Assalamualikum dan Salam 1Dunia, rezeki dapat tiket percuma Formula One Singapore yang memang dah lama teringin nak pergi. Kebetulan tarikh yang sama iPhone 5S dan iPhone 5C mula di jual serentak di sepuluh buah negara termasuk Singapore. Hari pertama nak dapat di Apple store pasti mustahil jadi ada kawan yang juga datang nak saksikan F1 Singapore ajak cari.
Semasa menunggu teksi di lobi hotel, beberapa pekerja hotel dah warning jangan pergi Sim Lim Square sebab ramai sangat pelancong dah kena tipu antaranya dah bayar kata tak bayar. Tapi sebab dah janji dengan kawan nak survey iPhone 5S dan iPhone 5C Singapore di sana jadi aku teruskan je lah. Memang betul banyak kedai di Sil Lim Square yang menjual iPhone 5S dan iPhone 5C dengan bermacam harga.
Harga iPhone 5S Singapore untuk pasaran gelap di Sim Lim Square di jual dari SGD1300 – SGD1650 untuk 32GB dan harga iPhone 5C di jual SGD850 untuk 16GB. Kedai yang menjual iPhone 5S pada harga SGD1650 kata ini harga paling terbaik kerana tak ada bayaran lain, bayar dan bawa balik tapi kami tak berberapa faham dengan hint scam yang diberi.
Setelah kami berjalan dibeberapa kedai akhirnya terjumpa seorang wakil jualan yang asal daripada Seremban jadi ada perasaan selamat dalam hati. Dia bagi kawan aku iPhone 5S harga SGD1350 untuk 32 GB dan iPhone 5C harga SGD850 untuk 32GB warna biru. Aku pun follow jugalah ambik sebiji iPhone 5S. Lepas bayaran dibuat mamat tu kata iPhone 5S dan 5C kena aktifkan kalau tak …. tak boleh nak guna. Dia keluar bawa iPhone tersebut dan minta kami tunggu 20 minit.
Tips Rahsia Tingkat Jualan Bisnis Sehingga 400%
Aku rasa tak sedap hati rasanya dah masuk perangkat scam Sim Lim Square. Memang betul bila mamat tu datang semula dia bawa resit lain yang jumlahnya ratus-ratus SGD katanya untuk kos activation kalau tidak tak boleh nak guna di Malaysia. Aku terus cakap ni mesti dah kena tipu tapi dia guna ayat manis untuk yakinkan kawan aku tapi hakikatnya memang kami dah kena tipu. Memanglah harga iPhone 5S dan iPhone 5C pasaran gelap lebih mahal daripada harga sebenar tetapi ini dah berlebih-lebih dan paling malang kena tipu dengan orang Malaysia. Teringat kata-kata kedai yang jual SDG1650 tu … ni rupanya extra charge.
Video jenis-jenis scam di Sim Lim Square
Harga sebenar iPhone 5S Singapore di Apple stor adalah SGD988 (16GB), SGD1148 (32GB ) dan SGD1288 (64GB) manakala harga untuk iPhone 5C adalah SGD848 (16GB) dan SGD988 (32GB). Aku beli sebiji iPhone 5C 32GB warna kuning untuk isteri di salah sebuah Apple store di Orchard Road … puas hati sebab tak kena tipu seperti di Sim Lim Square. Kalau nak beli iPhone 5S dan iPhone 5C lebih baik tunggu pelancaran di Malaysia sebab nilai SGD sekarang memang tinggi jadi harga sebenar iPhone 5S dan 5C Singapore pasti lebih mahal daripada harga iPhone 5S dan iPhone 5C Malaysia.
Kebetulan ada kawan di Malaysia dah beli iPhone 5C di The Mines Seri Kembangan. Harga iPhones 5C Malaysia untuk 16GB dipasaran gelap lebih kurang RM2500 dan harga iPhone 5S Malaysia untuk 16GB lebih kurang RM3500. Ramai yang tanya iphone 5s bila sampai malaysia tapi kalau nak iPhone 5S murah kenalah tunggu sehingga tarikh iPhone 5S dilancarkan di Malaysia… nak cepat kena bayar lebih.
Dalam perjalanan pulang dari hotel ke Changi Airport pemandu teksi pun cerita kisah penipuan di Sim Lim Square, katanya sangat memalukan Singapore tetapi masih tak dapat nak diselesaikan walaupun kerajaan Singapore dah buat macam-macam.
Pengalaman seperti ini pasti akan berlaku apabila kita kembara di negara orang tetapi bukan sebab untuk tidak meneruskan hobi. Bukan sahaja di negara orang di Malaysia pun selalu juga kena tipu. Teringat dengan entri ini “Percutian Beijing penuh penipuan“.
101 Comments
Semoga yang kuat menipu tu diberi hidayah. tak kisah lah yang beragama islam atau pun tak.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Berbuka Puasa Dengan Uncle Jack
Harapan yang sama juga. Pihak kejaan Singapore perlu amik tindakan. Ni dah kes yang salah juga ni. Takkan masih berdiam diri juga. Berapa ramai yang sudah terkena.
