Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, awal Disember 2012 aku dan keluarga jalan-jalan ke Kota Hong Kong. Ini bukanlah lawatan kali pertama untuk aku tetapi kali pertama untuk isteri dan anak-anak. Tujuan utama bukanlah untuk melancong tapi untuk urusan bisnis tetapi seperti pepatah orang tua “sambil menyelam minum air”.
Soalan pertama kawan-kawan bila tahu kami akan ke Hong Kong … pergi Disney World ke? pergi Ocean Park ke?
Oleh kerana ini kali pertama famili menjejaki kaki di Hong Kong jadi aku tidak merancang untuk membawa mereka ke Disney World dan Ocean Park. Kebetulan cuaca di Hong Kong agak sejuk memang sesuai untuk aku membawa famili berjalan-jalan menyelurusi kesibukan Kota Raya yang memang berbeza dengan Kuala Lumpur.
Aku memilih untuk menyewa Hotel Peninsula yang terletak di Tsim Sha Tsui, Kowloon. Sebab paling utama aku pilih hotel ini kerana jaraknya tak sampai 1 kilometer dengan Masjid Kowloon yang terletak di Nathan Road. Di Hong Kong bukan mudah untuk mendapat makanan halal tetapi banyak terdapat di sekeliling Masjid Kowloon. Mengikut aplikasi Zabihah terdapat lebih kurang 75 restoran makanan halal di sekitar Masjid Kowloon. Teringat kali pertama datang Hong Kong menetap di Hotel Four Season tiga hari makan buah dan biskut sampai naik kembung perut kerana tak jumpa makanan halal.
Sepanjang di Hong Kong kami telah menjamu selera di beberapa restoran Halal antaranya Restoran Mughal Club, Restoran Al-Maidah dan Istanbul Kebab. Hampir semua restoran ini agak tersorok dan kecil saiznya. Paling mudah nak pergi ke restoran-restoran ini pergi je di hadapan Masjid Kowloon pasti ramai agen-agen restoran yang akan membawa kita ke restoran mereka.
Kami menghabiskan masa berjalan dicelah-celah bagunan dan shopping mall yang besar di Kowloon dan Pulau Hong Kong dengan berjalan kaki, menaiki teksi dan keretapi bawah tanah (MTR). Orang kata jauh berjalan luas pandangan, Hong Kong memang berbeza dengan Kota Raya yang pernah aku jejaki. Sengaja aku membawa famili menyelusuri Kota Hong Kong untuk merasai sendiri perbezaan kehidupan dan kemudahan yang disediakan.
Dah terlanjur sampai Hong Kong rugi pulak tak singgah Macau. Kami sekeluarga pergi ke Macau menaiki Ferry TurboJet. Perjalanan lebih kurang satu jam setengah melalui pulau-pulau kecil yang cantik. Di Macau kami singgah di beberapa pusat membeli belah antaranya Galaxy, Venetian dan Dream City. Kami makan malam di Spice Garden di Galaxy sebelum menonton pertunjukkan terkenal di Macau, Dancing Water. Setelah selesai pertunjukkan kami kembali semula ke Hong Kong.
Anak-anak gembira walaupun tidak singgah di Disney World dan Ocean Park kerana setiap hari penuh dengan aktiviti sehingga semua keletihan. Pengalaman Kembara Musafir Europe digunakan untuk membawa famili berjalan-jalan di negara orang.
101 Comments
Menarik. Melancong ke negara kafir tapi mementingkankawasan yang dekat dengan masjid dan makanan halal. Prinsip dan disiplin memang penting.
Curahan rasa noehas @ ..Pusat Rawatan Al Muhtadin
Bila berada di negara bukan Islam ni pergantungan kita 100% pada Allah bukan pada pemimpin politik atau manusia lain.
Wah seronok dapat bersama keluarga melancong. Satu nikmat dan kepuasan yang amat sangat.
Curahan rasa daddydee @ ..Pengagihan Pendapatan ASB 2012
bestnya kalau ada yang sponser hana..heheh maksud tersirat
Seronok dapat bercuti bersama keluarga ke luar negara.
saya pun penah sampai sini.. venetian mmg menarik.. hotel ni besar betul sekali dgn shopping komplek
Curahan rasa Mr.PiNGu @ ..Johor Cuti Hari ini
wah jauhnya jenjalan…
Curahan rasa hairulafiz @ ..2012 Tahunku Yang Kacak
seronoknya pergi melawat negara orang dgn keluarga 🙂
Curahan rasa khairil @ ..Sangat Lawak! Video Game Pertama Keluaran Korea Utara
wah hongkong. kapan ya ku bs ke sana
wah.bestnye boleh g melancong..bila la nk merasa g hong kong ni..
bestnyer dapat bercuti 🙂
insyaAllah, one day sure akan ke sana 🙂
Curahan rasa PuanGojes @ ..iPhone 5 gadget impian
Mungkin ini akan menjadi destinasi poercutian saya dan keluarga pada masa akan datang
Curahan rasa wazy @ ..Terima Kasih @TuneTalk
Macau and Hongkong is a Mandarin Country
Curahan rasa Linggar Maretva @ ..20 Font Style Paling Terkenal Dan Berpengaruh Pada Desain Grafis
wah bestnya tn.. bilalah saya nak sampai ke hong kong ni.. pastinya suasana dekat sana jauh berbeza dengan di Malaysia kan?
mengembara bersama keluarga memang best …
Curahan rasa Bro Yusri @ ..SPOON – Rindu Serindu-Rindunya
tempat yang selamat amat penting …di samping kemudahan lain2
Curahan rasa Bro Yusri @ ..SPOON – Rindu Serindu-Rindunya
Seronoknya.
Dengar citer org pegi melancong pun dah suka. Apa lagi kalau pergi sendiri.
Curahan rasa RIS-FAMILI @ ..Welcome To Terengganu
Comments are closed.