Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, rasanya baru semalam tertipu ketika over excited membeli iPhone 5s di Sim Lim Square Singapore. Hari ini Apple memperkenalkan dua produk terbaru iPhone mengantikan iPhone 5s iaitu iPhone 6 dan iPhone 6 plus. Seperti yang bocor dalam banyak website sebelum ini, iPhone 6 hadir dalam saiz 4.7-inci, sementara iPhone 6 Plus pula akan hadir dalam saiz 5.5-inci dengan sokongan paparan Retina HD, dan lebih nipis berbanding versi iPhone sebelum ini. Selain iPhone 6 paling aku suka apabila Apple memperkenalkan Apple Pay untuk memudahkan transaksi pembelian online.
Berikut antara yang menarik tentang iPhone 6 :
- iPhone 6 datang dengan papran resolusi 1334×750 pixel.
- Rekaan kerangka juga dilihat lebih membulat berbanding iPhone 5S sebelum ini.
- Menggunakan cip pemprosesan Apple terbaru, iaitu Apple A8 dengan menawarkan tenaga pemprosesan lebih 25% pantas dan grafik lebih 50% laju.
- Penggunaan cip pemprosesan M8 yang khusus untuk memantau gerakan, disamping penggunaan barometer untuk mengetahui tekanan udara dan sebagainya.
- Hadir dengan sokongan LTE yang lebih pantas berbanding dengan iPhone 5S sebelum ini.
- Dilengkapkan ia dengan sokongan VoLTE, dan juga membawakan fungsi WiFi Calling sekiranya penggunaan rangkaian telekomunikasi agak rendah disesuatu kawasan.
- Kamera dinaik-taraf menggunakan sensor 8-megapixel iSight, 1.5µ pixels, ƒ/2.2 aperture untuk rakaman gambar yang lebih cantik.
- Kamera juga hadir dengan Focus Pixel untuk memfokuskan dengan pantas dan baik sebelum melakukan rakaman. Cip A8 juga turut menyertakan sokongan ISP (Image Signal Processor) untuk membantu rakaman ketika bergegar ataupun pada keadaan cahaya gelap.
- Harga iPhone 6 dari USD199.
Berikut antara yang menarik tentang iPhone 6 plus :
- iPhone 6 Plus datang dengan papran resolusi 1920×1080 pixel.
- Membawakan skrin bersaiz lebih besar dengan resolusi tinggi dan menawarkan paparan secara melintang.
- Menggunakan cip pemprosesan Apple terbaru, iaitu Apple A8 dengan menawarkan tenaga pemprosesan lebih 25% pantas dan grafik lebih 50% laju.
- Penggunaan cip pemprosesan M8 yang khusus untuk memantau gerakan, disamping penggunaan barometer untuk mengetahui tekanan udara dan sebagainya.
- Hadir dengan sokongan LTE yang lebih pantas berbanding dengan iPhone 5S sebelum ini.
- Dilengkapkan ia dengan sokongan VoLTE, dan juga membawakan fungsi WiFi Calling sekiranya penggunaan rangkaian telekomunikasi agak rendah disesuatu kawasan.
- Kamera dinaik-taraf menggunakan sensor 8-megapixel iSight, 1.5µ pixels, ƒ/2.2 aperture untuk rakaman gambar yang lebih cantik.
- Kamera juga hadir dengan Focus Pixel untuk memfokuskan dengan pantas dan baik sebelum melakukan rakaman. Cip A8 juga turut menyertakan sokongan ISP (Image Signal Processor) untuk membantu rakaman ketika bergegar ataupun pada keadaan cahaya gelap.
- Harga iPhone 6 plus dari USD299.
iPhone 6 akan ditawarkan di USA, UK, Singapore, Hong Kong, German, Canada, Jepun, Australia, Perancis bermula 19 September. iPhone 6 dan iPhone 6 Plus akan ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu putih, hitam dan warna emas. Bersama-sama pengenalan iPhone 6 ini, pihak Apple turut mengemaskini harga jualan untuk iPhone 5S dan juga iPhone 5C. Harga iPhone 5C Malaysia akan dijual dari RM1499 dan iPhone 5S Malaysia akan dijual bermula dari RM1999.
