Jabatan Pendaftaran Negara banyak masalah

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “Pengalaman berkawan dengan artis“, kisah Abang berkawan dengan Zarul Umbrella, Adi Putra dan Mira Filzah. Kali ini Abang nak menulis pengalaman tidak seronok dengan perkhidmatan Kerajaan.

Mohon seminit LIKE page kami yg penuh dengan ILMU utk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Malaysia memang negara maju siapa yang tak kenal, antara negara gemilang dan terbilang dalam industri digital. Fasilti Malaysia semuanya kelas pertama tetapi cara fikir masih kelas ketiga.

Beberapa minggu lepas ketika Abang memperbaharui pasport antarabangsa untuk emak dan abah di cawangan Putrajaya. Abang tanya pada pegawai imigresin yang kacak lagi ensem, tak ada rancangan ke nak buka kaunter semasa makan tengahari seperti kaunter bank. Dia kata belum ada rancangan. Dalam hati kalau kaunter syarikat swasta boleh kenapa perkhidmatan kerajaan sepenting begini tak boleh. Percaya tak ada bank luar negara yang buka cawangan di Malaysia buka tujuh hari seminggu.

Ini pengalaman lain pulak, anak Abang baru masuk umur 13 tahun jadi perlu buat kad pengenalan baru dan tukar Mykad isteri. Kami buat di Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia cawangan Kajang, sangka sehari boleh siap seperti yang abang pernah tulis dalam entri “Betul ke ganti Mykad siap dua jam” rupanya dua minggu baru boleh siap.

Selepas dua minggu kami datang, petang Khamis tapi kerani kaunter beritahu sistem down, sila datang esok petang. Keesokkannya selepas solat Jumaat kami datang lagi, alhamdulillah sistem tak ada masalah. Selepas menunggu 10 minit, kami perasan no panggilan tidak bergerak-gerak. Rupanya sistem down lagi. Ramai yang kecewa terutama yang datang dari jauh naik bas, naik teksi. Kerani lelaki, baju kemeja biru membebel bagi macam-macam alasan. Siapa pulak nak bayar kos-kos yang rakyat sudah  keluarkan bayar teksi, bayar parking dan berbagai kos tujuan datang untuk ambil mykad.

Nanti Abang nak email bos PM Najib Razak nak tanya apa sebenarnya dengan masalah perkhidmatan awam Malaysia ni.

Tak marah tapi geram. Bigung juga bila nak datang lagi.

Abang Denaihati
Penulis Blog
Denaisell (kedai online kami)

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

38 Comments

  1. dari pandangan seorang yang mungkin kecewa dengan servis kerajaan mungkin tuan kata begitu..masalah…yang memang masalah juga sebenarnya..

    isteri saya sendiri bekerja di JPN cawangan UTC..dan banyak masalah yang dikongsikan juga kepada saya, dan baru saya faham keadaannya yang berlaku. Apabila kita tak nampak situasi sebenar, banyak impresi negatif yang akan dilemparkan..tak gitu?

    wife saya juga pernah bekerja di cawangan lain seperti bagan datoh dan juga di Sarawak.Lain cawangan, lain masalahnya yang mungkin tak ramai tahu.

    1.Masalah Mesin/Sistem
    Segala masalah akan diselenggara oleh pihak ketiga yang dilantik,biasanya pihak swasta.Apabila sistem tergendala, segala transaksi akan tergendala, apabila melibatkan operasi keseluruhan yang disediakan pihak swasta tersebut.

    2.Masalah Manusia
    Masalah ini berpunca daripada manusia sama ada pegawai berkenaan yang berada di kaunter atau yang berjumpa pegawai kaunter.Ada yang mampu kawal emosi dan ada yang tidak.

    Tajuk entri ini seakan-akan menyalahkan keseluruhan JPN yang ada.Tersinggung ramai staff JPN yang bekerja dengan penuh dedikasi dan tanpa kenal erti penat walaupun terpaksa bekerja lebih 10 jam sehari dan korbankan cuti hujung minggu bersama keluarga.

    Tips untuk IC cepat siap adalah ke cawangan UTC.Biasanya akan siap dalam masa sejam jika tiada apa-apa masalah.Cawangan yang besar mempunyai mesin untuk mencetak IC,kos mesin itu pun sudah makan jutaan ringgit.

    Sekarang ni JPN sudah mula meningkatkan kualiti kerja iaitu pelbagai urusan seperti renew passport atau lesen boleh dibuat juga dicawangan-cawangan tertentu.Begitu juga dengan JPJ ataupun Imigresen.

    Jika ada yang saya tidak puas hati, saya cuba selami dahulu dipihak sana, supaya tidak ada yang tersinggung..
    Curahan rasa reezluv @ ..Pengguna Setia Bateri EneloopMy Profile

    1. Terima kasih maklumbalas yang diberi kami sangat menghargai.

      Masalahnya adakah majoriti rakyat akan cuba memahami ini semua. Kerajaan mesti bertindak untuk menguruskan masalah ini tidak berulang ulanga dan berulang terutama masalah yang sama. zaman sekarang setiap kali rakyat bergerak pasti ada kos dan bukan murah.

      Sebab itu diakhir entri disebut PM Najib Razak yang mesti bertanggung jawap kepada semua masalah ini.

      Staff JPN boleh gunakan entri ini sebagai rasa luahan kecewa rakyat kepada mereka yang mesti diambil tindakkan segera oleh Kerajaan.
      Curahan rasa denaihati @ ..Dividen dan Bonus Tabung Haji 2016My Profile

  2. Memang tidak dinafikan ada beberapa kaunter kerajaan ada msalah seperti ini. Saya sebagai penjawat awam yang bekerja di kaunter sentiasa cuba yang terbaik untuk melayan pelanggan walau dalam apa jua keadaan. Moga ada improvement dalam hal ini kerana saya pun sendiri pernah menghadapinya masalh yang serupa bila berdepan dengan kaunter kerajaan jabatan lain
    Curahan rasa Aryn Fadz Lee @ ..JANGAN BIAR BABAT ANDA SEMAKIN MENEBAL. AMBIL INI SEGERA!My Profile

  3. sebagai org yg masih lagi berkhidmat dlm perkhidmatan awam, saya dah terbiasa dengan situasi seperti ini walau dalam hati dan kdg2 mulut dok membebel je sebab pengurusan dan pelaksanaan jabatan2 terbabit masih tak byk berubah. saya terpaksa minta crk dengan ketua utk itu. pergi temu janji hospital dan klinik pun makan masa separuh hari. saya ni pula kerja ptg. pernah dulu, masa hamil ank kedua dan selalu alami pendarahan, dan dokter hanya boleh bagi ‘time slip’, saya hampir balik dgn darah mendidih, tapi masuk semula ke bilik doktor dan tepukkan time slip tu ke mejanya sambil ckp,” kalau nak bagi time slip je, tolonglah simpan balik, saya tak hingin”. i end up the day going to private clinic and consult for mc… huhu…
    Curahan rasa akuzle ayu @ ..Pengalaman Menyeronokkan di Majlis Pelancaran Hari Jadi Fish & Co. Pavillion Kuala Lumpur.My Profile

  4. pengalaman saya buat passport di Seremban. sistem asyik down je, sedih. serik. terus buat pasport 5 tahun sebab tak sanggup nak tunggu lama-lama. Ni, bakal kena buat pasport baru sebab dah hampir tamat. harap perkhidmatan bertambah baik
    Curahan rasa siti hazreen @ ..Poskad Dari IndiaMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!