Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, syukur alhamdulillah, kita telah berjaya menahan nafsu sepanjang bulan penuh keberkatan ini. Walaupun jauh di sudut hati, timbul rasa sedih akan meninggalkan bulan Ramadan disebabkan rahmat dan keistimewaan yang begitu banyak dalam bulan ini, namun ini semua adalah peredaran kehidupan yang perlu dilalui oleh kita semua. Semoga kita akan diberikan kesempatan untuk menikmati bulan barakah ini pada tahun hadapan pula.
Di samping kita meraikan Hari Raya Aidilfitri ini, janganlah kita lupa penderiaan saudara seagama kita di seantero dunia yang terpaksa berperang di kala kita semua meraikan hari yang bermakna ini. Seandainya ada kemampuan, janganlah kita lupakan mereka yang tidak bernasib baik, jamulah mereka, raikan bersama-sama. Semoga ikatan ukhuwah islamiah sesama kita bertambah utuh dan erat.
Semperna hari baik bulan baik ini, kami dari Denaihati Network ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan-rakan blogger, para pembaca, pelajar Akademi Denaihati Network, penaja aktiviti, rakan niaga, para pengiklan, serta semua umat Islam di mana jua anda berada. Kami ingin memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan, kekasaran bahasa, terguris perasaan atau apa-apa yang terjadi yang mungkin menyebabkan anda berkecil hati. Semua yang berlaku bukanlah disengajakan dan kami memohon ampun dan maaf atas kelemahan pihak kami.
Terimalah e-kad dan video ucapan hari raya dari pihak kami untuk anda semua.
Sekiranya anda akan pulang ke kampung atau melawat saudara mara dan sahabat handai, memandulah berhati-hati dan semoga sentiasa bersabar dengan keadaan trafik yang pastinya sesak di musim perayaan seperti ini. Dapatkan maklumat info trafik terkini melalui Twitter dan Facebook untuk memudahkan perancangan perjalanan anda dan keluarga. Usahlah kita mengikut hawa dan nafsu yang telah berjaya dikawal sepanjang bulan Ramadan dengan melepaskannya pada bulan Syawal. Ulangkaji Tips mengelakan kemalangan jalanraya sebagai peringatan kepada yang lupa.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.
28 Comments
Sedar tak sedar lagi beberapa bulan sahaja lagi untuk hari lebaran bagi tahun 2014 ni. Memang cepat masa sekarang.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Cantik jelita dan tampil berseri dengan Placenta White By Nikko
Alhamdulillah..semoga apa yang baik sepanjang bulan ramdan akan diteruskan dalam kehidupan seharian kita..selamat hari raya untuk tuan denaihati sekeluarga…
Curahan rasa Hafizul @ ..Perbezaan Kita dan Nabi SAW Menyambut Hari Raya
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat pembaca DH. maaf zahir dan batin
Selamat hari raya maaf zahir batin
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H buat DH dan seluruh pembaca
Mohon maaf lahir batin ya 🙂
Curahan rasa Rina @ ..Create CSS Responsive Pricing Tables Design For Website
Takbir bergema di pagi Syawal,
Menandakan jelmanya Aidulfitri,
Maaf dipinta pahala afdal,
Moga beraya penuh berseri.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kemeriahan Di Aidilfitri
selamat hari raya aidilfitri maaf zahir & batin kepada seluruh muslimin & muslimat…
Curahan rasa Wan Fauzi™ @ ..Suasana Jutaan Rakyat Mesir Menyambut Aidilfitri
Selamat hari raya jugak buat semua pengunjung denaihati…terima Kasih juga pada DH yg selalu kunjung meninggalkan komen
Curahan rasa weschairs @ ..Pantun lawak Hari Raya (2013)
Semoga kita bisa bertemu dengan Bulan kemuliaan Ramadhan Mubarak Tahun depan aamiin
Curahan rasa Safiy Hati @ ..Puasa Sunnah 6 Hari Syawal
Tak terasa bedug dan takbir berkumandang semalam menyambut datangnya kemenangan…
Selamat berhari raya kepada sahahat-sahabat semuanya
Curahan rasa Ferry @ ..Puasa Syawal
selamat hari raya maaf zahir dan batin
tak dapat tengok video lgi sebab internet slow..hehe
Curahan rasa cikgu naman @ ..Selamat Hari Raya dan Selamat Hari Ulangtahun
Comments are closed.