Saksi Video iPhone 6 dan iPhone 6 plus untuk lebih banyak maklumat
Perbandingan iPhone 6 dengan smartphone yang lain :
- Perbandingan iPhone 6 Plus, Lenovo Z2 Pro Dan Galaxy Note 4
- Perbandingan iPhone 6, Xperia Z3 Dan Moto X
Apple Watch
Selain iPhone 6 dan iPhone 6 plus, Apple juga memperkenal gajet terbaru iaitu Apple Watch.Ia akan hadir dalam dua saiz berbeza dan dilengkapi dengan skrin Sapphire yang dilengkapi paparan Retina. Gajet ini akan hadir dengan tiga variasi, iaitu Apple Watch, Apple Watch Sport dan juga Apple Watch Edition. Apple Watch hadir dalam rekaan segi empat dengan membawakan antaramuka khusus serta dilengkapi dengan pelbagai fungsi seperti iPhone 6.
Apple watch mempunyai Digital Crown yang akan membawa pengguna kepada skrin utama, dan pengguna turut boleh memutarkannya untuk memilih sesuatu perkara. Jam tangan pintar ini turut menyertakan sokongan input berasaskan suara melalui integrasi Siri yang membolehkan pengguna berinteraksi dengannya disamping membalas sesuatu perkara dan membuat beberapa perkara lain. Jam tangan pintar ini hanya akan mula dipasarkan bermula awal tahun 2015.
Saksi Video Apple Watch untuk lebih banyak maklumat
Apa komen semua peminat dengan kehadiran iPhone 6, iPhone 6 plus dan Apple Watch produk terbaru Apple serta Apple Pay. Isteri aku pasti suka dengan iPhone 6 plus kerana selama ini dia sering komplen iPhone 5s terlalu kecil untuk dia. Baguslah kalau dia berpindah kepada iPhone 6 plus jadi mudah aku nak bantu bila ada masalah berbanding sekarang sebab aku memang kurang mahir dengan sistem Android.
1,258 Comments
Paparan iPhone generasi ke-6 membawakan paparan Retina HD yang mantap
Curahan rasa cikgu naman @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Fon Android dah semakin maju dengan spesifikasi jauh lebih tinggi malah jauh lebih murah daripada jenama apple.. sejak ketiadaan steve job apple bagaikan kekurangan idea..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
retina hd ni dah dinaik taraf dari iphone 5s. skrin yang lebih jelas
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
skrin memang clear habis kan. memang cun sgt skrin kali ni. tengok video mmg best
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
Bagi anda yang inginkan iPhone untuk tujuan permainan video, sudah tentu iPhone 6 mampu menampung nafsu anda
Nak main video kena ada fon specs tinggi kalau tak nak ‘hang’.. berasap fon nanti..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
tu tak jadi masalah sebab iphone ni tak hang. memang jarang sgt dengar iphone hang
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
skrin kali ni lebih besar jadi orang yang suka main game tu mesti puas hati
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
Cip pemprosesan terbaru dari Apple ini merupakan kemaskini kepada A7 dan mempunyai empat teras
Curahan rasa cikgu naman @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
cip ini dikatakan hanya memerlukan 50% kuasa sekaligus menjimatkan bateri meskipun perlu menjana kualiti grafik yang tinggi.
