Keberkatan ILMU sudah tidak penting

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, antara aturcara Kembara Afrika Selatan adalah bertemu dengan maulana-maulana yang terkenal dengan kealiman dan tinggi ilmu mereka di Madrasah Darul Uloom Zakariyya. Ketika menunggu giliran untuk bertemu dengan mudir madarsah Ustaz Nur Effendy berkongsi kisah benar berlaku di sebuah madrasah di Pakistan :

Seorang guru agama mempunyai madrasah sambil menternak kambing. Kambing digunakan untuk keperluan madrasah. Semakin lama semakin ramai pelajar sehingga ustaz tak ada masa nak menjaga kambing. Ustaz telah meminta seorang pelajar menjaga kambing-kambing tersebut. Selepas lapan tahun pelajar yg sudah tamat belajar pulang ke tempat asal.

Madrasah Darul Uloom Zakariyya
Madrasah Darul Uloom Zakariyya

Pelajar penjaga kambing juga minta untuk pulang. Ustaz terkejut kerana pelajar tersebut kelihatan asing. Setelah mengetahui pelajar inilah yg menjaga kambing untuk daging dan susu kegunaan madrasah, ustaz rasa sangat menyesal kerana terlupa pada pelajar tersebut. Ustaz meminta pelajar tersebut membaca hadith awal dan hadith akhir sebelum dibenarkan pulang.

Di kampung semua sangka pelajar ini sudah belajar selama lapan tahun. Mereka minta jadi imam dan mengajar. Pelajar tersebut tawakal dengan membuka kitab walaupun tidak pernah belajar. Dengan izin ALLAH pelajar tersebut diberi kefahaman oleh ALLAH lebih hebat daripada pelajar yang belajar selama lapan tahun. Itulah berkat ilmu kerana patuh dengan perintah guru.

asrama vip madrasah darul uloom zakariyya

Ibu bapa sekarang tidak ramai yang peduli dengan keberkatan ilmu tetapi terlalu fokus kepada keputusan peperiksaan anak-anak. Ramai anak-anak sekarang tidak takut untuk melawan guru-guru dengan sokongan ibu bapa. Berbagai arahan guru-guru dipandang remeh oleh anak-anak murid juga ibu bapa. Apabila ilmu sudah tidak berkat maka lahirlah generasi yang sakit akhlaknya.

Kita sekarang ramai yang nak berjaya dalam berbagai bidang termasuk bisnis tetapi bertindak lebih pandai dari guru yang mengajar. Keberkatan ilmu itu adalah rahsia kejayaan dan keberkatan tidak boleh dilihat dengan mata kasar kerana ia adalah rahsia ALLAH kepada yg taat pada guru.

Wallahualam. Semuga ada pengajaran.


Spread the love

74 Comments

  1. Assalamualaikum.

    Melalui maklum balas yang diterima sahabat-sahabat perjuangan, ada di antara kalian yang berprasangka, ragu-ragu, sekaligus mengabaikan peringatan yang diberi. Blog Pendaki Mahligai Makrifat adalah satu perintah dari Allah untuk menyatukan semua umat Islam, mengajak orang bertaqwa, rujuk semula kepada Allah baik orang Islam sendiri mahupun bukan Islam. Bukan diri ini yang perlu kalian yakini, tetapi yakinlah dengan ayat-ayat Allah. Tidaklah diri ini berani berdusta menggunakan nama Allah walaupun untuk kebaikan.

    Perlu kalian tahu, semua kisah zaman Nabi di dalam Al-Quran yang kalian baca dan tahu sebenarnya sedang berlaku pada waktu ini tanpa kalian sedari. Mengenai fitnah Dajjal dan kedatangan Imam Mahdi juga sudah Allah dedahkan di dalam Al-Quran. Diri tidak memerlukan pengiktirafan manusia dalam menyampaikan peringatan-peringatan tersebut. Allah tidak memandang semua kelulusan yang ada di dunia ini. Sistem yang dengannya kalian membesar itu tidak layak untuk memuatkan rahsia alam Allah. Jangan sesekali kalian terikat dengan sistem tersebut.

    Ingin diri bertanya sesuatu.

    ❗Beranikah kalian menegur dan berterus-terang dengan orang-orang berpengaruh di Malaysia tentang kesalahan dan dosa mereka dengan mengemukakan ayat-ayat Al-Quran?
    ❗Apa kalian fikir dengan menyebarkan rungutan, menghentam orang sana dan sini, mengumpulkan like, share, dan view di laman sosial sebanyak yang mungkin dapat mengubah keadaan negara kita?
    ❗Tidak yakinkah kalian dengan teguran Allah kepada mereka juga kepada diri kalian sendiri melalui ayat-ayat kitab suci Al-Quran?
    ❗Dan kalau pun kalian berani menegur serta mengemukakan ayat Al-Quran kepada mereka yang berkenaan, apa kalian berani menggunakan nama Allah dengan mengatakan Allah lah yang menegur seseorang atau sesuatu isu dengan menggunakan ayat sekian-sekian, sedangkan Allah langsung tidak berbicara dengan kalian dan kalian sendiri yang memilih ayat tersebut?

    Allah mahu mengabulkan doa kita semua dalam mengubah keadaan negara kita ke arah yang lebih baik. Ingin diri dedahkan di sini, perubahan ini bukan sahaja untuk Malaysia, bahkan permulaan untuk kebangkitan Islam yang kedua. Maaf kerana mengecewakan kalian kerana tiada unsur-unsur perkauman, politik, hiburan, yang dimuatkan di blog tersebut, hanya keterangan dari Al-Quran semata-mata.

    pendakimahligaimakrifat.blogspot.my

    Sebarkan.

  2. Inilah fenomena yang telah mulai terabaikan selama ini. Dan telah terjadi pula di daerah saya ranah minang. Karena kecanggihan ilmu dan tehnologi, membuat banyak generasi muda sekarang melupakan penghormatan kepada guru. Sehingga banyak ilmu leluhur yang tidak nyambung ke generasi sekarang. Padahal ilmu orang sumatera, melayu, melaka dan nusantara ini dahulunya sangat bertuah

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!