Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, dari Kembara Paris kami bergerak menaiki keretapi laju Tahlys yang berkelajuan maksima 300km/jam dari Station Guar De Nord. Pemandu teksi yang mengantar kami berulang kali bagi warning supaya menjaga barang-barang berharga ketika berada di Station Guar De Nord kerana banyak sindikit pencopet di sini. Perjalanan merentasi bumi Perancis ke Holland melalui Belgium melalui muka bumi yang sangat cantik sehingga tak terlelap mata.
Selepas tiga jam setengah singgah sekejap di Station Brussel, Antwepen, Schiphol akhir kami sampai di Station Amsterdam Central. Biasalah untuk seorang blogger pekara pertama setting roaming untuk update news, Celcom di Holland guna khidmat telco Vodafone. Apartment yang kami sewa hanya sejauh 300 meter dari Station Amsterdam Central jadi kami hanya berjalan kaki sahaja. Pemandangan pertama yang dilihat basikal sana basikal sini, basikal di mana-mana memenuhi kota Amsterdam.
Sebelum sampai Amsterdam risau juga dengan makanan halal tapi alhamdulillah dalam perjalanan ke apartment sudah jumpa tiga restoran halal dan paling best sebelah apartment pun ada restoran tandori halal. Alhamdulillah apartment yg kami sewa pada kadar RM2100 sehari memang besar, tiga tingkat jadi setiap pasang duduk satu tingkat. Kemudahan dapur dan mesin basuh pun ada, cuma yang mencabar nak bawa naik beg besar dicelah tangga yang sempit dan berpusing untuk naik ketingkat satu, dua dan tiga, nasib baik ada tiga jejaka gagah.
Apartment yg kami sewa memang di tengah-tengah Kota Amsterdam dekat dengan kawasan membeli belah dan Dam Square. Hari pertama kami window shopping di kedai-kedai belakang apartment dan singgah juga di Mall de Bijenkorf yang ada berbagai jenama terkenal dunia seperti Gucci, LV, Hermes dan sebagainya. Tak jauh dari Mall de Bijenkorf lebih kurang 100 meter sahaja kami juga singgah di Magna Plaza yang juga ada bermacam jenama.
Hari kedua kami pusing-pusing Kota Amsterdam menaiki Canal Cruises selama tiga jam pada kadar €22 yang juga boleh naik Big Bus Amsterdam. Memang banyak tempat menarik di Amsterdam tetapi kami tidak singgah. Kami hanya singgah di Body Worlds Amsterdam melihat pameran tubuh manusia yang diawet. Di Amsterdam memang ada macam-macam muzium kalau ada masa memang bagus singgah disemua tempat menarik ini selain taman bunga Keukenhof yang sungguh cantik. Dua hari di Amsterdam terlalu pendek untuk singgah disemua tempat menarik di Amsterdam. Uniknya Amsterdam selain basikal adalah bentuk bangunan yang bermacam rekabentuk menarik.
Dari Amsterdam kami pulang ke London melalui Airport Schiphol ke London Gatwick Airport. Persinggahan sehari untuk aku sebelum pulang ke Kuala Lumpur. Di London kami menetap di Days Hotel Waterloo, dapat diskaun pada kadar £70 semalam sebab syarikat Malaysia Shapadu Bhd salah satu pemegang saham hotel ini. Bagusnya Days hotel ini hanya beberapa ratus meter dengan restoran Halal Chicken Palace dan Cafe Ishaq. Dah ada kat London kalau tak singgah pusat membeli belah Harrods memang tak sempurna. Untuk kali ke dua berada di London tapi tak sempat nak singgah Stadium Emirates.
Sebelum balik kami di bawa oleh pemandu Mr. Hassan ke Bicester Village, pusat membeli belah berbagai jenama yang terletak lebih kurang sejam setengah memandu dari Kota London. Memang banyak jenama dengan diskaun sangat menarik. Tapi punyalah ramainya orang Malaysia dah macam di Malaysia pulak. Paling tak sangkat terjumpa Kakak Fatimah tuan Homestay Mesra di Auckland New Zealand yang bercuti dengan adik dan anaknya. Terasa kecik betul dunia ini. Selain itu terjumpa juga mantan Ketua Pengarah JAKIM dan mantan Ketua Pengarah JPJ. Bagusnya Bicester Village ini ada tempat solat tapi nak cari makanan halal memang susah kena bawa bekal itu yang terbaik. Memang tak terikut orang Arab yg bedal je makan kebab dan sandwich yang dijuak di outlet dalam kawasan tersebut.
Lapan hari Kembara Europe dari London ke Paris ke Amsteram dan berakhir di London terasa terlalu sekejap. Masa untuk meninggalkan London dengan penerbangan MAS melalui terminal 4 London Heathrow Airport. Haji Zainal dan isteri pulang lewat sehari dan Haji Yusri dan isteri pulang lewat dua hari. Alhamdulillah proses imigrasi dan claim cukai semuanya dipermudahkan ALLAH. Rezeki dalam alam pesawat kami duduk sebelah Kakak Ann dari Batu Anam Segamat. Aku tak berapa kenal tapi insyaa Allah abah aku mesti kenal sebab orang lama satu mukim. Selain itu berkenalan juga dengan sahabat dari Johor Bahru saudara Nidzam yang membawa keluarga ke beberapa negara di Europe.
Alhamdulillah syukur ALLAH permudahkan Kembara London dan Kembara Paris serta Kembara Amsterdam kami dengan diberi kesihatan dan keselamatan. Semuga kembara ini ada manafaat untuk kehidupan seterusnya. Masa untuk kerja kuat kumpul dana untuk Kembara 2016.
