Assalamualikum dan Salam 1Dunia, rezeki dapat tiket percuma Formula One Singapore yang memang dah lama teringin nak pergi. Kebetulan tarikh yang sama iPhone 5S dan iPhone 5C mula di jual serentak di sepuluh buah negara termasuk Singapore. Hari pertama nak dapat di Apple store pasti mustahil jadi ada kawan yang juga datang nak saksikan F1 Singapore ajak cari.
Semasa menunggu teksi di lobi hotel, beberapa pekerja hotel dah warning jangan pergi Sim Lim Square sebab ramai sangat pelancong dah kena tipu antaranya dah bayar kata tak bayar. Tapi sebab dah janji dengan kawan nak survey iPhone 5S dan iPhone 5C Singapore di sana jadi aku teruskan je lah. Memang betul banyak kedai di Sil Lim Square yang menjual iPhone 5S dan iPhone 5C dengan bermacam harga.
Harga iPhone 5S Singapore untuk pasaran gelap di Sim Lim Square di jual dari SGD1300 – SGD1650 untuk 32GB dan harga iPhone 5C di jual SGD850 untuk 16GB. Kedai yang menjual iPhone 5S pada harga SGD1650 kata ini harga paling terbaik kerana tak ada bayaran lain, bayar dan bawa balik tapi kami tak berberapa faham dengan hint scam yang diberi.
Setelah kami berjalan dibeberapa kedai akhirnya terjumpa seorang wakil jualan yang asal daripada Seremban jadi ada perasaan selamat dalam hati. Dia bagi kawan aku iPhone 5S harga SGD1350 untuk 32 GB dan iPhone 5C harga SGD850 untuk 32GB warna biru. Aku pun follow jugalah ambik sebiji iPhone 5S. Lepas bayaran dibuat mamat tu kata iPhone 5S dan 5C kena aktifkan kalau tak …. tak boleh nak guna. Dia keluar bawa iPhone tersebut dan minta kami tunggu 20 minit.
Tips Rahsia Tingkat Jualan Bisnis Sehingga 400%
Aku rasa tak sedap hati rasanya dah masuk perangkat scam Sim Lim Square. Memang betul bila mamat tu datang semula dia bawa resit lain yang jumlahnya ratus-ratus SGD katanya untuk kos activation kalau tidak tak boleh nak guna di Malaysia. Aku terus cakap ni mesti dah kena tipu tapi dia guna ayat manis untuk yakinkan kawan aku tapi hakikatnya memang kami dah kena tipu. Memanglah harga iPhone 5S dan iPhone 5C pasaran gelap lebih mahal daripada harga sebenar tetapi ini dah berlebih-lebih dan paling malang kena tipu dengan orang Malaysia. Teringat kata-kata kedai yang jual SDG1650 tu … ni rupanya extra charge.
Video jenis-jenis scam di Sim Lim Square
Harga sebenar iPhone 5S Singapore di Apple stor adalah SGD988 (16GB), SGD1148 (32GB ) dan SGD1288 (64GB) manakala harga untuk iPhone 5C adalah SGD848 (16GB) dan SGD988 (32GB). Aku beli sebiji iPhone 5C 32GB warna kuning untuk isteri di salah sebuah Apple store di Orchard Road … puas hati sebab tak kena tipu seperti di Sim Lim Square. Kalau nak beli iPhone 5S dan iPhone 5C lebih baik tunggu pelancaran di Malaysia sebab nilai SGD sekarang memang tinggi jadi harga sebenar iPhone 5S dan 5C Singapore pasti lebih mahal daripada harga iPhone 5S dan iPhone 5C Malaysia.
Kebetulan ada kawan di Malaysia dah beli iPhone 5C di The Mines Seri Kembangan. Harga iPhones 5C Malaysia untuk 16GB dipasaran gelap lebih kurang RM2500 dan harga iPhone 5S Malaysia untuk 16GB lebih kurang RM3500. Ramai yang tanya iphone 5s bila sampai malaysia tapi kalau nak iPhone 5S murah kenalah tunggu sehingga tarikh iPhone 5S dilancarkan di Malaysia… nak cepat kena bayar lebih.
Dalam perjalanan pulang dari hotel ke Changi Airport pemandu teksi pun cerita kisah penipuan di Sim Lim Square, katanya sangat memalukan Singapore tetapi masih tak dapat nak diselesaikan walaupun kerajaan Singapore dah buat macam-macam.