Curahan rasa cikgu naman @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Apple juga mengatakan cip terbaru ini 25% lebih laju untuk pemprosesan manakala kualiti grafiknya 50% lebih baik berbanding A7
Curahan rasa cikgu naman @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Tapi dari segi specs, apple telah jauh tertinggal berbanding android.. dah tercalar juga imej apple sebagai trend setter seperti sebelum ini..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
Semakin canggih fon semakin cepat habis bateri.. mungkin sebab itulah semua jenama pun dah mula fokuskan untuk tingkatkan performance produk mereka supaya bateri yang digunakan pun akan bertahan lama..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
Kalau dah sampai empat teras tuh confirm laju tuh.. dah macam highway.. berdesup perginya..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
Sekiranya anda seorang yang suka merakam video menggunakan telefon pintar anda, fungsi ini sudah tentu menarik minat anda dalam menghasilkan video gerak perlahan
Curahan rasa cikgu naman @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Dengan resolusi video setinggi 1080p, anda boleh merakam video gerak perlahan pada pilihan 120 frame per second atau 240 frame per second
Curahan rasa cikgu naman @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Satu lagi fungsi yang bakal memberikan faedah baik kepada pengguna yang menyukai fungsi rakaman video mahupun pengguna biasa adalah penstabil optikal pada iPhone 6 Plus
Curahan rasa cikgu naman @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Bagus jugak tuh.. takder lah gambar goyang2 jer dengan adanya penstabil optik nih..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
Dah boleh buat video klip sendiri nanti.. berbaloilah dengan harganya..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
ya betul tu , tapi samsung pun ada sediakan apps slow mo dalam fungsi camera
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Keywords Nuffnang Hari ni dan My November CPUV
Kalau kita seorang yang kreatif, macam2 seni kreatif yang dapat dibuat melalui apps macam nih..
Kena pulak jika kita seorang yang kreatif.. macam2 yang boleh dilakukan dengan video gerak perlahan seperti itu..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
nampaknya iphone 6 dah pu masuk pasaran malaysia. ifag boleh la ke telco sekarang
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
ya dah masuk dah ramai yang memilikinya.. seronoknya mereka tu
Masing2 berebut nak jadi antara mereka yang terawal menggunakannya di malaysia..
Akhirnya.. tak perlulah lagi peminat2 yang nak dapatkannya nak order dari luar negara.. ramai yang nak jadi antara yang terawal menggunakannya..
iphone 6 seseuai untuk orang yang banyak bekerja online dan pelajar , senang tengok nota lecturer
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Blogger buat duit online
iphone ni boleh melancarkan tugas seharian. sebab tu ramai yang memilih gajet ni
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
betul tu , dengan kepantasannya , memang sesuai untuk orang orang yang suka menggunakan phone
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Keywords Nuffnang Hari ni dan My November CPUV
Itulah kebaikan smartphone termasuklah jenama apple atau android.. dah tak perlu bawak macam2 gajet..
iphone ni susah nak hang berbanding smartphone lain..tu berdasarkan pengalaman sendiri
Curahan rasa cikgu naman @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Mungkin sebab spesifikasinya seimbang dan dihasilkan dengan berkualiti, berbaloilah dengan harganya..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
harga yang diletakkan mmg cukup mahal. tapi berbaloi dgn kualiti gajet tu
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
Akhirnya iphone terpaksa mengikut kehendak pasaran semasa yang mahukan skrin bersaiz phablet ini.
Apple kena akur sebab mereka tak boleh biarkan org ramai beli samsung
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
teringin la nak miliki satu produk kerana kelajuan dan camera nyaa
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Blogger buat duit online
saya pun sama. apple memang terkenal dengan kualiti kamera dan kelancaran sistem operasi
Curahan rasa nikkhazami @ ..Blogger Buat Duit Online
betul tu nik. kamera dan kelancaran sistem sesuatu smartphone memang menjadi pilihan utama sebagai pengguna kan? 🙂
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Tuh sebab kita kena tahu spesifikasinya untuk dibuat perbandingan.. baru kita tahu berbaloi atau tidak dengan harga yang ditawarkan..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
kalau beli fon mahal tapi selalu lag dan slow tak guna juga kan PG
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
Jenama apple mementingkan kualiti produk.. barulah sesuai dengan harganya yang mahal..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
harganya memang mahal dan yg paling mahal dpasaran. tp kualiti cukup baik
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
hehe. PG pun sama anis. semoga ada rezeki untuk mendapatkannya kan.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Tak dapat iphone 6 atau 6 plus, dapat iphone 5s pun jadi ler.. bertuah badan..huhu
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
kan? iphone 5s tu dacukup hebat dah. lagi pun fon tu baru tahun lepas dikeluarkn
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
harap ada rezeki nak menang dlm contest tu kan PG. bertuahnya kalau menang
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
Smartphone sekarang semakin tinggi spesifikasinya dan semakin murah harganya.. dah tak perlu nak bawak macam2 gajet lagi.. semua dah all-in-one..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
betul tu. dari internet, camera, computer, jam, calculator, semua dalam satu hoho
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
apple watch yang baru keluar ni nampak sangat menarik tapi mahal ;(
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Blogger buat duit online
tapi design apple watch dah ketinggalan. moto 360 lagi lawa dan ranggi.
