Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, awal Disember 2012 aku dan keluarga jalan-jalan ke Kota Hong Kong. Ini bukanlah lawatan kali pertama untuk aku tetapi kali pertama untuk isteri dan anak-anak. Tujuan utama bukanlah untuk melancong tapi untuk urusan bisnis tetapi seperti pepatah orang tua “sambil menyelam minum air”.
Soalan pertama kawan-kawan bila tahu kami akan ke Hong Kong … pergi Disney World ke? pergi Ocean Park ke?
Oleh kerana ini kali pertama famili menjejaki kaki di Hong Kong jadi aku tidak merancang untuk membawa mereka ke Disney World dan Ocean Park. Kebetulan cuaca di Hong Kong agak sejuk memang sesuai untuk aku membawa famili berjalan-jalan menyelurusi kesibukan Kota Raya yang memang berbeza dengan Kuala Lumpur.
Aku memilih untuk menyewa Hotel Peninsula yang terletak di Tsim Sha Tsui, Kowloon. Sebab paling utama aku pilih hotel ini kerana jaraknya tak sampai 1 kilometer dengan Masjid Kowloon yang terletak di Nathan Road. Di Hong Kong bukan mudah untuk mendapat makanan halal tetapi banyak terdapat di sekeliling Masjid Kowloon. Mengikut aplikasi Zabihah terdapat lebih kurang 75 restoran makanan halal di sekitar Masjid Kowloon. Teringat kali pertama datang Hong Kong menetap di Hotel Four Season tiga hari makan buah dan biskut sampai naik kembung perut kerana tak jumpa makanan halal.
Sepanjang di Hong Kong kami telah menjamu selera di beberapa restoran Halal antaranya Restoran Mughal Club, Restoran Al-Maidah dan Istanbul Kebab. Hampir semua restoran ini agak tersorok dan kecil saiznya. Paling mudah nak pergi ke restoran-restoran ini pergi je di hadapan Masjid Kowloon pasti ramai agen-agen restoran yang akan membawa kita ke restoran mereka.
Kami menghabiskan masa berjalan dicelah-celah bagunan dan shopping mall yang besar di Kowloon dan Pulau Hong Kong dengan berjalan kaki, menaiki teksi dan keretapi bawah tanah (MTR). Orang kata jauh berjalan luas pandangan, Hong Kong memang berbeza dengan Kota Raya yang pernah aku jejaki. Sengaja aku membawa famili menyelusuri Kota Hong Kong untuk merasai sendiri perbezaan kehidupan dan kemudahan yang disediakan.
Dah terlanjur sampai Hong Kong rugi pulak tak singgah Macau. Kami sekeluarga pergi ke Macau menaiki Ferry TurboJet. Perjalanan lebih kurang satu jam setengah melalui pulau-pulau kecil yang cantik. Di Macau kami singgah di beberapa pusat membeli belah antaranya Galaxy, Venetian dan Dream City. Kami makan malam di Spice Garden di Galaxy sebelum menonton pertunjukkan terkenal di Macau, Dancing Water. Setelah selesai pertunjukkan kami kembali semula ke Hong Kong.
Anak-anak gembira walaupun tidak singgah di Disney World dan Ocean Park kerana setiap hari penuh dengan aktiviti sehingga semua keletihan. Pengalaman Kembara Musafir Europe digunakan untuk membawa famili berjalan-jalan di negara orang.
101 Comments
Bestnye dapat bercuti ke luar negara.. Macam seronok je hongkong. Mesti kena pergi lepas ni
Curahan rasa Wanayu @ ..21 Disember Hari Akhir Dunia
Selamat bercuti Tuan Denaihati. Nampak best je percutiannya.
Curahan rasa Arrazi @ ..Berkongsi Ilmu Agama Dahulu Atau Amalkan Dahulu
seronoknya dpt tgk negara orang.. tak pernah ke luar negara.. tak ada dlm perancangan jangka masa pendik ni.. insyllah satu hari nanti.. 🙂
Curahan rasa cmratu @ ..Contoh Sticky Album Ain dan Asraf
Menarik jugak, teringin nk ke sana suatu hari nnti
Curahan rasa Kodet @ ..Tiada Duit Pemain Cabut Lari
Moga kesampaian impian tu yer…ameen
Curahan rasa hafizmd @ ..Pembelian Online:Kedekut atau Takut?
