Jadual Peperiksaan SPM 2013 untuk abang

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, selepas kakak menduduki PMR awal bulan Oktober 2013 kini giliran abang pula yang akan menduduki peperiksaan SPM 2013 pada 6/11/2013 hingga 5/12/13. Dua orang anak menduduki peperiksaan besar dalam tahun yang sama merupakan cabaran bukan sahaja untuk anak-anak tetapi juga kepada aku dan isteri. Untuk memberi semangat kepada mereka, kami korbankan masa untuk sentiasa bersama apabila diberi kesempatan oleh madrasah untuk melawat.

Tiada apa yang lebih penting untuk anak-anak selain daripada berjaya dalam pelajaran kerana hanya dengan ilmu manusia boleh mengubah nasib diri. Untuk pelajaran anak-anak in shaa Allah aku sanggup korban duit, masa dan tenaga kerana emak abah dulu pun sanggup berkorban segalanya untuk kejayaan aku. Aku tak nak jadi seperti sebahagian dari ibu bapa yang sanggup berhabis duit untuk diri sendiri tapi untuk pelajaran anak macam-macam komplennya. Yuran lebih sikit pun tak nak bayar tapi kalau baju mahal sanggup je beli.

Aku pernah saksikan ibu bapa yang bertegang leher dengan guru besar sekolah tak nak bayar yuran sekolah yang dinaikkan sedikit walaupun memandu kereta mewah BMW. Kalau untuk ilmu tak sanggup nak bayar jangan haraplah anak-anak akan berjaya kerana ibu bapa yang sanggup berkorban pun belum tentu anaknya berjaya.

Jadual SPM 2013

Di saat-saat akhir SPM 2013 yang paling penting abang mesti menjaga kesihatan dengan makan makanan berkhasiat, minum air yang cukup dan tidur yang cukup. Sentiasa pesan kepada abang untuk tidur sebelum jam 12.00 am dan bangun awal untuk membuat ulangkaji. Sia-sia sahaja usaha selama setahun sekiranya pada hari peperiksaan abang tidak sihat, sudah pasti tak boleh nak fokus kepada peperiksaan. Bagus juga makan Minda Aktif kerana dengan izin ALLAH in shaa Allah boleh membantu menghilangkan perasaan gemuruh, takut, panik, menambah konsentrasi, menguatkan daya fikir, menghilangkan keletihan dan kelesuan fizikal dan mental.

Masa untuk membaca buku kurang sesuai yang terbaik fokus menjawab soalan ramalan SPMsoalan percubaan SPM dan soalan SPM tahun-tahun lepas untuk mengasah daya ingatan. Biasanya cikgu akan membuat ramalan soalan yang akan keluar berdasarkan trend jadi jangan abaikan ramalan tersebut.

KLIK UNTUK MENANG HADIAH RM40,000 DENGAN CARA MUDAH

Persiapan fizikal dan mental untuk abang dan semua calon SPM 2013 sangat penting ditambah dengan amalan ibubapa mengiringi anak yang sedang periksa. Bagus kalau ibubapa puasa sunat untuk mengiringi anak-anak yang menduduki peperiksaan sambil mendoakan kejayaan anak. Usaha telah dibuat selainnya berdoa dan bertawakal kepada Allah swt. Bagus juga solat sunat istikharah memohon semuga Allah gerakan hati untuk kita membaca bahagia-bahagian yang bakal keluar dalam peperiksaan SPM.

Semuga abang dan rakan-rakan di Madrasah Arab Kluang serta semua calon SPM 2013 dapat menduduki peperiksaan SPM dengan tenang, sihat dan dapat menjawab semua soalan dengan betul. Semuga abang mendapat 9A+.

Jom kongsi tips peperiksaan dengan adik-adik calon SPM dan ibubapa calon PMR.

[box type=”shadow”]Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2013

1. 6/11/13 (08:00 am— 10:15 am) : Bahasa Melayu Kertas 1

2. 6/11/13 (02:00 am — 04.30 pm) :  Bahasa Melayu Kertas 2

3. 7/11/13 (08:00 am — 09:45 am) : Bahasa Inggeris Kertas 1

4. 7/11/13 (10:30 am — 12:45 am) : Bahasa Inggeris Kertas 2

5. 7/11/13 (02.00 pm – 04.30 pm) : Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah Kertas 1

6. 13/11/13 (08.00 am – 09.00 am) : Sejarah (Aneka Pilihan) Kertas 1

7. 13/11/13 (10.00 am – 12.30 pm ) : Sejarah (Aneka Pilihan) Kertas 2

8. 14/11/13 (08.00 am – 11.00 am) : Sejarah Kertas 3

9. 18/11/13 (8.00 am – 9.15 am) : Mathematics (Aneka Pilihan) Kertas 1

10. 18/11/13 (10.00 am – 12.00 pm) : Mathematics Kertas 2

11. 20/11/13 (08.00 am – 10.00 am) : Pendidikan Syari’ah Islamiah (Aneka Pilihan) Kertas 1

12. 25/11/13 (08.00 am – 09.15 am) : Science (Aneka Pilihan) Kertas 1

13. 25/11/13 (10.00 am – 12.30 pm : Science (Aneka Pilihan) Kertas 2

14. 2/12/13 (11.15 am – 12.30 pm) : Ekonomi Asas (Aneka Pilihan) Kertas 1

15. 2/12/13 (02.00 pm – 04.00 pm) : Ekonomi Asas Kertas 2

16. 3/12/13 (08.00 – 10.30 am) : Bahasa Arab Kertas 2

17. 3/12/13 (11.15 am – 12.30 pm) : Bahasa Arab Kertas 1

Sila klik untuk jadual penuh SPM 2013 [/box]

33 Comments

  1. Semoga berjaya untuk mengikuti peperiksaan SPM 2013 untuk anak-anak tuan denaihati aamiin…
    Karena keberhasilan kita semuanya pada masa sekarang ini adalah tidak lain karena doa dan kerja keras orang tua kita.
    Dan tatkala kita menjadi orang tua maka kerja keras dan usaha serta doa kita orang tua untuk keberhasilan dan kesuksesan anak-anak kita pula sangat diharapkan oleh anak-anak kita juga
    Curahan rasa Ferry @ ..Pemicu Resiko Penyakit JantungMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!