Assalamualaikum dan salam 1Dunia, entri ini ditulis oleh Ariff Shah tuan punya blog Ariffshah.com semuga perkongsian ini akan menambah lagi ILMU Blogging kita untuk go next level dalam dunia blog. Ariff Shah adalah penulis jemputan tetap blog Denaihati dan antara entrinya ialah “Rich Snippet – Standard Baru Dalam SEO“ dan “Apa Yang Perlu Dibuat Setelah Berada di Tempat Pertama Google Search?“. Semakin ramai blogger berminat nak buat duit dengan blog mungkin entri ini boleh membantu :
Sebagai blogger personal, biasanya kita tulis blog ikut mood dan topik yang kita suka. Takde orang suruh, takde orang paksa. Semua buat atas kesukaan sendiri. Bebas. Itu yang semua blogger personal mahukan. Bila ada kebebasan, kreativiti dapat berkembang.
Kadang-kadang kebebasan dan ikut suka hati sendiri ni terbawa-bawa bila kita nak cari duit dengan blog. Join ads network dan tunggu je kempen buffered earning (BE) atau CPM masuk. Kalau ada, adalah. Kalau takde, takpelah. Kebebasan tadi memupuk sikap malas dalam diri kita.
Apa yang lebih merugikan, bila kita mempunyai potensi besar dalam bidang blogging ni. Contohnya, ada nama atau trafik yang banyak. Trafik banyak tapi tak dapat income atau kelebihan daripadanya pun takde gunanya.
Banyak syarikat korporat di luar tu sudah sedia maklum dengan kuasa blogger. Namun untuk menjimatkan kos, mereka tak berani nak approach ads network untuk beriklan pada platform blog. Ada yang masih lagi mengekalkan kaedah pengiklanan tradisional dengan beriklan di surat khabar dan tv kerana ada juga yang tidak sedar market melalui pengiklanan bersama blogger ni kadang-kadang lebih luas dan efektif. Ada juga yang takut dengan potensi ini kerana mereka tidak mengetahui hal sebenar.
Jadi sebenarnya agak rugi kalau anda berpotensi tapi tak pandai untuk engage pengiklan secara terus. Kalau dah dapat status anak emas syarikat pengiklanan takpelah, memang akan ada bahagian anda. Kalau tak, memang berputih mata tengok orang lain dapat.
Baru-baru ini saya telah berhubung dengan sebuah syarikat kesihatan dan mencadangkan dengan mereka untuk bekerjasama. Tak susah pun sebenarnya, satu emel yang dihantar telah cukup untuk membuka mata mereka. Sebulan selepas emel tersebut dihantar, sebuah syarikat Public Relation (PR) telah menghubungi saya dengan menawarkan apa yang saya mahukan.
Pada pendapat saya, pengiklanan dengan blogger adalah jauh lebih murah berbanding surat khabar. Orang beli surat khabar untuk baca berita, bukan iklan. Jadi biasanya iklan akan dipandang lalu je. Membaca blog pula adalah percuma. Jadi mereka tak kisah dengan iklan, asalkan ianya tidak menjengkelkan atau terlalu banyak.
Jadi bertindaklah. Mungkin anda boleh berhubung dengan syarikat yang mempunyai produk yang anda suka dan gunakan selalu. Lebih efektif macam tu. Saya lihat kerjasama seperti ini lebih kepada win-win situation berbanding satu hala sahaja.
Jangan syok sendiri dengan income yang kita dapat atau tak dapat. Kalau rasa ada potensi lain, gunakanlah ia sebaik-baiknya.
240 Comments
Perlu mencari suatu nama,
Nama dicari perlu hebat,
Macam kami yang tak berjenama,
Nak dapat org komen kat entri kitapun payah sangat.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..10 Sebab Pelajar Ponteng Sekolah
Bloger yg hebat pengiklanan tertarik,
Pada kami jauh nak dicapai lagi,
Semua info diberi sangat menarik,
Mungkin suatu hari nanti mereka cari.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..10 Sebab Pelajar Ponteng Sekolah
kalau blogger dah bagus, mesti banyak org nak iklan nt 🙂
Curahan rasa Wan Gerrard @ ..Fabrice Muamba Masih Kritikal
betul gak kata arif…blog merupakan satu medium yg sgt mudah utk oklan sesuatu produk…kalau pandai pilih produk..x mustahil akan ramai tertarik dan akan klik2 🙂
iya kah… lepas nie kena bijak sikit nie…. biasalah nak dapat income sikit…huhuhu
Curahan rasa Budak Lanun @ ..Konsert Rhythm Of The Soul : Di Bawah LangitMu (Siri Pertama)
salam..
yuppp..saya setuju..
kena cuba potensi blog kita
di mata pengiklan..
Curahan rasa zulkbo @ ..Ole-Ole Dari Miecyber : Buku Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus
MJ pun kekadang menulis syok sendiri gak..
Tp MJ setuju dengan entry yang ditulis Bro Ariff ni 🙂
Curahan rasa Myra Jay @ ..Beli TV baru..Mode in Happy 🙂
saya pun terkadang begitu MJ….
Curahan rasa Dadan @ ..KAMSEUPAY istilah baru setelah GALAU
skrg mmg ramai dah start gunaa media blog ni kan..
btw, nk komen sikit psl gambar tu.. apsal tangan kiri. tak islamik kot..hehe…
n kat ruangan top komen tu.. tukar la url gambar tu supaya tak nampa missing url tu.
Curahan rasa muazfaris @ ..Tip naikkan PageRank Blog PR2
kena stabilkan blog dulu..baru pikir benda2 ni..huhu..kalau tak pengiklan [un tak pandang..
Curahan rasa bardboo @ ..My Pinky Moments
Rasanya yang nie saya tak tau sangat… huhuhu
Curahan rasa Budak Lanun @ ..Konsert Rhythm Of The Soul : Di Bawah LangitMu (Siri Pertama)
ada ker pengiklan yang berminat kita sebagai blogger pun berminat juga…
Curahan rasa azura @ ..Teka Teki Teka Tekuk
untuk capai pengiklanan seperti tu saya masih terlalu jauh untuk capai…visitor pun tak menentu..apapun penrkongsian pendapat yang bagus
Curahan rasa segalabenda @ ..Harga Emas
bimbang takut takde orang nak klik iklan kat blog dia je..
Curahan rasa Din @ ..Tahukan Korang? [Versi Blogger]
betul bro, dah dua bulan iklan di blog ga ada yang klik, makanya awal maret kemarin saya lepaskan semuanya….
Curahan rasa Dadan @ ..KAMSEUPAY istilah baru setelah GALAU
itulah masalahnya sekarang nie… banyak iklan pun tak guna kalau tak ada orang yang nak klik iklan tu…
Curahan rasa Budak Lanun @ ..Rahsia Disebalik Hari
Assalamualaikum,
Perkongsian ilmu dlm entry ini cukup bagus. Saya belajar sesuatu drp entry tuan ni. terima kasih.
-eqbalzack-
Curahan rasa eqbalzack @ ..eqbalzack in KOSMO! & APARTMEN magazine
saya masih jauh dari tahap yg dinyatakan.. visitor ciput ja….
Curahan rasa cmratu @ ..Seminar WordPress : Produk Baru Dari Akademi Denaihati
Being a blogger is excelent
Curahan rasa salman Alfarish @ ..Orang Aceh di Melbourne?
Comments are closed.