Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, rasanya baru semalam tertipu ketika over excited membeli iPhone 5s di Sim Lim Square Singapore. Hari ini Apple memperkenalkan dua produk terbaru iPhone mengantikan iPhone 5s iaitu iPhone 6 dan iPhone 6 plus. Seperti yang bocor dalam banyak website sebelum ini, iPhone 6 hadir dalam saiz 4.7-inci, sementara iPhone 6 Plus pula akan hadir dalam saiz 5.5-inci dengan sokongan paparan Retina HD, dan lebih nipis berbanding versi iPhone sebelum ini. Selain iPhone 6 paling aku suka apabila Apple memperkenalkan Apple Pay untuk memudahkan transaksi pembelian online.
Berikut antara yang menarik tentang iPhone 6 :
- iPhone 6 datang dengan papran resolusi 1334×750 pixel.
- Rekaan kerangka juga dilihat lebih membulat berbanding iPhone 5S sebelum ini.
- Menggunakan cip pemprosesan Apple terbaru, iaitu Apple A8 dengan menawarkan tenaga pemprosesan lebih 25% pantas dan grafik lebih 50% laju.
- Penggunaan cip pemprosesan M8 yang khusus untuk memantau gerakan, disamping penggunaan barometer untuk mengetahui tekanan udara dan sebagainya.
- Hadir dengan sokongan LTE yang lebih pantas berbanding dengan iPhone 5S sebelum ini.
- Dilengkapkan ia dengan sokongan VoLTE, dan juga membawakan fungsi WiFi Calling sekiranya penggunaan rangkaian telekomunikasi agak rendah disesuatu kawasan.
- Kamera dinaik-taraf menggunakan sensor 8-megapixel iSight, 1.5µ pixels, ƒ/2.2 aperture untuk rakaman gambar yang lebih cantik.
- Kamera juga hadir dengan Focus Pixel untuk memfokuskan dengan pantas dan baik sebelum melakukan rakaman. Cip A8 juga turut menyertakan sokongan ISP (Image Signal Processor) untuk membantu rakaman ketika bergegar ataupun pada keadaan cahaya gelap.
- Harga iPhone 6 dari USD199.
Berikut antara yang menarik tentang iPhone 6 plus :
- iPhone 6 Plus datang dengan papran resolusi 1920×1080 pixel.
- Membawakan skrin bersaiz lebih besar dengan resolusi tinggi dan menawarkan paparan secara melintang.
- Menggunakan cip pemprosesan Apple terbaru, iaitu Apple A8 dengan menawarkan tenaga pemprosesan lebih 25% pantas dan grafik lebih 50% laju.
- Penggunaan cip pemprosesan M8 yang khusus untuk memantau gerakan, disamping penggunaan barometer untuk mengetahui tekanan udara dan sebagainya.
- Hadir dengan sokongan LTE yang lebih pantas berbanding dengan iPhone 5S sebelum ini.
- Dilengkapkan ia dengan sokongan VoLTE, dan juga membawakan fungsi WiFi Calling sekiranya penggunaan rangkaian telekomunikasi agak rendah disesuatu kawasan.
- Kamera dinaik-taraf menggunakan sensor 8-megapixel iSight, 1.5µ pixels, ƒ/2.2 aperture untuk rakaman gambar yang lebih cantik.
- Kamera juga hadir dengan Focus Pixel untuk memfokuskan dengan pantas dan baik sebelum melakukan rakaman. Cip A8 juga turut menyertakan sokongan ISP (Image Signal Processor) untuk membantu rakaman ketika bergegar ataupun pada keadaan cahaya gelap.
- Harga iPhone 6 plus dari USD299.
iPhone 6 akan ditawarkan di USA, UK, Singapore, Hong Kong, German, Canada, Jepun, Australia, Perancis bermula 19 September. iPhone 6 dan iPhone 6 Plus akan ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu putih, hitam dan warna emas. Bersama-sama pengenalan iPhone 6 ini, pihak Apple turut mengemaskini harga jualan untuk iPhone 5S dan juga iPhone 5C. Harga iPhone 5C Malaysia akan dijual dari RM1499 dan iPhone 5S Malaysia akan dijual bermula dari RM1999.
Saksi Video iPhone 6 dan iPhone 6 plus untuk lebih banyak maklumat
Perbandingan iPhone 6 dengan smartphone yang lain :
- Perbandingan iPhone 6 Plus, Lenovo Z2 Pro Dan Galaxy Note 4
- Perbandingan iPhone 6, Xperia Z3 Dan Moto X
Apple Watch
Selain iPhone 6 dan iPhone 6 plus, Apple juga memperkenal gajet terbaru iaitu Apple Watch.Ia akan hadir dalam dua saiz berbeza dan dilengkapi dengan skrin Sapphire yang dilengkapi paparan Retina. Gajet ini akan hadir dengan tiga variasi, iaitu Apple Watch, Apple Watch Sport dan juga Apple Watch Edition. Apple Watch hadir dalam rekaan segi empat dengan membawakan antaramuka khusus serta dilengkapi dengan pelbagai fungsi seperti iPhone 6.
