Pemilik lori yang terlibat dalam kemalangan di Cabang Tiga, Kampung Tawang, Bachok pada 31 Julai lalu merayu supaya orang ramai memulangkan semula susu yang telah diambil ketika kejadian.
Sebuah lori membawa muatan susu telah terlibat dalam kemalangan selepas terbalik dan menyebabkan orang awam mengutip dan membawa pulang susu berkenaan tanpa kebenaran
Kemalangan telah berlaku di Cabang Tiga, Kampung Tawang, Bachok selepas lori tersebut dibawa oleh anak pemilik lori iaitu Mohd Baihaqi, 25 tahun dan seorang lagi pekerja yang bernama Syafiq.
Pemilik lori iaitu Azizan Zainudin, 57, menjelaskan bahawa mereka hanya mengambil upah untuk menghantar bekalan susu tin dari Klang ke gudang di Pengkalan Chepa, Kelantan.

Keadaan menjadi lebih keruh apabila susu tin bertaburan telah diambil oleh orang awam yang berada di tempat kejadian
Menurut laporan, Azizan turut menjelaskan daripada 1,500 karton susu yang bertaburan, anak dan pekerjanya hanya sempat mengambil kembali 149 karton dan 11 tin susu sahaja kerana selebihnya telah diambil oleh orang ramai yang dipercayai menyamar sebagai ‘taukeh’.
Kejadian ini membuatkan Azizan terpaksa membayar kos kerugian sebanyak RM120,000 selain anak dan pekerjanya itu turut mengalami kecederaan selepas kemalangan. Anaknya, Mohd Baihaqi cedera di peha kanan akibat tersepit. Manakala Shafiq menerima lima jahitan di kepala.
Azizan merayu supaya orang awam dapat memulangkan semula susu yang telah diambil. Jika malu, boleh hantar terus ke rumahnya atau letak semula di tempat kejadian.
Namun begitu, setakat hari ini, 2 Ogos, mereka telah menerima kembali lima karton dan beberapa guni berisi susu tin yang dihantar ke lokasi kemalangan dan turut dimaklumkan polis juga menerima lebih kurang 40 hingga 50 karton susu telah diserahkan ke balai.
Azizan masih berharap supaya orang lain yang terlibat turut memulangkan kembali susu tersebut bagi meringankan beban dan kerugian yang bakal ditanggung olehnya nanti.

“Saya runsing memikirkan cara mahu membayar ganti rugi susu dan kos membaiki lori. Setakat ini saya masih belum berbincang dengan pemilik barangan susu,” Azizan.
Azizan menjelaskan dia akan berjumpa dan berbincang dengan pemilik susu pada petang esok, 3 Ogos, di Pengkalan Chepa untuk mengetahui tentang langkah yang perlu diambil selepas banyak tin susu telah diambil oleh orang ramai tanpa kebenaran. Malah, dia juga akan menghantar kesemua bekalan susu yang ada padanya kepada pemilik susu.
Kos yang perlu ditanggung olehnya setakat hari ini adalah sebanyak RM50,000 kerana harus mengganti susu yang hilang termasuklah kos membaiki lori yang rosak selepas kemalangan.
“Cuma saya minta jangan cakap yang bukan-bukan tentang kejadian, saya sekeluarga juga mohon maaf kerana jika disebabkan kes kami ini, orang Kelantan dipandang rendah kerana mengutip susu yang jatuh.”Azizan Zainuddin, pemilik lori

