tiga tingkat jadi setiap pasang duduk satu tingkat. Kemudahan dapur dan mesin basuh pun ada, cuma yang mencabar nak bawa naik beg besar dicelah tangga yang sempit dan berpusing untuk naik ketingkat satu, dua dan tiga, nasib baik ada tiga jejaka gagah.
Apartment yg kami sewa memang di tengah-tengah Kota Amsterdam dekat dengan kawasan membeli belah dan Dam Square. Hari pertama kami window shopping di kedai-kedai belakang apartment dan singgah juga di Mall de Bijenkorf yang ada berbagai jenama terkenal dunia seperti Gucci, LV, Hermes dan sebagainya. Tak jauh dari Mall de Bijenkorf lebih kurang 100 meter sahaja kami juga singgah di Magna Plaza yang juga ada bermacam jenama.
Hari kedua kami pusing-pusing Kota Amsterdam menaiki Canal Cruises selama tiga jam pada kadar €22 yang juga boleh naik Big Bus Amsterdam. Memang banyak tempat menarik di Amsterdam tetapi kami tidak singgah. Kami hanya singgah di Body Worlds Amsterdam melihat pameran tubuh manusia yang diawet. Di Amsterdam memang ada macam-macam muzium kalau ada masa memang bagus singgah disemua tempat menarik ini selain taman bunga Keukenhof yang sungguh cantik. Dua hari di Amsterdam terlalu pendek untuk singgah disemua tempat menarik di Amsterdam. Uniknya Amsterdam selain basikal adalah bentuk bangunan yang bermacam rekabentuk menarik.
Dari Amsterdam kami pulang ke London melalui Airport Schiphol ke London Gatwick Airport. Persinggahan sehari untuk aku sebelum pulang ke Kuala Lumpur. Di London kami menetap di Days Hotel Waterloo, dapat diskaun pada kadar £70 semalam sebab syarikat Malaysia Shapadu Bhd salah satu pemegang saham hotel ini. Bagusnya Days hotel ini hanya beberapa ratus meter dengan restoran Halal Chicken Palace dan Cafe Ishaq. Dah ada kat London kalau tak singgah pusat membeli belah Harrods memang tak sempurna. Untuk kali ke dua berada di London tapi tak sempat nak singgah Stadium Emirates.
Sebelum balik kami di bawa oleh pemandu Mr. Hassan ke Bicester Village, pusat membeli belah berbagai jenama yang terletak lebih kurang sejam setengah memandu dari Kota London. Memang banyak jenama dengan diskaun sangat menarik. Tapi punyalah ramainya orang Malaysia dah macam di Malaysia pulak. Paling tak sangkat terjumpa Kakak Fatimah tuan Homestay Mesra di Auckland New Zealand yang bercuti dengan adik dan anaknya. Terasa kecik betul dunia ini. Selain itu terjumpa juga mantan Ketua Pengarah JAKIM dan mantan Ketua Pengarah JPJ. Bagusnya Bicester Village ini ada tempat solat tapi nak cari makanan halal memang susah kena bawa bekal itu yang terbaik. Memang tak terikut orang Arab yg bedal je makan kebab dan sandwich yang dijuak di outlet dalam kawasan tersebut.
Lapan hari Kembara Europe dari London ke Paris ke Amsteram dan berakhir di London terasa terlalu sekejap. Masa untuk meninggalkan London dengan penerbangan MAS melalui terminal 4 London Heathrow Airport. Haji Zainal dan isteri pulang lewat sehari dan Haji Yusri dan isteri pulang lewat dua hari. Alhamdulillah proses imigrasi dan claim cukai semuanya dipermudahkan ALLAH. Rezeki dalam alam pesawat kami duduk sebelah Kakak Ann dari Batu Anam Segamat. Aku tak berapa kenal tapi insyaa Allah abah aku mesti kenal sebab orang lama satu mukim. Selain itu berkenalan juga dengan sahabat dari Johor Bahru saudara Nidzam yang membawa keluarga ke beberapa negara di Europe.