Apple watch mempunyai Digital Crown yang akan membawa pengguna kepada skrin utama, dan pengguna turut boleh memutarkannya untuk memilih sesuatu perkara. Jam tangan pintar ini turut menyertakan sokongan input berasaskan suara melalui integrasi Siri yang membolehkan pengguna berinteraksi dengannya disamping membalas sesuatu perkara dan membuat beberapa perkara lain. Jam tangan pintar ini hanya akan mula dipasarkan bermula awal tahun 2015.
Saksi Video Apple Watch untuk lebih banyak maklumat
Apa komen semua peminat dengan kehadiran iPhone 6, iPhone 6 plus dan Apple Watch produk terbaru Apple serta Apple Pay. Isteri aku pasti suka dengan iPhone 6 plus kerana selama ini dia sering komplen iPhone 5s terlalu kecil untuk dia. Baguslah kalau dia berpindah kepada iPhone 6 plus jadi mudah aku nak bantu bila ada masalah berbanding sekarang sebab aku memang kurang mahir dengan sistem Android.
1,258 Comments
Lazada sedikan rebate RM200. Wahh best ni, boleh la beli dengan harga yang lebih murah berbanding di kedai biasa
Curahan rasa qtiechan @ ..Idola dalam bisnes
Dah pernah tengok iphone 6 plus kat kedai baru ni. Punya la besar gedabak dah macam Samsung dah hihi
Curahan rasa qtiechan @ ..Idola dalam bisnes
rebate dekat lazada bukan sikit tau , rm200 tu , boleh beli macam macam dengan duit tu
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..My November Hijabs
bestnya kepada yang terawal mengguna kan iphone 6 , mesti boleh berseronok awal
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..My November Hijabs
dengan kelebihan screennya yang besar, kepasntasan camera nya , sangat berbaloi
Orang sekrang memang suka skrin yang besar2 gedabak nih..hehe.. lebih luas pandangan..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Hehe betul tu. Senang sikit guna skrin besar besar. Takde la ciput sangat nak tatap skrin
Curahan rasa qtiechan @ ..Idola dalam bisnes
Pengguna awal mungkin seronok sebab jadi yang terawal.. tapi fon nih semakin hari akan jatuh harga.. tak mustahil harganya akan jadi lebih murah nanti..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Betul tu. Tapi harga keluaran Apple tak mudah sangat turun berbanding dengan jenama lain
Curahan rasa qtiechan @ ..Idola dalam bisnes
Walau pun nampak banyak rebate dekat lazada tuh, tapi kena survey kat tempat lain jugak.. mana tahu dapat harga yang lagi menarik dari lazada..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
tapi kalau betul betul nak iphone 6 ni boleh la membuat simpanan daripada sekrang
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..My November Hijabs
selain tu boleh juga dapatkan rebate di lazada seperti yang denaihati cakap
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..My November Hijabs
rebate dekat lazada bukan sikit tau , rm200 tu , boleh beli macam macam dengan duit tu
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..My November Hijabs
Diskaun 200 tuh memang nampak banyak.. tapi tetap kena survey harga kat tempat lain juga.. silap2 boleh dapat diskaun lebih murah dari tuh..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Memang kita boleh dapat harga lebih murah jika ada diskaun atau rebate.. tapi kena compare juga harganya agar pembelian kita tuh betul2 berbaloi..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Seeloknya menabung sehingga cukup baru beli cash fon seperti iphone nih.. elakkan buat loan..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
produk keluaran apple sentiasa mendapat perhatian walaupun banyak persaingan di pasaran
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
betul tu nik , sentiasa mendapat perhatian sebab ianya memang canggih kan
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..My November Hijabs
Apple sentiasa mengutamakan kualiti setiap produk keluarannya.. tuh sebab mereka tak kisah harganya sedikit mahal berbanding pesaing kerana yakin ada juga yang akan membelinya nanti..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Mereka ada peminatnya yang tersendiri yang sentiasa menanti untuk mendapatkan setiap keluaran terbaru mereka..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
sangat nipis iphone ni , dah la iphone 5s tak terkata nipisnyaa
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..My November Hijabs
makin lama makin nipis iphone ni kan? iphone 7 nanti tak tau la mcm mana
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
Semua jenama dah hasilkan fon yang makin nipis dan ringan.. jangan mudah patah jer dah lah..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Fon sekarang makin nipis dan ringan.. bagus juga tuh, takder la berat poket nak bawak..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Nak dapatkan iphone 6, iphone 6 plus ni masih tak mampu lagi. Bila nak dapatkan tu, tak tahulah.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
betul tu PG , tak tahu bila boleh dapatkannya , kalau menang iphone 5s ni memang best
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..My November Hijabs
anis nak la jugak mengumpul duit nak rasa gadjet apple tapi kalau menang lagi happy
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..My November Hijabs