Curahan rasa Mohd Ridzwan @ ..Malaysia Tanah Airku Tanah Airmu Jua
Pernah baca term pasaran gelap, tapi saya tak berapa faham. Aduhai. Yup, tunggu ajelah iPhone 5s dan 5c datang Malaysia. 😉
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
Tak sangka betul macam tu keadaan penjual smartphone di Singapura. Ingatkan dekat Plaza :Lowyat dah abis teruk, rupanya di sana lagi teruk.
Curahan rasa Hazmin Hamudin @ ..Wordless Wednesday | Sila Tutup Mata
Hmmm, saya tak pernah pergi ke lowyat, kawan saya selalu cerita fasal produk2 handphone di sana.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
saya pun tak pernak ke lowyat. tapi dengar banyak cerita pasal menipuan harga
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
hmm…zaman sekarang ni mmg banyak kes penipuan~
Curahan rasa Mr.ReVMon @ ..[GEMPAR] SUSULAN KES KEMATIAN AKIBAT MAKANAN KENDURI
Memang pembeli2 produk Apple selalunya amat mudah tertipu oleh syarikat Apple juga.
Contohnya; keluaran ‘terbaru’ Apple – iPhone5C cokia yang casing plastik murah berwarna-warni itu.
Sebenarnya ia adalah iPhone5 model lama tahun 2012 yang di ‘stop’ pengeluaran kerana berbagai masalah salah satunya kos aluminium mahal, sedangkan apple mahukan lebih banyak untung yang tinggi.
Tetapi seperti biasa – permainan media Barat sokongan Yahudi, produk2 Apple selalu digembar gemburkan hebat (hyped-up) – pengguna2 begitu obses dengan jenama Apple iPhone5 lama ini disalut dengan casing plastik murahan dan di pasangkan sistem operasi iOS7 yang terbaru maka jadilah seperti baru – iPhone5C yang sebenarnya iPhone5 tahun lepas yang menyamar….Harga jualan iPhone5C pula sama mahal dengan iPhone5 – sepatutnya lebih murah dalam RM1,300 saja. Tetapi ramai tertipu, Apple sanggup menjual mahal dan terbukti iPhone5 yang ‘menyamar’ ini laris bagaikan pisang panas….Apple menadapat untung besar – tidak perlu pelaburan baru buat skrin lebih besar, specs rendah dan design tetap sama atau meniru produk2 lain pun orang masih terkinja2 dan gilakan produk2 Apple maka kos Apple dapat dijimatkan & dapat untung besar
Benarkah Tuan. Aduhai. Ya, ada benarnya juga, kadang-kadang sesebuah syarikat sanggup membuat apa sahaja demi memenuhi tuntutan pengguna, lebih2 lagi yang memang tinggi tahap fanatik terhadap sesuatu jenama.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
menarik cerita anda pada post kali ini…
tuuuu dia… dasyat juga mereka yang membuat kerja scam ni… huhuhuhu
Curahan rasa KiD @ ..Kemenangan Dalam Malaysia Tourism Hunt 2013
2009 pernah beli PSP kt sini, pas ni kena beringat la…huhu
Curahan rasa TRIBUMAX @ ..TRIBUMAX 100% Herba Terbaik Untuk Lelaki
Rupanya singapore lebih indah khabar dari rupa ye 🙂 ..huh!
wah tak sangka lah pulak..nasib baiklah tak minat nak beli gadget kat sana
Curahan rasa kak ina kl @ ..Resepi Masak Lemak Cili Api Udang Dengan Pucuk Ubi
Semoga berhati-hati membeli di negara orang….tunggu je kat Malaysia..lambat sikit tak pe berbaloi.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kontes Review Klinik Cinta
bahaya! hehe den dengar la kan, harga ipad di malaysia ni antara paling murah di dunia 🙂
Curahan rasa Zuan @ ..Uncle Zuan Blog
yeke bro tak pernah dengar lak kualiti xok laa gini?
Curahan rasa Khairul Zamri @ ..Ninetology – Ke Arah Yang Lebih Professional
Bukan setakat iPad tapi tapi iPhone pun antara yg termurah di dunia
Curahan rasa denaihati @ ..Sahabatku setiap kesukaran disertakan kemudahan
Kalau ada rezeki nak tunggulah iPhone 6. Hehehe.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
memang kena berwaspada dan jangan tertipu…kalau nak beli iPhone 5S ataupun iPhone 5C…beli je kat Malaysia…
Curahan rasa Ezad Skytech @ ..Perancangan Merehatkan Diri Di Luar Negeri
Benar, beli je kat Malaysia. Tunggu je masuk stok, nak beli online dekat Lazada pun ok juga, kos penghantaran pun percuma. Dijamin sampai dengan selamat. In sha Allah.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
Comments are closed.