Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, antara aturcara Kembara Afrika Selatan adalah bertemu dengan maulana-maulana yang terkenal dengan kealiman dan tinggi ilmu mereka di Madrasah Darul Uloom Zakariyya. Ketika menunggu giliran untuk bertemu dengan mudir madarsah Ustaz Nur Effendy berkongsi kisah benar berlaku di sebuah madrasah di Pakistan :
Seorang guru agama mempunyai madrasah sambil menternak kambing. Kambing digunakan untuk keperluan madrasah. Semakin lama semakin ramai pelajar sehingga ustaz tak ada masa nak menjaga kambing. Ustaz telah meminta seorang pelajar menjaga kambing-kambing tersebut. Selepas lapan tahun pelajar yg sudah tamat belajar pulang ke tempat asal.
Pelajar penjaga kambing juga minta untuk pulang. Ustaz terkejut kerana pelajar tersebut kelihatan asing. Setelah mengetahui pelajar inilah yg menjaga kambing untuk daging dan susu kegunaan madrasah, ustaz rasa sangat menyesal kerana terlupa pada pelajar tersebut. Ustaz meminta pelajar tersebut membaca hadith awal dan hadith akhir sebelum dibenarkan pulang.
Di kampung semua sangka pelajar ini sudah belajar selama lapan tahun. Mereka minta jadi imam dan mengajar. Pelajar tersebut tawakal dengan membuka kitab walaupun tidak pernah belajar. Dengan izin ALLAH pelajar tersebut diberi kefahaman oleh ALLAH lebih hebat daripada pelajar yang belajar selama lapan tahun. Itulah berkat ilmu kerana patuh dengan perintah guru.
Ibu bapa sekarang tidak ramai yang peduli dengan keberkatan ilmu tetapi terlalu fokus kepada keputusan peperiksaan anak-anak. Ramai anak-anak sekarang tidak takut untuk melawan guru-guru dengan sokongan ibu bapa. Berbagai arahan guru-guru dipandang remeh oleh anak-anak murid juga ibu bapa. Apabila ilmu sudah tidak berkat maka lahirlah generasi yang sakit akhlaknya.
Kita sekarang ramai yang nak berjaya dalam berbagai bidang termasuk bisnis tetapi bertindak lebih pandai dari guru yang mengajar. Keberkatan ilmu itu adalah rahsia kejayaan dan keberkatan tidak boleh dilihat dengan mata kasar kerana ia adalah rahsia ALLAH kepada yg taat pada guru.
Wallahualam. Semuga ada pengajaran.
74 Comments
Semoga ibu bapa zaman sekarang sedar kepentingan dalam berkat mencari ilmu pada anak-anak.
dulu lain, sekarang lain. itu yang bole DT kata kan.
sekarang ibu bapa memainkan peranan sebenarnya.
DT harap sangat DT bukan menjadi seperti salah seorang dari mereka.
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Datin Tyka Kembali
Guru juga adalah ulamak. Hormati guru kita kalau tidak nnt ketulahan dan ilmu pun kurang berkat.
Malaysia diancam azab Allah.
Allah sudah menurunkan perintah Jihad Fisabilillah di Malaysia dan mewajibkan setiap umat Islam berjihad menegakkan kalimahNya.
Isu GST, G25, dan TPPA juga turut ditegur Pemilik Kerajaan Langit dan Bumi.
Baca setiap entry jika kalian benar-benar beriman kepada Allah.
Ini bukan main-main.
Sebarkan.
Blog :
http://pendakimahligaimakrifat.blogspot.my/
Facebook Page:
https://www.facebook.com/Pendaki-Mahligai-Makrifat-1235177323165323/
Hormati guru . Mereka ini sekarang kelihatan sangat tak bermaya dengan pendekatan sekolah yang ada sekarang. Murid makin lama makin teruk akhlaknya.
Curahan rasa rahimah @ ..Bercuti Ke China Meredah Suhu Negatif 30 Di Harbin ?