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Masing2 dah mula keluarkan design jam masing2 bagi menyaingi apple watch..
apple watch macam samsung punya watch. fungsi dan reka bentuk pun sama. Iphone je yang lain daripada lain daripada semua phone
Curahan rasa misz aa @ ..background blog change
Kebanyakan fungsinya hampir sama.. cuma setakat ini kurang watch yang boleh digunakan sendiri tanpa diintegrasikan bersama gajet lain seperti smartfon..
pelik juga bila apple keluarkan model hampir sama dgn samsung. sebelum ni tak pnah
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
Memang best kalau dapat pakai Apple Watch tuh.. nampak macam dalam cerita sains fiksyen jer..hehe
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
haha betul betul. kalau guna nanti dah macam spy plak dok tekan2 jam
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
mungkin paling best bila iPhone 6 ni boleh simpan data banyak. Boleh rakam video banyak2 ni.
Curahan rasa Norazizah @ ..10 Perbezaan iPhone 6 dan iPhone 6 Plus
yaa , kualiti dia memang mantop , camera dah macam dslr .. tak mampu resist
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Blogger buat duit online
Kalau macam tuh tak perlulah lagi bawa DSLR ke mana2.. guna iphone pun boleh..hehe
dslr tu berat. leceh sgt kalau nak bawak nanti. kena bawak beg segala
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
kualiti gambar iphone 6 terbaik. dah setanding dengan camera dslr. power
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
iphone masih kekal tak menyediakan slot untuk memori card.. kalau nak memori lebih, kena la beli yang lebih mahal..
apple masih berdegil tak nak guna sd card. takut bercampur dgn org lain la tu huhu
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
rekabentuk ergonomik? iPhone 6+ saiz besar selesa pegang 2 tangan… tanganku kecil sahaja 🙂
Curahan rasa Norazizah @ ..10 Perbezaan iPhone 6 dan iPhone 6 Plus
sama lah. sebab tu kita kena berusaha untuk menang iphone 5s tu. hehe
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Tu sebab disediakan dengan pelbagai pilihan saiz.. kalau rasa tak selesa yang besar2, a=carilah yang bersaiz kecil.. pilihan di tangan kita..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
tahu produk apple ni laju je. Nak buat benda2 multimedia memang terbaik. iPhone ni pun Apple punya.
Curahan rasa Norazizah @ ..10 Perbezaan iPhone 6 dan iPhone 6 Plus
iPhone 6 ni baru keluar, kena tunggu beberapa bulan nak tahu maklumbalas pengguna dari Malaysia
Curahan rasa Norazizah @ ..10 Perbezaan iPhone 6 dan iPhone 6 Plus
ramai pengikut iPhone ni, peminat tegar. Asalkan iPhone, masing2 akan cuba dapatkan yang terkini asalkan fulus ada dlm tangan.
Curahan rasa Norazizah @ ..10 Perbezaan iPhone 6 dan iPhone 6 Plus
antara iPhone 6 dan 6+ yang mana idaman kalbu. Dua2 ada kelebihan tersendiri.
Curahan rasa Norazizah @ ..10 Perbezaan iPhone 6 dan iPhone 6 Plus
Comments are closed.