iPad Air 2 Dan iPad Mini 3 Terbaru Daripada Apple

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, peminat produk Apple sudah tentu gembira dengan keluaran terbaru produk mereka. Segmen gajet kali ini memberikan peluang Blogger Sensasi2020 untuk menulis mengenai produk terbaru Apple.

iPad Air 2 Dan iPad Mini 3 Terbaru Daripada Apple. Apple Inc sentiasa berdepan dengan persaingan sengit dalam pasaran tablet di dunia. Oleh itu mereka mula memperkenalkan beberapa variasi baru tablet yang menampilkan ciri-ciri terbaru pada iPad Air 2 dan iPad Mini 3.

Apple Inc secara rasminya telah memperkenalkan model terbaru tablet mereka iaitu iPad Air 2 dan iPad Mini 3. Ia mengunakan slogan “It’s Been Way Too Long” untuk menghantar jemputan kepada tetamu bagi menyaksikan perlancaran generasi baru tablet daripada syarikatnya.

iPad Mini 3

Apple juga memperkenalkan pengimbas cap jari Touch ID pada iPad Air 2 dan iPad Mini 3 mereka kerana sebelum ini ianya digunakan pada iPhone 5s/5c sahaja. Ini dapat memberi kemudahan kepada pengguna membuat pembelian menggunakan iTunes atau membeli secara online dengan bayaran secara Apple Pay. Selain itu juga ia dapat mengakses iPad mereka dengan selesa dan lancar.

iPad Air 2 Dan Spesifikasi

iPad Air 2 merupakan iPad ternipis di dunia. Ketebalannya dikurangkan daripada 7.5mm menjadi 6.1mm iaitu 18% lebih nipis daripada generasi sebelumnya. Pada masa yang sama, skrin terkini turut diliputi dengan sokongan anti-reflective dan pengurangan pantulan cahaya 56% berbanding sebelumnya.

Ia kini menggunakan pemprosesan Apple A8X, merupakan pemprosesan 64 bit generasi kedua yang dimodifikasikan daripada iPhone 6 dan iPhone 6 Plus.  Ini memberi kuasa tambahan dengan kepantasan pemprosesan dan juga ketajaman grafiknya. Kepantasan ini dapat membantu mengandakan trafik blog 300%.

Pengguna sekarang mahukan kualiti grafik terbaik, maka ia memberi penekanan yang hebat terhadap fotografi dan videografi. Ia dilengkapi kamera iSight 8MP dengan apature f/2.4 yang boleh merakam video dengan sokongan 1080p@30fps.

ipad air 2 layer

Kamera ini mempunyai ukuran pikselnya seluas 1.12 mikron sehingga mampu menangkap cahaya lebih banyak dan menghasilkan gambar yang lebih terang dan warna yang lebih nyata. Ia dilengkapi mod rakaman gerak perlahan seperti Time Lapse, Burst Mode, Panorama dan auto HDR. Kamera Facetime juga telah dipertingkatkan dengan menggunakan cip M8 bagi memantau sebarang gerakan dan boleh merakamkan video berdifinisi tinggi.

iPad Air 2 hadir dalam tiga warna pilihan seperti putih, hitam dan yang terbaru warna emas. Baterinya boleh bertahan selama 10 jam dan beratnya hanya sekitar 437gram. Peranti canggih iPad Air 2 ini di jual dengan harga AS$499 (RM1,638). Apple akan menurunkan harga bagi varian iPad yang sedia ada di pasaran.

Perbezaan iPad Air Dan iPad Air 2

Perbezaan iPad Air Dan iPad Air 2

iPad Mini 3 Dan Spesifikasi

Selain iPad Air 2, Apple juga memperkenalkan satu lagi model tabletnya iaitu iPad Mini 3. Ia merupakan sebuah tablet dengan ukuran skrin lebih kecil berbanding iPad Air 2 iaitu setebal kira-kira 7.9 inci. iPad Mini 3 seakan-akan sama sahaja cuma specifikasinya cuma yang membezakannya adalah dari segi pemprosesan, skrin, harga dan ketajaman jumlah piksel.

iPad mini 3 dikeluarkan dalam dua versi iaitu WiFi dan WiFi + Sim Kad dengan  memori dalaman adalah 16 GB, 64 GB dan 128 GB. Seperti biasalah Apple tidak menyediakan slot kad MicroSD. Mereka mengeluarkan skrin berukuran 7.9 inci yang menggunakan skrin tipe LED-backlit IPS jenis touchscreen (Touch ID). iPad Mini 3 ini memiliki resolusi 1536 X 2048 piksel dan 324 piksel setiap inci (ppi).

Tablet ini menggunakan sistem operasi iOS 8.1 dan prosesor Dual-core 1.3 GHz Cyclone (ARM v8-based) dengan cipset Apple A7 bersama dengan 1 GB RAM.

Bagi keselesaan pengguna untuk melayari internet, Apple telah menyediakan rangkaian 4G LTE, 3G dan 2G dan menggunakan tenaga bateri Non-removeable Li-Po berkapasiti 6470 mAh.

Perbezaan iPad Air 2 Dan iPad Mini 3

Perbezaan iPad Air 2 Dan iPad Mini 3

Sudah tentu bagi peminat jenama Apple akan sentiasa mengikuti perkembangan tablet ini. Kedua-dua iPad yang mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Apa yang mereka ingin tahu sudah tentu harga, ciri-ciri yang menarik, specefikasi dan kemudahan untuk melayari intenet dengan lancar dan sempurna. Peminat gajet juga boleh membeli iPhone 6 dengan Diskaun RM200 di Lazada.

Lazada Malaysia

Inilah masanya pengguna Apple perlu merebut peluang untuk mendapatkan iPad Air 2 dan iPad Mini 3 Terbaru Daripada Apple. Kita tunggu dan lihat adakah ianya amat memuaskan hati semua pengguna untuk dimiliki sehingga boleh meningkatkan seni menulis 101 impian.


Spread the love

2,123 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!