Bagusnya kisah ini. Amat memberi inspirasi agar kita lebih menghormati guru atau mentor kita.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Virus Zika Bahaya, Ibu Hamil Perlu Waspada dan Elakkan Perjalanan ke Negara Terlibat
itu lah yang sepatutnya, menghormati guru, mereka lah yang banyak mengajar kita.
Curahan rasa SuperNifz @ ..Jajan Terbaik Untuk Demam
Kalau nak ilmu yang kita dapat tuh cepat masuk dalam kepala, nak kena lah taat dan jangan derhaka dengan cikgu.
Curahan rasa SuperNifz @ ..Jajan Terbaik Untuk Demam
Betul ke keberkatan ilmu dah tidak penting sekarang? Apa pun alasan kita perlu hormati orang yang lebih tua daripada kita terutama pada ibubapa, guru, jiran, sanak saudata yang lain.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..WowApp Aplikasi Terbaru Jana Pendapatan
Kisah yang sangat baik untuk dibaca oleh semua ibu bapa dan juga pelajar. Moga Allah merahmati semua guru-guru yang ada.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Virus Zika Bahaya, Ibu Hamil Perlu Waspada dan Elakkan Perjalanan ke Negara Terlibat
ibrah kisah nie sangat baik untuk semua ibu bapa n juga pelajar. moga Allah merahmati guru-guru yang ikhlas mendidik…
Curahan rasa Oja Samid @ ..5 Perkara Wajib Buat Untuk Elak Jeragat
Semoga penat lelah para guru yang mengajar kita, mendapat balasan yang setimpal.
Curahan rasa SuperNifz @ ..Jajan Terbaik Untuk Demam
Terima kasih atas peringatan. Sebagai pelajar unviersiti, memang benar, tajuk sahaja sudah dapat menggambarkan realiti pelajar masa kini. Semoga kita dijauhkan.
Curahan rasa Rara Zack @ ..VIDEO JAPAN 2015 : Ninja Show! 🙂
Assalamualaikum.
Lama tidak singgah ke sini.
Perkongsian entri yang membuka mata kita agar lebih menghargai ilmu.
Curahan rasa Farid Majid @ ..Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang UKM
terimakasih atas info yang sudah di berikan, sukses selalu ya dan semoga ilmu yang tadinya tidak bermanfaat jadi bermanfaaat
wah,, apabila ilmu sudah tidak punya keberkahan, akan jadi susah donk untuk memanfaatkannya kembali
Curahan rasa Nonton Streaming HD @ ..Vmen Plus Obat Pembesar Penis Alami dan Ampuh.
Benar, keberkatan itu amat penting. Situasi zaman sekarang telah banyak berubah, kita makin kehadapan tanpa sedar banyak kesilapan yang dilakukan.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Virus Zika Bahaya, Ibu Hamil Perlu Waspada dan Elakkan Perjalanan ke Negara Terlibat
keberkatan ilmu memang sangat penting loh, dan terlebih lagi, ilmu yang bermanfaat akan berguna apabila di bagi bagikan,
Curahan rasa Spesialis Pembesar @ ..Vmen Plus Obat Pembesar Penis Alami dan Ampuh.
Jangan pernah sekali kedekut ilmu yang kita ada, kongsi dengan ramai sekiranya ia dapat memberikan manafaat kepada mereka.
Curahan rasa SuperNifz @ ..Jajan Terbaik Untuk Demam
semoga kita bisa mendapat ilmu yang berkah dan patuh pada guru
Guru melakukan pengorbanan yang besar untuk mendidik kita menjadi insan yang berguna.
Curahan rasa SuperNifz @ ..Jajan Terbaik Untuk Demam
guru sekarang ni pun dah tak mau ambil tau hal anak bila asik kena hentak je dengan parent
Curahan rasa Prijaya @ ..Aplikasi Desain Rumah 3d Terbaik Untuk Hp Android
Comments are closed.