Azizan berharap supaya kejadian ini dijadikan sebagai pengajaran dan pedoman buat orang ramai supaya tidak mengambil barang yang bukan kepunyaan sendiri
Dalam satu rakaman yang tular di Facebook kelihatan Syafiq turut meletakkan kotak susu di atas motosikal saudara mereka dan turut memunggah kotak susu ke dalam Toyota Hilux. Namun ianya untuk diberikan semula kepada pihak mereka. Malah begitu, ada juga pihak yang sanggup mengoyakkan kanvas lori sehingga berebut dengan saudara mereka kerana ingin mengambil susu tersebut.
Azizan menyuarakan bahawa perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana pada ketika itu mereka sedang ditimpa kemalangan dan perlukan bantuan.
Susulan tindakan orang awam mengambil susu daripada lori tersebut, pihak polis kini membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan untuk mengesan pihak yang terlibat
Menurut laporan Malaysia Kini, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, “Pihak polis akan mengesan orang awam yang terlibat, kita tak tahu sama ada wujud salah faham atau sebaliknya. Tetapi berdasarkan video yang tular itu jelas kelihatan orang ramai yang bertindak mengambil susu-susu tersebut.”
Sedangkan pengadu sendiri kata tidak beri kebenaran kepada sesiapa untuk mengambilnya. Jadi kita minta supaya orang kampung itu, atau kampung lain sekalipun supaya tampil membantu siasatan,” jelasnya.
Terkini, pihak polis sudah mengambil semua susu tersebut dan ditempatkan di Balai Polis Tawang untuk siasatan lanjut.
12 Comments
Wajib hukumnya orang-orang yang mengambil susu itu untuk mengembalikannya kepada pemilik lori. Karena itu susu yang mereka ambil itu bukan hak milik mereka.
Curahan rasa Dawaihati @ ..Peranan Bakteri Baik untuk si Kecil
Tak tkut ke makan bende haram.😱t jadi darah danging yg haram.yg bengang pakai kopia to.bt malu org isllam je tok.
Curahan rasa Kambing Aqiqah Murah @ ..Hukum Orang Bukan Islam Makan Daging Aqiqah
Apa yang tidak boleh dibayang bila ada cerita yang ambil susu ini telah memberinya pada ayahnya akan naik haji tahun ini. Allahurabbi….
Curahan rasa ahmadyani @ ..Produk-Produk ini Dilarang Jual Di Shopee
Yang mana bukan hak kita, pulangkan lah. Semoga urusan abang ini dipermudahkan. Tak baik aniaya orang macam ni.
berat juga ujian yang ditanggung beliau …
dah la cedera dan dia juga menanggung segala kerugian akibat kemalangan tersebut.
yang paling menyedihkan juga ada pihak mengambil kesempatan atas kesempatan orang lain
Curahan rasa mrhanafi @ ..7 Checklist tanggungjawab isteri kepada suami
kasina sekali udah kena musibah dan harus juga menanggung kerugian,,semoga di beri rezeki yang lebih..
apebenda la. sanggup duorang ambik susu macam tu. tapi persoalannya company diorg ni takde insuran ke?
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Sweet Dreams di Astro Ria
SubhanAllah.. Sedihnya melihat sikap individu yg terlibat.. Sudah lah tidak membantu, malah mengambil pula hak org lain tanpa kebenaran… Sedih..Kdg2 kita tengok di negara bukan islam lebih byk membantu dan bersifat belas ehsan..
Memalukan. Bukan lagi sekadar mencuri, malah juga memakan hasil curian untuk disajikan kepada keluarga. Sadis.
Curahan rasa SENTIASA PANAS @ ..Kisah David Charles Hahn, Remaja Yang Berjaya Mencipta Reaktor Nuklear Di Belakang Rumah
Nampaknya yang empunya susu sudah bersuara. Dia menghalalkan penyamun yang menyamun dalam jumlah yang kecil. Mungkin untuk anak anak yang kelaparan. Kepada yang samun banyak, Wallahu a’lam.
Curahan rasa SENTIASA PANAS @ ..Amalan Khurafat Tanam ‘Ibu Duit’ Di Mekah
Kasihannya abg lori ni. Kena gantirugi banyak tu. Moga dipermudahkan segalanya dan orang ramai memulangkan susu yang diambil
Curahan rasa aryn fadz lee @ ..CARA ATASI KEBAS DAN LENGUH DI TANGAN
pesta mencuri ramai-ramai ni. sedih betul tengok video yang diviralkan. semoga abang lori tu semakin murah rezeki
Curahan rasa encikhafiz.my @ ..Drama Sweet Dream Episod 1 – Tonton Drama Live
Comments are closed.