Alhamdulillah syukur ALLAH permudahkan Kembara London dan Kembara Paris serta Kembara Amsterdam kami dengan diberi kesihatan dan keselamatan. Semuga kembara ini ada manafaat untuk kehidupan seterusnya. Masa untuk kerja kuat kumpul dana untuk Kembara 2016.
53 Comments
Seronok baca pengembaran tuan dan lebih seronok kalau saya juga ada peluang seperti itu hoho…
teringin betul nak ke amsterdam. cantik negara oren ni. patut la ramai pelancong.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Hello Mr Perfect di Tv3
negara orang memang lah cantik, negara sendiri pun cantik sebenarnya, cuma kita sndiri tak berapa sedar dan hargai
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
peh…pegi time puasa lagi best maunya berbelas belas jam puasa haha
Curahan rasa Belang Tarung @ ..10 Makanan Palsu / Tiruan Paling Popular Keluaran China
Keren banget amsterdam… pengen banget ke sana. 😀
kalau ada rejeki, saya pengen kesana. 😀
Curahan rasa Sehape @ ..3 Game Android Catur Terbaik dan Terbaru
Di Amsterdam ini islam juga berkembang dengan pesat semoga suatu hari akan seperti london kaum muslim disana
Curahan rasa Web Guru @ ..TOP SEO TIPS TO RANK HIGHER IN SEARCH ENGINES
saya juga nak pergi keembara ke amsterdam. Pasti seronok disana.
Curahan rasa Kindonime @ ..Download Slank – Halal Mp3 Lirik
bestnya dapat melancong ke sana. Rupanya sana pun ada keretapi laju macam jepun.
Curahan rasa nasslimdiet2 @ ..Promosi pakej stokis GC Tea
saya pun baru tahu di amsterdam ada kereta api yang laju macam tu. hebat betul
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Hello Mr Perfect di Tv3
bila agaknya kita ada keretapi laju macam tu ye?teringin juga nak naik
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
Wahhh, seronoknya dapat kenal negara orang. Jauh perjalanan luas pandangan, tambah pengalaman dan kenalan.
Alhamdulillah semuanya selamat dan dipermudahkan 🙂
Curahan rasa myliferia @ ..Petua Sihat Semasa Ramadan Kevin Zahri (Pakar Kecergasan Malaysia)
makin jauh kita mengembara makin banyak pengalaman yg kita dapat. boleh tgk negara dan budaya org
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Hello Mr Perfect di Tv3
Best cuti-cuti ni. Menikmati keindahan alam. Baru tahu bumi Allah ni luas.
Curahan rasa Kewangan Graduan @ ..Tips Berjimat Ramadhan
kena ada azam juga kumpul duit untuk kembara bersama keluarga tahun depan
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Kurangkan 3kg Dalam 3 Hari Pertama Puasa
kena kumpul duit banyak banyak dan lepas tu boleh pergi travel dgn keluarga
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Hello Mr Perfect di Tv3
sangat puas membaca kisah pengembaraan tuan..tahniah dan syukur Alhamdulillah kerana semuanya selamat..ho..ho..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Review Alcatel Onetouch Pixi3
Betul tu, kalau tak tak tahu pun yang Amsterdam ni menarik. Ingatkan tempat biasa-biasa je.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..5 Sebab Bayi Baru Lahir Suka Menangis dan Bagaimana Menanganinya
Banyaknya basikal. Dulu katanya Putrajaya nak dijadikan bandar basikal juga, tapi tak nampak basikalnya sekarang ~
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Minuman Tenaga Berkhasiat Untuk Bulan Puasa
orang lebih gemar guna kereta berbanding basikal..itu sebab ramai orang Malaysia kurang sihat dan produktif
Curahan rasa mrhanafi @ ..Review Alcatel Onetouch Pixi3
bukan, sebab bergaduh rasanya siapa yang dapat projek tu, last-last senyap macam tu je
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
Wahhh… mesti seronok kan berjalan2 ngan basikalll… eee memang nak kena g melawat nih….
Curahan rasa SuperNifz @ ..National Conference Shaklee 2015
baguslah kalau ada impian begitu..semoga semuanya akan Allah makbulkan..amin
Curahan rasa mrhanafi @ ..Review Alcatel Onetouch Pixi3
Comments are closed.