53 Comments
wah besnyee dapat jalan2 kembara paris london dan amsterdam. semoga ada rezeki kami skeluarga pulak nak kembara jalan2 mcm tuan. dlu amsterdam sempat transit kejap je eeheh. dok dalam epot je
Curahan rasa Leyha @ ..5 Vitamin penting untuk kulit cantik
alahai…bestnya…teringin pula rasa nak jejak kaki kat sini…ntah bila lah agaknya tu huhu
Curahan rasa siti hazreen @ ..Cuci dan Tampal Gigi di Klinik Gigi Cheng
tgh gambar mmg best2 kan tmpt2 yg tuan DH lawati.
tak sabar nak gi sana jalan2 kalau ade peluang insyaAllah
Curahan rasa Leyha @ ..7 Kepentingan kalsium untuk ibu hamil
Wah, detailnya info! Bolehlah dijadikan panduan supaya tak tersesat nanti. Makanan halal kat amsterdam pun macam best je. Hehe
Curahan rasa Khadeejah Hasmad @ ..5 Tips Penyusuan Susu Ibu Semasa Berpuasa
wow, kelajuan keretapi laju sampai 300KM/jam memang cepat sampai lah, kalaulah dapat merasa kelajuan ni kat Malaysia, hehe
Curahan rasa BESTMobile Berhad Malaysia @ ..Cara MNP No BESTMobile Kepada Nombor Lama
Teknologi yang kita ada belum setanding mereka… Kelajuan keretapi di Malaysia rasanya dalam 100-180 Km/J sahaja..
Curahan rasa Anuar @ ..Belajar Al-Quran Bersama Ustaz Hj. Mohd Asraff Ayob Al-Hafiz
keretapi paling laju setakat ni kat China, 470km/h…fuhhh..punya la laju
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
kalau la dapat ke amsterdam, mesti nak singgah ke kerusi famous dalam filem The Fault In Our Stars. haha!
Curahan rasa nikkhazami @ ..Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Kelantan 2015
Itu Of Kos.. Dah alang-alang menjejakkan kaki ke negara orang, jangan lepaskan peluang untuk singgah di tempat-tempat menarik yang kita inginkan.. Rugi tak singgah, sebab bukan senang kita nak dapat pergi lagi ke sana…
Curahan rasa Anuar @ ..Belajar Al-Quran Bersama Ustaz Hj. Mohd Asraff Ayob Al-Hafiz
seronoknya pegi amsterdam. teringin jugak nak masuk bandar tu. saya hanya sempat transit penerbangan je.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Kelantan 2015
Dapat transit penerbangan pun dah kira ok dah tu… Sekurang-kurangnya dapat juga merasa sedut nafas di bumi Amsterdam… Lepas ni kalau dapat peluang transit lagi, boleh tangguhkan penerbangan yang seterusnya dalam sehari dua… Dapat transit lama sikit dan boleh jalan-jalan sebentar, sebelum sampai masa penerbangan yang seterusnya… 😉
Curahan rasa Anuar @ ..Belajar Al-Quran Bersama Ustaz Hj. Mohd Asraff Ayob Al-Hafiz
terima kasih atas perkongsian pengalaman, kalau kami sekeluarga nak bercuti boleh guna pengalaman kalian 🙂
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Rahsia Bayar PTPTN Secara Percuma
bagus juga ada entri ini. boleh la baca pengalaman orang yang pernah ke sana juga
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
wah sangat menakjubkan sekali kota amsterdam. Saya jadi ingin ke kota itu.
Saya memang suka Amsterdam.Dah pergi 2 kali pun rasa nak pergi lagi. Banyak tempat nak masuk lagi kat situ.
Curahan rasa rahimah @ ..Bercuti Ke Turki ? Jangan Beli Aiskrim Mereka Jika Anda Jenis Panas Baran.
Hebatnya dapat kembara sampai ke london, paris dan amsterdam. Ramai jugak orang Malaysia ke sana rupanya.
Curahan rasa kerja sendiri @ ..Pengalaman berniaga di bazar
My dream place nak gi selepas Makkah..semoga diberikan kesempatan..apapun, keretapi laju tu rupanya sama kelajuan dengan bullet train eh..?memang kena cuba jugak ni
Curahan rasa Mama Nadia @ ..Officemate ku dan oat
Memang best kalau naik ferri lalu sungai diorang yang bersih dan cantik tu…
Wow, dah seperti lautan basikal..bestnya menjaga alam semulajadi..visitor mesti suka ronda-ronda naik basikal kan..
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Turunkan Bacaan Tahap Kolesterol ke Paras Normal
Noriza: Kalau musim sejuk bawak basikal memang tak berpeluh pun..
Curahan rasa Sani @ ..Bisnes Air Balang Tak Untung?
Apabila mendengar perkongsian pengalaman kembara tuan Denaihati di SBB2015… rasa bersemangat… kena lebih berusaha kumpul duit bermula dari sekarang… supaya boleh jadikan aktiviti kembara keluarga sebagai aktiviti tahunan keluarga…
Curahan rasa anuar @ ..Aktiviti Treasure Hunt di SBB 2015
Sangat cemburu dengan Tuan DH, sebab boleh bawa keluarga bercuti bersama selepas puas bekerja…
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Paras Gula Dalam Darah Semakin Stabil
Anuar: Betul tu. .kena ada pelan untuk tahun depan punya trip..dan mula kumpul bajet..
Curahan rasa Sani @ ..Bisnes Air Balang Tak Untung?
Ayat terakhir tu sama macam ayat dalam ucapan di SBBYeos2015… semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki untuk melaksanakan kembara 2016..
Curahan rasa anuar @ ..Aktiviti Treasure Hunt di SBB 2015
Semoga panjang umur untuk semua..tahun depan boleh la saya join event DH pula..
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Turunkan Bacaan Tahap Kolesterol ke Paras Normal
Comments are closed.