Wigan vs Arsenal EPL 2012/13 Week #18

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pasti Arsenal Fan tersenyum setelah Arsenal berjaya menewaskan Reading 5 – 2 setelah tewas kepada Bradford penalti 2 – 3. Kemenangan ini telah melonjakkan Arsenal ke tangga ke lima EPL 2012/13 dengan beza 15 mata kepada Manchester United pendahulu EPL. Peluang Arsenal untuk menjadi antara tiga terbaik masih terbuka luas kerana beza mata dengan Chelsea tidak begitu jauh.

Wigan vs Arsenal - Sumber Google

Kunci kejayaan Arsenal menewaskan Reading adalah pemain dapat bermain pada prestasinya dan paling penting dapat menjaringkan goal. Cazorla berjaya menjaringkan hat trick dan meletakkan sebagai top 10 penjaring terbanyak EPL 2012/13. Pengurus Arsenal, Arsene Wenger juga telah membuat perubahan dengan meletakkan Walcott sebagai penyerang tengah posisi yang sudah lama diidamkan. Mungkin ini strategi Arsene Wenger untuk memujuk Walcott menandatangi kontrak sambungan.

Wigan vs Arsenal - Sumber Google

Undian untuk Champions League 2012/13 pusingan kalah mati telah dibuat dimana Arsenal telah diundi untuk bertemu Bayern Munich. Undian yang sangat mencabar memandangkan prestasi Bayern Munich untuk musim 2012/13 sangatlah cemerlang. Walaubagaimanapun pasti Arsene Wenger mempunyai strategi untuk menentang Bayern Munich.

Wigan vs Arsenal - Sumber Google

EPL 2012/13 Week #18 Arsenal akan bertandang ke Stadium DW menentang Wigan. Pasukan yang susah untuk dijangka kerana pada bila-bila masa sahaja Wigan boleh menewaskan pasukan kuat terutama bermain di padang sendiri. Arsenal tiada pilihan selain menang untuk melonjak ke tangga ke empat EPL dengan mengharap Tottenham, Everton dan West Brom tewas.

Keputusan Wigan vs Arsenal : 0 – 1

Live Wigan vs Arsenal @ Astro Supersport 831 tarikh 22/12/12 jam 8.45 pm waktu Malaysia.

Live Streaming Wigan vs Arsenal @ Goal.com.

Live di Stadium Twitter dengan hashtag #Arsenal

KEPUTUSAN EPL 2012/13 WEEK #18

West Ham vs Everton : 1 – 2

Southampton vs Sunderland : 0 – 1

West Brom vs Norwich : 2 – 1

Manchester City vs Reading : 1 – 0

Newcastle vs QPR : 1 – 0

Tottenham vs Stoke : 0 – 0

Liverpool vs Fulham : 4 – 0

Swansea vs Manchester United : 1 – 1

Chelsea vs Aston Villa : 8 – 0

38 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!