Jadual Peperiksaan PMR 2011

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, 18/8/2011 anak sulong aku bersama ribuan calon PMR 2011 akan menghadapi Peperiksaan Percubaan PMR 2011. Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah atau PMR khabarnya tidak lama lagi akan dimansuhkan dan digantikan dengan sistem penilaian yang lain, baguslah tu.

Peperiksaan PMR 2011 sebenar akan dilansungkan pada 4 – 11 Oktober 2011. Calon-calon PMR mempunyai baki 1 bulan lebih untuk memperbaiki kelemahan selepas Peperiksaan Percubaan. Kalau ikut pengalaman aku dahulu biasanya Peperiksaan Percubaan ini soalannya lebih susah dari peperiksaan sebenar dan seharusnya keputusan sebenar akan lebih baik daripada keputusan percubaan.

Berikut Jadual Peperiksaan PMR 2011 :

4/10/2011 :

  • Bahasa Melayu Kertas 1 (8.10 – 9.10am),
  • Bahasa Melayu Kertas 2 (9.50 – 11.50am)
  • Pendidikan Islam Kertas 1 (2.30 – 4.30pm)

5/10/2011 :

  • Bahasa Inggeris Kertas 1 (8.10 – 9.10am),
  • Bahasa Inggeris Kertas 2 (9.50 – 11.20am)
  • Geografi Kertas 1 (2.30 – 3.45pm)

6/10/2011 :

  • Science Kertas 1 (8.10 – 9.10),
  • Science Kertas 2 (10.30 – 12.00pm)
  • Sejarah Kertas 1 (2.30 – 3.45pm)

10/10/2011 :

  • Mathematics Kertas 1 (8.10 – 9.45am),
  • Mathematics Kertas 2 (10.40 – 12.25pm)
  • Kemahiran Hidup Bersepadu (2.20 – 3.50pm)

11/10/2011 :

  • Bahasa Arab Kertas 1 (8.10 – 10.40am),
  • Bahasa Cina Kertas 2 / Bahasa Tamil Kertas 2
  • Bahasa Punjabi (8.10 – 10.10am), Bahasa Iban Kertas 2 / Bahasa Kadazandusun Kertas 2 (8.10 – 9.25am), Bahasa Cina Kertas 1 / Bahasa Tamil Kertas 1 / Bahasa Iban Kertas 1 / Bahasa Kadazandusun Kertas 1 (11.10 – 12.10pm)

Untuk mendapat maklumat lengkap sila ke website Kementerian Pelajaran Malaysia

Selamat menghadapi Peperiksaan PMR 2011 semuga semua calon mendapat keputusan yang paling cemerlang. Belajar bersungguh-sungguh kerana hanya ILMU bekalan terbaik untuk berjaya di dunia dan akhirat.

Pesan Tok Guru supaya ibubapa calon rajin-rajin bagun malam solat sunat Tahajjud dan mendoakan kejayaan anak serta semua calon PMR yang lain. Insyallah sama-sama kita saling mendoakan. Jangan pula mengharapkan orang mendoakan kejayaan anak kita sedangkan kita buat tak tahu je tapi nak sangat anak berjaya. Tiada usaha manakan ada kejayaan.


Spread the love

68 Comments

  1. peperiksaan ini mencabar diri pelajar masing-masing .dengan cabaran ini juga,kita akan dapat masa depan yang cerah..kalau pelajar berasa berdeba-deba untuk menghadapi ujian ini banyak-banyakkanlah melakukan ibadat sunat kerana, dengan ini dapat kita mengurangkan setras atau tekanan dan kita juga mesti mengulangkaji pelajaran pada masa yang terluang……setakat ini saja pesanan saya kepada pelajar yang akan menghadapi PMR dan saya mengucapkan selamat melalui cabaran ini..

  2. syukran ya ustaz n ustazah,,,kerna mncurhkn sgla ilmu kpd kami(3lp1 n semua clon pmr d maahad saniah),, luv u all.. jsamu ttp dkenang…~~~

  3. terima kasih buat cikgu smkl terutamanya cikgu zalinda yang bertungkus lumus mnengajar math kepada kami pelajar 3bestari<<jasamu dkenang

  4. salam,,gud luck buat smua cal0n2 pmr thun 2011,smuga m’dpt result y pnuh cmerlang..jgn hampa kn hrpn kdua-dua ibu bapa anda,,slaiin itu,,sy ingin m’gucapkn jutaan trma ksih kpd tenaga pengajar di ‘sekolah menengah ugama (arab)istiqamqh badang yunk tdk jemu2 mngajar kmi

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!