Jack Wilshere tiki taka gol

Assalamualailum dan Salam 1Dunia,

Tak jemu aku menonton berkali-kali video jaringan gol tiki taka Jack Wilshere ketika Arsenal menewaskan Norwich City 4 – 1. Bak kata Mesut Ozil aksi gol tiki taka Wilshere hanya boleh berlaku dalam PS3 tetapi kini berlaku di dunia nyata yang membuka mata peminat bola satu dunia. Apa pendapat anda dengan kualiti gol tiki taka dari Jack Wilshere?

Selain gol cantik Jack Wilshere, Mesut Ozil menjaringkan dua gol dan Ramsey menambah satu lagi gol untuk menjadi penjaring gol terbanyak Arsenal untuk BPL 2013/14. Arsenal mengekalkan di tahta BPL 2013/14 untuk minggu ke lapan setelah Liverpool seri 2 – 2 kepada Newcastle. Persaingan tahta BPL 2013/14 masih sangat terbuka kerana beza tujuh pasukan terbaik hanya 4 mata sahaja.

Jack Wilshere
Jack Wilshere merupakan pemain terpenting dalam skuad Arsenal

Champions League 2013/14

Arsenal tewas di Stadium Emirates 1 – 2 kepada Borussia Dortmund untuk perlawanan ketiga kumpulan F walaupun bermain dengan baik terutama pasa masa ke dua. Arsenal tewas kerana kesilapan sendiri yang diambil peluang dengan baik oleh pemain-pemain Borussia Dortmund. Selepas tiga perlawanan Arsenal, Borussia Dortmund dan Napoli bersaing hebat untuk layak ke pusingan seterusnya. Aku jangkankan persaingan tiga pasukan akan berterusan sehingga perlawanan terakhir.

Group F Champions League 2013/14
Kedudukan Arsenal dalam Group F Champions League 2013/14

BPL 2013/14 Week #9

Minngu ke sembilan, Arsenal akan bertandang ke Stadium Selhurst Park menentang Crystal Palace yang baru kehilangan pengurusnya, Ian Holloway. Tewas kepada Borussia Dortmund pasti menyutik lebih semangat kepada pemain Arsenal untuk menang dan kekal di tahta BPL 2013/14.

Keputusan Crystal Palace vc Arsenal : 0 – 2

Live Crystal Palace vc Arsenal @ Twitter


 

Keputusan BPL 2013/14 Week #9

[box type=”shadow”]Liverpool vs West Brom : 4 – 1

Manchester United vs Stoke City : 3 – 2

Aston Villa vs Everton : 0 – 1

Norwich City vs Cardiff City : 0 – 0

Southampton vs Fulham : 2 – 0

Sunderland vs Newcastle : 2 – 1

Tottenham vs Hull City : 1 – 0

Swansea vs West Ham : 0 – 0

Chelsea vs Manchester City : 2 – 1[/box]

Perlawanan Chelsea vs Manchester City pasti menjadi perhatian ramai kerana kedua-dua pasukan antara pasukan yang mencabar Arsenal di tahta BPL . Sangat bagus kepada Arsenal kalau perlawanan ini berakhir dengan seri.

39 Comments

  1. video tika taka tu dah tak boleh tengok bro…dalam bolasepak moden tiki taka menjadi salah satu hiburan buat peminat bola sepak..tapi tak semua team mampu melancarkan gerakkan tiki taka nie..kalau guna padang bola di Malaysia ni..bukan jadi tiki taka dah silap-silap jadi teka tekuk pulak..hahaha
    Curahan rasa blogger lelaki @ ..Misi Naikkan Kembali Ranking AlexaMy Profile

  2. Barcelona sudah lama amalkan permainan Tiki Taka nih malah sehingga kini pun mereka masih amalkan walaupun ada suara sumbang suruh mereka tukar corak permaianan , itulah perbezaan dengan pasukan2 Eropah lain…itu pasal dalam banyak2 pasukan EPL den hanya suka tengok permainan Arsenal berbanding pasukan lain yang lebih menerapkan hantaran lintang sahaja…

    Gol tuh memang cantik , harap final Champions League Barcelona sekali lagi berjumpa Arsenal di final , final idaman den…hehe
    Curahan rasa papa mifz @ ..Papa Jom TidurMy Profile

  3. Gol yg amat cantik. Sayang saya khuatiri pemain seperti Wilshere akan kurang mendapat tempat dalam pasukan England di World Cup nanti. Hodgson lebih cenderong kepada kepada Stevie G dan Lampard di bahagian tengah. Harap Hodgson berikan lebih peluang kepada pemain-pemain yg boleh pass bola dengan baik. Wilshere + Carrick ditengah dengan Rooney di posessi #10. Lagi bagus kalau Rio dipanggil semula dalam skuad England. Bosan tengok centre back hentam bola tinggi-tinggi dan baypass talented player mcm Wilshere.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!