Keberkatan ILMU sudah tidak penting

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, antara aturcara Kembara Afrika Selatan adalah bertemu dengan maulana-maulana yang terkenal dengan kealiman dan tinggi ilmu mereka di Madrasah Darul Uloom Zakariyya. Ketika menunggu giliran untuk bertemu dengan mudir madarsah Ustaz Nur Effendy berkongsi kisah benar berlaku di sebuah madrasah di Pakistan :

Seorang guru agama mempunyai madrasah sambil menternak kambing. Kambing digunakan untuk keperluan madrasah. Semakin lama semakin ramai pelajar sehingga ustaz tak ada masa nak menjaga kambing. Ustaz telah meminta seorang pelajar menjaga kambing-kambing tersebut. Selepas lapan tahun pelajar yg sudah tamat belajar pulang ke tempat asal.

Madrasah Darul Uloom Zakariyya
Madrasah Darul Uloom Zakariyya

Pelajar penjaga kambing juga minta untuk pulang. Ustaz terkejut kerana pelajar tersebut kelihatan asing. Setelah mengetahui pelajar inilah yg menjaga kambing untuk daging dan susu kegunaan madrasah, ustaz rasa sangat menyesal kerana terlupa pada pelajar tersebut. Ustaz meminta pelajar tersebut membaca hadith awal dan hadith akhir sebelum dibenarkan pulang.

Di kampung semua sangka pelajar ini sudah belajar selama lapan tahun. Mereka minta jadi imam dan mengajar. Pelajar tersebut tawakal dengan membuka kitab walaupun tidak pernah belajar. Dengan izin ALLAH pelajar tersebut diberi kefahaman oleh ALLAH lebih hebat daripada pelajar yang belajar selama lapan tahun. Itulah berkat ilmu kerana patuh dengan perintah guru.

asrama vip madrasah darul uloom zakariyya

Ibu bapa sekarang tidak ramai yang peduli dengan keberkatan ilmu tetapi terlalu fokus kepada keputusan peperiksaan anak-anak. Ramai anak-anak sekarang tidak takut untuk melawan guru-guru dengan sokongan ibu bapa. Berbagai arahan guru-guru dipandang remeh oleh anak-anak murid juga ibu bapa. Apabila ilmu sudah tidak berkat maka lahirlah generasi yang sakit akhlaknya.

Kita sekarang ramai yang nak berjaya dalam berbagai bidang termasuk bisnis tetapi bertindak lebih pandai dari guru yang mengajar. Keberkatan ilmu itu adalah rahsia kejayaan dan keberkatan tidak boleh dilihat dengan mata kasar kerana ia adalah rahsia ALLAH kepada yg taat pada guru.

Wallahualam. Semuga ada pengajaran.


Spread the love

74 Comments

    1. yup.. kadang2 ilmu itu diperolehi dengan cara yang tidak sepatutnya..
      seperti meniru, photostat buku ataupun tak hormat pada guru

    2. Sebaiknya kita sucikan hati dan selalu berdoa kepada Tuhan agar kita tidak sombong dengan semua ilmu yang sudah kita miliki.
      Semoga kita juga bisa sharing ilmu kepada sesama.

  1. Bab keberkatan tu memang penting. Dari ilmu sehinggalah rezeki. Bila dah berkat segalanya akan cukup mencukupi.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!