Assalamualailum dan Salam 1Dunia,
Tak jemu aku menonton berkali-kali video jaringan gol tiki taka Jack Wilshere ketika Arsenal menewaskan Norwich City 4 – 1. Bak kata Mesut Ozil aksi gol tiki taka Wilshere hanya boleh berlaku dalam PS3 tetapi kini berlaku di dunia nyata yang membuka mata peminat bola satu dunia. Apa pendapat anda dengan kualiti gol tiki taka dari Jack Wilshere?
Champions League 2013/14
Arsenal tewas di Stadium Emirates 1 – 2 kepada Borussia Dortmund untuk perlawanan ketiga kumpulan F walaupun bermain dengan baik terutama pasa masa ke dua. Arsenal tewas kerana kesilapan sendiri yang diambil peluang dengan baik oleh pemain-pemain Borussia Dortmund. Selepas tiga perlawanan Arsenal, Borussia Dortmund dan Napoli bersaing hebat untuk layak ke pusingan seterusnya. Aku jangkankan persaingan tiga pasukan akan berterusan sehingga perlawanan terakhir.
BPL 2013/14 Week #9
Minngu ke sembilan, Arsenal akan bertandang ke Stadium Selhurst Park menentang Crystal Palace yang baru kehilangan pengurusnya, Ian Holloway. Tewas kepada Borussia Dortmund pasti menyutik lebih semangat kepada pemain Arsenal untuk menang dan kekal di tahta BPL 2013/14.
Keputusan Crystal Palace vc Arsenal : 0 – 2
Live Crystal Palace vc Arsenal @ Twitter
Keputusan BPL 2013/14 Week #9
[box type=”shadow”]Liverpool vs West Brom : 4 – 1
Manchester United vs Stoke City : 3 – 2
Aston Villa vs Everton : 0 – 1
Norwich City vs Cardiff City : 0 – 0
Southampton vs Fulham : 2 – 0
Sunderland vs Newcastle : 2 – 1
Tottenham vs Hull City : 1 – 0
Swansea vs West Ham : 0 – 0
Chelsea vs Manchester City : 2 – 1[/box]
Perlawanan Chelsea vs Manchester City pasti menjadi perhatian ramai kerana kedua-dua pasukan antara pasukan yang mencabar Arsenal di tahta BPL . Sangat bagus kepada Arsenal kalau perlawanan ini berakhir dengan seri.
39 Comments
Walau secantik mana dan banyaknya jaringan tetapi kalau tidak mampu juga menggondol kejuaraan… Ianya tetap tidak membawa sebarang makna… Jgn marah ye tuan dh! 🙂
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Perjalanan Idea Gila Kini Bermula…
Tak boleh tengok pulak video dalam entri ini, Tuan Denaihati. Apapun tahniah ye. Hee
samalah. tak boleh nak tengok video dalam entri ini. agaknya dah dipadam kot. apa-apa pun tahniah buat team bola yang menang.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..PRELOVED GIVEAWAY
Comments are closed.