teringin nak merasa camera tip top , processor laju ni kan
tapi mahal benar iphone ni , kalau nak memiliki kena kumpul duit dengan lamanya
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..My November Hijabs
kalau nak beli iphone ni , kena ambil yang gb yang sesuai siap siap , nanti tak boleh tukar
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..My November Hijabs
Apple masih yakin dengan kualiti produknya yang premium.. tuh sebab mereka tak risau kehilangan prospek walaupun harganya mahal.. pasti akan ada peminatnya yang membelinya juga nanti..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Sekarang dah banyak pilihan fon jenama murah dengan specs yang lebih tinggi.. kena pandai buat pilihan ler..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
kalau teringin kena kumpul duit anis. sebab gajet ni sgt mahal hehe
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
Betul tuh.. tapi peminat tegar produk keluaran apple tetap akan berusaha dengan apa cara sekali pun untuk mendapatkannya jugak..hehe
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Ukur baju di badan sendiri.. jika kita mampu, teruskan niat kita.. tapi lebih baik diutamakan apa yang perlu terlebih dulu..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Tak dapat iphone 6, dapat iphone 5s pun jadi ler.. bersyukur sangat2.. 😉
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
nak beli iphone 5s pun tak mampu ni. apatah lagi iphone 6 yang jauh lebih mahal
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
Bila dah ada peluang nak dapat iphone 5s percuma nih janganlah dilepaskan..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Kalau hendak seribu daya.. di mana ada kemahuan pasti di situ akan ada jalannya..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
ia juga boleh berkomunikasi iaitu secara melukis, walkie talkie, tap atau degupan jantung.
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
betul tu nik , kan ada new feature yang berkaitan dengan health kan
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..My November Hijabs
memang bagus la kan , boleh kita pantau tahap kesihatan kita kan
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..My November Hijabs
klau ada iphone ni boleh la merasa ambil gambar cantik kan , hehe
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..My November Hijabs
gambar gambar iphone ni memang menagkap perhatian , kalau letak dalm blog mesti cantik
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..My November Hijabs
orang kata gambar iphone ni macam DSLR dah , betul ke ? cuba sendiri
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..My November Hijabs
kalau nak letak gambar cantik dlm blog dah tak perlu guna DSLR lagi iphone dah cukup
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
Specs Camera2 fon sekarang dah sangat baik.. dah boleh tinggalkan DSLR di rumah..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Gajet2 sekarang dah ada macam2 features dengan pelbagai kegunaan.. canggih2 pulak tuh..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
yang obses nak jaga kesihatan memang sesuai sgt la kalau beli iphone 6
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
Kalau di dalam kemampuan memang boleh beli.. ada bermacam2 fungsi canggih yang boleh digunakan..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Fungsi fon sekarang dah semakin pelbagai.. mungkin sebab tulah ia dinamakan smartfon..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Mungkin itu sekadar tambahan fungsi kepada iphone 6.. dah jauh benar dari fungsi fon tuh sendiri kan..hehe
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
dah mengerti banyak masalah iPhone ini mestilah dah lama pakai bang akau belum beruntung lagi
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Kupas Tuntas kesurupan
Apple Watch didatangkan dengan pelbagai rupa dan gaya yang boleh ditukar-tukar menarik ni kan
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
Apple Watch merupakan jam tangan yang menunjukkan waktu paling tepat. Jika anda di luar negara, zon masanya akan bertukar secara automatik
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
apple perkenalkan model skrin empat inci iPhone6 adalah sebagai memenuhi permintaan mereka yang mahukan skrin besar
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
iPhone 6 terbaharu memang hebat dengan paparan yang ditingkatkan melalui kaca polarisasi
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
apple lancarkan kemajuan besar dalam sejarah iPhone banyak ciri menarik
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
Sekiranya anda berkira-kira untuk mempunyai iPad Mini namun mahukan fungsi telefon, iPhone 6 Plus semestinya pilihan yang memenuhi kehendak anda
Curahan rasa cikgu naman @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
saiznya yang besar senang sikit nak melukis atau nak main game. dan buat call sekali
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
Betul tuh.. ipad lebih kepada fungsi komputer.. tuh sebab ramai yang lebih suka phablet.. phone + tablet..
Comments are closed.