Kiamat semakin dekat

Assalamualaikun dan Salam 1Dunia, sejak dua bulan lepas kata kunci “Dunia Akhir Zaman” menjadi salah satu kata kunci yang memberi banyak trafik organik kepada blog Denaihati. Kalau nak dikira kata kunci “Dunia Akhir Zaman” bukanlah antara kata kunci panas tetapi sejak kebelakangan ini menjadi antara carian ramai pembaca.

Sejak bertahun-tahun ramai yang mengaitkan 2012 dengan akhir zaman sehingga lahirnya filem bertajuk 2012 yang mengambarkan bumi akan dilanda Badai Matahari.

Mengikut kalendar kaum Maya seperti yang telah dijelaslan di blog INI tarikh 21/12/12 adalah tarikh keramat dimana dunia akan kiamat. 21/12/12 yang kebetulan jatuh pada hari Jumaat seperti banyak tertulis dalam kitab bawah kiamat akan berlaku pada hari Jumaat. Mungkin inilah sebabnya mengapa kata kunci “Dunia Akhir Zaman” menjadi carian ramai pembaca. Ramai ulama dan cendiakawan Islam telah menyangkal ramalan yang dibuat oleh kalendar kaum Maya.

Tak abis lagi kisah kiamat pada 21/12/12 kini heboh pula kisah bumi akan bergelap pada 23, 24 dan 25 Disember 2012 kerana Bumi dan semua planet akan berada satu baris seperti yang telah ditulis di blog INI. Kisah Bumi akan bergelap selama tiga hari telah kedengaran sejak beberapa tahun lepas dan telah dinafikan oleh NASA dan ANGKASA.

bumi bergelap tiga hari - sumber Google

Dunia ini memang sudah di akhir zaman seperti yang disabdakan oleh Rasulullah. Banyak sudah tanda-tanda akhir zaman boleh kita lihat di sekeliling kita. Kita sendiri menuju akhir zaman pada setiap detik yang berlalu. Soalnya apa yang kita lakukan sebagai persediaan menuju akhir zaman.

Seandainya benar 21/12/12 itu kiamat sudahkah kita bersedia? Seandainya 23, 24 dan 25/12/12 itu bumi akan bergelap dimanakah kita ketika itu?

Allah berfirman yang maksudnya : “Manusia bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang kedatangan hari kiamat; katakanlah: ‘Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Allah.’ Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui? – boleh jadi masa datangnya tidak lama lagi.” (Surah al-Ahzab, ayat 63)

Ia bertanya (secara mengejek): “Bilakah datangnya hari kiamat itu?” (Jawabnya) “Maka apabila pemandangan menjadi berpendar-pendar. Dan BULAN HILANG CAHAYANYA (kerana cahaya matahari yang terlalu terang ketika itu membuatkan bulan tidak kelihatan- seperti pada waktu tengah hari). Dan matahari serta bulan DIHIMPUNKAN BERSAMA (apabila matahari mula menelannya).”- (Al-Qiaamah: 6-9)

“Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dialah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuan-Nya.” (Surah Luqman, ayat 34)

Kiamat memang semakin dekat kalau tidak kiamat besar pasti kiamat kecil dimana kita akan dipanggil mengadap yang MAHA ESA. Sudahkah kita bersedia?

144 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!