Belum pasti lagi bila boleh sampai ke sini..
Curahan rasa Blogger Bawah Tanah @ ..Menyamar Jadi Mesin Cash Deposit.
Best dapat jalan-jalan ke Hong Kong. Memang tak pernah sampai ke sana. Tapi Macau saya dah pernah pergi..
Curahan rasa anif @ ..ASB – Dividen 7.75 Sen, Bonus 1.15 Sen
Suka lagi Macau lebih tenang tapi setakat 3-4 hari boleh lah .. kalau lama bosan sebab tak banyak tempat nak jalan kecuali kalau kaki casino
Curahan rasa denaihati @ ..Kiamat semakin dekat
Sygnye ambe hanya sempat lepak2 kat airport hongkong jer..hehe
Curahan rasa hafizmd @ ..Pembelian Online:Kedekut atau Takut?
Fuhh….seronoknya weiii…tahniah wat bro dan famili…..
Curahan rasa yastro @ ..iPhone 5 Gadget Impian
wah, kapan ya saya bisa ke hongkong,,,,
Curahan rasa Obat Alami Penyembuh Penyakit Asma @ ..Penyakit Diabetes dan Obat Tradisional Untuk Menyembuhkannya
Di weekend ini, ingin juga membawa keluarga liburan…
Curahan rasa Dawaihati @ ..Thailand vs Singapura Final AFF Suzuki Cup 2012
Kebetulan anak-anak sudah mulai libur sekolah, namun keuangan yang tak mencukupi untuk itu
Curahan rasa Dawaihati @ ..Thailand vs Singapura Final AFF Suzuki Cup 2012
Harus mencari alternatif acara lain yang seru untuk menghabiskan waktu bersama keluarga
Curahan rasa Dawaihati @ ..Thailand vs Singapura Final AFF Suzuki Cup 2012
bulan september kemarin kita juga habis dari sana,, macau memang mantap
Curahan rasa diet sehat @ ..Badan Kurus Terhadap Kehamilan
Sungguh menyenangkan bisa kembara ke luar negara bersama keluarga.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Selamat Hari Ibu
kembara bersama keluarga juga bisa menjadi pengalaman yang mengesankan bagi anak-anak, terutama anak-anak yang masih kecil. Pengalaman manis yang mereka peroleh saat Kembara bersama keluarga ini akan terbawa hingga mereka dewasa dan Orang tua akan menjadi bagian tak terpisahkan dari kenangan manis itu.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Selamat Hari Ibu
Untung family abg Ilham dapat merasai pengalaman melancong di negara orang..
Entah bila akan jejak ke sana, tapi tak mengapa, boleh jadi panduan andai ada rezeki ke sana 🙂
Curahan rasa Myra Jay @ ..4th Batch Power Bank 8000mAH
Puas lah anak/isteri jalan-jalan makan angin di msuim cuti ini. Tak susah budak-budak tu buat karangan sekolah tentang aktiviti masa cuti. Cedok jer dari blog bapa dia 😀
Curahan rasa Dulu Lain Sekarang Lain @ ..The Healthcare System and Cancer Treatment for the Elderly
hehe…bagus idea tu…mana2 pelajar yg singgah sini boleh ambil mana2 info utk buat karangan….
Curahan rasa hafizmd @ ..Pembelian Online:Kedekut atau Takut?
Kalau sempat kongsikan harga gadjet2 kat sana 🙂
Curahan rasa azman @ ..Dekorasi Dan Renovasi Kediaman – Saya memilih Iman Puri Sdn Bhd
walahh,, seneng’y bisa jalan” ke hongkong+macau 🙂
terlihat bersih & rapih gak semrawut kaya kota” di tanah air 🙂
Curahan rasa obat diabetes @ ..Agen Ace Maxs Balikpapan
Comments are closed.