Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, antara aturcara Kembara Afrika Selatan adalah bertemu dengan maulana-maulana yang terkenal dengan kealiman dan tinggi ilmu mereka di Madrasah Darul Uloom Zakariyya. Ketika menunggu giliran untuk bertemu dengan mudir madarsah Ustaz Nur Effendy berkongsi kisah benar berlaku di sebuah madrasah di Pakistan :
Seorang guru agama mempunyai madrasah sambil menternak kambing. Kambing digunakan untuk keperluan madrasah. Semakin lama semakin ramai pelajar sehingga ustaz tak ada masa nak menjaga kambing. Ustaz telah meminta seorang pelajar menjaga kambing-kambing tersebut. Selepas lapan tahun pelajar yg sudah tamat belajar pulang ke tempat asal.
Pelajar penjaga kambing juga minta untuk pulang. Ustaz terkejut kerana pelajar tersebut kelihatan asing. Setelah mengetahui pelajar inilah yg menjaga kambing untuk daging dan susu kegunaan madrasah, ustaz rasa sangat menyesal kerana terlupa pada pelajar tersebut. Ustaz meminta pelajar tersebut membaca hadith awal dan hadith akhir sebelum dibenarkan pulang.
Di kampung semua sangka pelajar ini sudah belajar selama lapan tahun. Mereka minta jadi imam dan mengajar. Pelajar tersebut tawakal dengan membuka kitab walaupun tidak pernah belajar. Dengan izin ALLAH pelajar tersebut diberi kefahaman oleh ALLAH lebih hebat daripada pelajar yang belajar selama lapan tahun. Itulah berkat ilmu kerana patuh dengan perintah guru.
Ibu bapa sekarang tidak ramai yang peduli dengan keberkatan ilmu tetapi terlalu fokus kepada keputusan peperiksaan anak-anak. Ramai anak-anak sekarang tidak takut untuk melawan guru-guru dengan sokongan ibu bapa. Berbagai arahan guru-guru dipandang remeh oleh anak-anak murid juga ibu bapa. Apabila ilmu sudah tidak berkat maka lahirlah generasi yang sakit akhlaknya.
Kita sekarang ramai yang nak berjaya dalam berbagai bidang termasuk bisnis tetapi bertindak lebih pandai dari guru yang mengajar. Keberkatan ilmu itu adalah rahsia kejayaan dan keberkatan tidak boleh dilihat dengan mata kasar kerana ia adalah rahsia ALLAH kepada yg taat pada guru.
Wallahualam. Semuga ada pengajaran.
74 Comments
Betul. Amat penting mendapat ilmu yang berkat. Kerana ilmu itu akan dibawa sehingga ke akhir hayat
Curahan rasa Aryn Fadz Lee @ ..PERKARA-PERKARA YANG SUNAT DILAKUKAN PADA HARI JUMAAT
jelas peranan guru sangat penting. sebab inilah sewajarnya sekolah rendah digubal semula berbanding berorientasikan peperiksaan semata-mata sekarang ini
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Sakit Pinggang Hilang Dengan Set Shaklee
terima kasih kerana share cerita macam ni..sungguh bermanfaat dan dapat dijadikan panduan dalam mendidik anak.
Curahan rasa Nurul @ ..Boleh ke beli Shaklee kat sini?
keberkatan ilmu adalah nadi kepada kefahaman para pelajar..ia sama juga kepada keberkatan rezeki
Curahan rasa Hanafi @ ..Masih Relevankah Lagi Laman Blog Sekarang?
Nasihat yang berguna dan bermanfaat buat semua. Banyak pengajaran yang boleh dipelajari disini
Curahan rasa Panduan Malaysia @ ..Senarai Peserta MLM 2016 Maharaja Lawak Mega
Terima kasih di atas nasihat berguna yang diberikan… Semoga kita beroleh hidayah disebalik perkongsian ini…
Curahan rasa Anuar @ ..Bayaran Komisyen Affiliate Terakhir daripada Ashadee.com
Guru ibarat ibu atau bapa kita, jika taat dan patuh pada perintah dan nasihat guru/ustaz akan ada keberkatan dalam hidup di dunia dan juga akhirat.
