iPhone 4S Gadget Impian Puanbee.com

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, contest Gadget Impian peringkat akhir semakin sengit. Blog pertama Cikgu Naman sudah tamat pada 11.59pm, 15/2/12, blog kedua Zie Fauzi akan tamat pada 11.59pm, 16/2/12, perserta ke tiga Faizal Fredley akan tamat pada 11.59pm, 17/2/12 dan blog ke lapan yang terpilih adalah blog status PR2 Puanbee telah mengumpul 9914 mata pada pusingan awal akan meneruskan perjuangan. Samsung Galaxy S berubah menjadi iPhone 4S menjadi impian dan harapan Puanbee semuga menjadi kenyataan. Kepada yang lupa bagaimana pusingan akhir berjalan sila baca kembali entri “Gadget Impian Jadi Kenyataan“. Joom baca surat Puanbee kenapa iPhone 4S menjadi impian beliau kalau suka berilah sokong sebaik mungkin. Harap peserta jangan tunggu sampai saat akhir kerana line internet ni boleh jadi semput diwaktu kecederaan. Ingat tak ada tambahan masa ya.

Merujuk kepada perkara di atas, saya puanbee seorang blogger dan admin blog puanbee.com ingin mengadu tentang kenapa puanbee.com mahukan sangat iPhone 4S sebagai gadget impian saya. Saya juga ingin memberi beberapa candangan agar pihak tuan memilih saya sebagai pemenang dan pemegang iPhone 4S yang sah.

iphone 4s
iphone4s untuk gadget impian

Seperti yang pihak tuan tahu saya adalah seorang blogger, ibu memerangkap driver, pembantu rumah, chef, juruaudit, cikgu dan banyak lagi tugasan yang perlu saya lakukan setiap hari. Oleh itu, saya rasa saya akan menjadi seorang blogger yang lebih berwibawa jika saya mempunyai iPhone 4S, memandangkan jika saya mempunyai iPhone 4S saya dapat melayari pelbagai website tanpa perlu membawa laptop lama saya yang agak besar dan berat melampau ini. Oleh itu, segala pertanyaan pembaca puanbee.com di email, twitter mahupun facebook akan saya jawab dengan lebih pantas.

Saya berharap, jika saya mempunyai iPhone 4S maka saya akan lebih kompeten untuk “update” blog mengikut ruang masa yang saya ada, di mana sahaja dan bila-bila sahaja. Saya juga mengimpikan sesuatu yang lebih praktikal untuk saya mengambil gambar setiap aktiviti anak-anak setiap masa, setiap waktu, malahan juga menggunakan ketika saya perlu buat sesuatu kerja pengiklanan blog secara “live”.

Akhir kalam, saya berharap saya diberi peluang untuk memenangi Contest Gadget Impian anjuran blog Denaihati.com di atas beberapa sebab. Cadangan mengapa saya patut terpilih untuk memenagi hadiah Contest Gadget Impian ini adalah seperti di bawah:

  1. Saya amat memerlukan Gadget iPhone 4S untuk tunaikan pelbagai impian saya. Oleh itu iPhone 4S merupakan gadget impian saya yang paling teratas di dalam hati saya.
  2. Saya telah berusaha untuk melayakkan saya memenangi Contest Gadget Impian ini dengan melakukan pelbagai kempen termasuk menyediakan satu contest yang menawarkan hadiah wang tunai dan pelbagai hadiah menarik, bagi memenuhi impian saya.
  3. Membuat pelbagai “ping” di facebook, twitter dan G+ hanya kerana saya terlalu inginkan gadget impian saya ini.
  4. Kerana, saya sendiri tidak mampu mendapatkan Gadget Impian yang saya idam-idamkan ini dengan duit sendiri memandangkan saya bukanlah dari golongan berada, dan gadget impian ini begitu mahal sekali. Oleh itu peluang ini saya hargai.

Sehingga di sini sahaja surat aduan yang saya kemukakan. Saya berharap surat ini mendapat perhatian pihak tuan, dan semoga pihak tuan akan mempertimbangkan cadangan-cadangan yang telah saya nyatakan di atas, kenapa saya harus memenangi Contest Gadget Impian saya iaitu iPhone 4S.

Yang Benar,
Puanbee

Nota :

  1. Puanbee diberi masa sehingga 11.59pm, 23/2/2012 untuk mempromosi entri ini dan mengumpul seberapa banyak point yang mampu. Selamat maju jaya.
  2. Ingat komen kurang dari 7 perkataan akan di delete.

Spread the love

3,804 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!