Pengalaman seperti ini pasti akan berlaku apabila kita kembara di negara orang tetapi bukan sebab untuk tidak meneruskan hobi. Bukan sahaja di negara orang di Malaysia pun selalu juga kena tipu. Teringat dengan entri ini “Percutian Beijing penuh penipuan“.
101 Comments
singapore mmg mcm tu…
barang panas..singapore ke,china ke,memane sekalipun..memang ramai la scammer..
Curahan rasa reezluv @ ..Tidak Lagi Menggunakan Ads Nuffnang
buat apa nak kalut2…tgu masuk malaysia sudah…klu dpt cpt…nnt cpt bosan plak…hehe
Curahan rasa Mohd Isa @ ..Tips Meningkatkan Teknik SEO Anda
Hebat betul dorg nak menipukan. sebab tu la ada pepatah “jerat tak lupakan pelanduk,tetapi pelanduk yang lupakan jerat” jika saya tak silap la pribahasanya macam tu. Kita tunggu pelancarannya di malaysia nanti. Nanti boleh serbu kepada yang berminat.
sekarang makin banyak penipu yang memanfaatkan kesempatan. kita harus waspada..
Curahan rasa Nakusan Bali @ ..Event Philips: Kota Terang Hemat Energi Di Bali
rezki tidak menyebelahi tuan…. ada pengajaran disebalik kesukaran.
Curahan rasa sepol @ ..Orkid mama berbunga lagi
Banyak betul scam dalam satu mall. Fuh pening kepala dibuatnya. Kerajaan Singapura pun tak dapat buat apa-apa lagi…
Curahan rasa Harian Post @ ..Harian Post 3.0
di mana-mana saja.. pasti ada penipu.. kita dah tahu, kena kongsikan mcm bro buat ni..
jangan orang lain turut jadi mangsa.
Curahan rasa Mus @ ..Sambutan Perayaan Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan Peringkat Negeri Sabah 2013
betul tu.. Bro DH baik hati cerita kat sini.
kita mudah tertipu apabila mudah percayakan orang..kerana setting dalam pemikiran kita cukup mudah..bersangka baik sedangkan pihak nak menipu berfikir tanpa pedulikan orang lain janji boleh kena ‘makan’..
p/s : jangan lupa untuk singgah dan baca entri terkini saya di [SINI]
Benar satu pengalaman yg memberi erti utk kita berhati2…
Perit bila kita mula percaya dan akhirnya kena juga…
terima kasih tuan DH berkongsi pengalaman
Curahan rasa hafizmd @ ..Apa Yang Saya Belajar Tentang Buat Duit Dengan Blogging
diorang ni tak pernah lagi masuk penjara dekat singapore tu agaknya. hahaha!!!
Curahan rasa Lizz @ ..Rebel Of Roses – Kedai Barangan Wanita Online Terkini
hihi..komen ni power
Curahan rasa hafizmd @ ..Ibu Tersalah Makan, Bayi Sakit Perut?
Kat sana pun ada juga penipuan juga ya…
Curahan rasa hafiz @ ..Wordless Wednesday 30 : Sudah 44 hari
lagi kelas…tgk video tu…fuh
Curahan rasa hafizmd @ ..Faktor Tak Terkalah Cara Buat Duit Dengan Blog?
Sebelum jadi alangkah baiknya menanyakan sekomplit mungkin dan perlu dibandingkan ditempat lain. Kadang bonus membuat kita khilaf.
Curahan rasa Edi – aura ide @ ..7 Tips Menumbuhkan Motivasi dalam Diri
Assalammualikum…bro denaihati,
inilah kisah pengajaran supaya kita jgn tergopoh2 nak memiliki iphone5s terkini…x boleh bersabar… jadi kena bayar lebih… kesian… apalah salah nyer bersabar sedikit..
mselim3 berfikir : “apakah beza orang yg pakai iphone5s awal2 dengan orang yg terkemudian…
orang terawal : harga mahal
orang terkemudian : harga murah….
Jadi siapa untung …. “Allah sangat2 suka pada hamba2 nya yang sabar… kan!
Curahan rasa mselim3 @ ..Hukum Wanita Memakai Minyak Wangi?
Pada muka kau…Inilah akibat taksub sangat dengan jenama Apple..akhirnya crapple le wang awak…
Semua ini berpunca manusia2 yang teruja sangat menyokong produk2 Apple. Jika boikot Apple sudah tentu aman
Comments are closed.