Curahan rasa TopSeoFriendly @ ..Tesco Ong Ang Pow #Ongmali 2016 Contest
Hidup tanpa ilmu tiada ertinya. Banyak pengajaran yang boleh kita ambil daripada kisah pelajar ini.
Curahan rasa TopSeoFriendly @ ..Tesco Ong Ang Pow #Ongmali 2016 Contest
cerita yang sungguh menarik..
memang sekarang ni mengejar gred berbanding keberkatan ilmu..
Betul…. Saya pun mengakui fenomena pendidikan di malaysia sekarang ini…. Ramai ibu bapa berharap anak mendapat gred yang cemerlang supaya anak-anak dapat meneruskan pengajian di tempat yang lebih baik pada masa depan…
Curahan rasa Anuar @ ..Bayaran Komisyen Affiliate Terakhir daripada Ashadee.com
Disebabkan keghairahan tersebut, ada segelintir ibu bapa sudah tidak lagi mementingkan keberkatan ilmu… Yang mereka tahu… Anak mereka pandai dan dapat keputusan cemerlang…
Curahan rasa Anuar @ ..Bayaran Komisyen Affiliate Terakhir daripada Ashadee.com
Hasilnya…. Ramai anak-anak muda kita cemerlang dalam akademik… Tapi tidak mempunyai sahsiah yang cemerlang…
Curahan rasa Anuar @ ..Bayaran Komisyen Affiliate Terakhir daripada Ashadee.com
Semoga anak-anak kita dijauhkan daripada melalui ujian tersebut… Semoga mereka sentiasa beroleh hidayah untuk menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat…
Curahan rasa Anuar @ ..Bayaran Komisyen Affiliate Terakhir daripada Ashadee.com
saya pun tak perasan akan hal ini. kita selalu mengejar untuk mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan tetapi kita jarang mengejar keberkatan ilmu daripada guru guru. ^_^
Ya Allah, engkau berikanlah keberkatan ilmu kepadaku dan ahli keluargaku ini.. Amin
Curahan rasa Media Sensasi @ ..Isteri Mandi Wajib Pukul 3 Pagi : “Sejuk Awak Kata, Kalau Sejuk Awak Tahan Panas Api Neraka?”
Guru sama ada pensyarah, ustaz, cikgu, trainer di tempat kerja kita menyumbang Jasa yang besar untuk membangunkan jiwa manusia.
Sesebuah negara boleh sahaja kaya dengan Minyak dan gas, tetapi jika aspek pembangunan manusia tiada, makan hanya akan merosakkan lagi alam dan manusia itu sendiri.
Lihat sahaja di korea atau di singapura yg langsung tiada sumber alam tetapi lebih maju berbanding Malaysia.
Jelas sekali jika ingin maju, kita kena majukan lagi profisen guru.
Curahan rasa Elias @ ..Job Security, Apa Tindakan Drastik bakal di ambil oleh Presiden PETRONAS?
Kalau tidak berjaya didalam akademik, sekurang-kurang menjadi orang dan boleh berbakti kepada kedua ibubapa dan masyarakat sudah dikira cukup baik.
Curahan rasa akubiomed @ ..Rahsia borong barang China di Taobao
saya sendiri pun tak perasan akan hal ini. kita selalu mengejar untuk mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan tetapi kita jarang mengejar keberkatan ilmu daripada guru guru. nice entry. 🙂
Curahan rasa MNH @ ..APA TUJUAN SEBENAR UNDANG UNDANG DIGUBAL?
Keberkatan itu penting. Jika guru baik insyallah pelajar juga akan jadi baik. Kadang-kadang kita lihat kesan kerohanian agama seorang guru/ustaz akan bagi kesan juga kepada pelajar.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Cara Pelajar Nak Cari Duit Lebih
Hasil dari didikan guru/ustaz yang baik sebaik Nabi SAW maka terhasillah pelajar/murid sehebat sahabat-sahabat Nabi SAW.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Cara Pelajar Nak Cari Duit Lebih
Comments are closed.