iPad 2 Malaysia the best review

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, semenjak blog ini membawa kisah iPad 2 Malaysia ianya menjadi PERKATAAN PERTAMA setiap hari kepada pengila iPad 2 yang singgah melalui Google, Yahoo dan Bing. Berbagai soalan yang ditinggalkan dan yang paling utama bila iPad 2 akan dilancarkan di Malaysia dan berapa harga iPad 2 Malaysia. Berdasarkan entri peserta contest iPad 2 Malaysia aku akan cuba buat the best review untuk rujukkan semua pengila iPad 2 Malaysia.

 

Gambar iPad 2 dari Ariffshah.com

1. Abang Iwan (58.81%) : iPad adalah sebuah produk komputer tablet buatan Apple Inc. (AI). iPad memiliki bentuk tampilan yang hampir serupa dengan iPod Touch dan iPhone, hanya saja ukurannya lebih besar dibandingkan kedua produk tersebut dan memiliki fungsi-fungsi tambahan seperti yang ada pada sistem operasi Mac OS X.

2. Ariffshah.com (55.91%) : iPad 2 telah mula shipping pada 11 Mac dan 25 Mac ke negara-negara yang terpilih. Macam biasa, Malaysia tak tersenarai dalam negara terawal mendapat iPad 2. Singapura pun tak. Jadi.. tak pasti. Mungkin Julai-Ogos? Tapi aku rasa untuk iPad 2 mungkin lebih awal berbanding masa kita dapat iPad versi pertama dulu (beberapa bulan yang lepas).

3. Yanmieonline.com (68.27%) : Kalau melihatkan Specification Apple iPad 2 nie memang mengancam abis, dapat seketul memang best! dapatlah menambah gadget yang ada nie, hiks bunyi macam tamak tapi tidak sebenarnya, Yan sebenarnya dah mula suka untuk mengumpul segala gadget-gadget nie since dapat jadi Maxis10 Reviewers lagi, perasaan tu datang sendiri…nnggee~~

4. Kulanzsalleh.com (47.98%) : Ada yang mengatakan bahawa iPad 2 dilengkapi dengan slot untuk kad SD. Bagaimanapun, berdasarkan apa yang ditulis di laman web lain, beberapa gambar bocor menunjukkan bahawa lubang yang terdapat di bahagian kanan bawah panel belakang bukanlah penyambung USB atau slot kad SD tetapi unit pembesar suara jarak lebar (wide-ranged speaker) yang ditutupi dengan mesh logam. Tapi tu pun tak pasti juga, kalau ada slot SD tu lagi elok juga sebenarnya. (MALANGNYA JANGKAAN INI TIDAK TEPAT DAN INI MENJADIKAN RAMAI MUSUH iPAD MENGKRITIK).

5. Pendekarberkuda (67.55%) : Setakat ini, harga iPad 2 masih belum diumumkan secara rasmi tetapi mengikut perkembangan semasa, harganya lebih sedikit dari iPad 1 iaitui bermula dari USD 499 ke atas.

Daripada maklumat berikut mungkin harga iPad 2 Malaysia :

iPad 2 dengan Wi-Fi : $499: 16GB (RM1714)• $599: 32GB (RM2057)• $699: 64GB (RM2400) manakala iPad 2 dengan Wi-Fi + 3G : $629: 16GB (RM2160)• $729: 32GB (RM2500)• $829: 64GB (RM2848)

6. Blog.Mohdisa.com (67.29%) : Apa yang pasti, Apple iPad 2 akan memasuki pasaran di Malaysia jua dan akan menjadi sebuah lagi gajet hangat dipasaran seperti Apple iPad sebelum ini.

7. Syahrilhafiz.com (52.08%) : iPad menggunakan sistem operasi yang sama seperti iPod Touch dan iPhone. Seperti gajet iPhone dan iPod Touch, iPad juga dikawal menggunakan dwi sentuhan(multitouch) dimana sentuh saja di permukaan Ipad. iPad juga menggunakan rangkaian Wi-Fi untuk melayari internet, blogging, laman sosial, dan stream media contoh seperti Youtube serta install applikasi yang lain. Yang menarik pasal iPad ni juga, ianya turut boleh sync dengan ITunes melalui komputer peribadi melalui kabel USB.

8. Eyriqazz.com (62.56%) : iPAD 2 Idaman Hati, Gadget menguja termimpi-mimpi, Plz be mine oh gembiranya hati, Andainya ia menjadi milikku nanti. (PUISI iPAD 2 PERTAMA YANG PERNAH AKU BACA).

9. Kujie2.com (59.90%) : Saya wakil  blogger makcik ‘geek’ pun cubalah kecoh sana sini mencari info mengenai Apple ipad 2.  Saya tak pernah ada gadget canggih cap Apple ni, yang ada cap Ayam je.   Selalu tengok ipod adik ipar yang selalu bertandang. Gebu dan mulus chasing putihnya.

10. OhDaus (49.34%) : Berminat iPad 2? Mari kita memeriahkan kontest yang dianjurkan saudara bro denaihati disamping itu, kita juga boleh cuba nasib. Caranya cukup mudah, Korang boleh pergi Ke Denaihati.com.

Dah faham ke?? Senarai di atas ini adalah kedudukan terkini ranking top link referrer contest iPad 2 Malaysia mengikut analisa data dari Google Analytics manakala di dalam kurungan (50.00%) adalah peratusan bounce rate untuk setiap blog. Berdasarkan analisa bulan pertama memang akan ada pemenang walaupun syarat contest sangat ketat. Apa yang perlu kepada semua peserta contest buat adalah lipatgandakan usaha untuk mendapat iPad 2 percuma. Kalau aku happy dengan trafik yang masuk tidak mustahil hadiah iPad 2 yang dirancang iPad 2 dengan WIFI 16 GB akan berubah menjadi iPad 2  dengan WIFI + 3G 64 GB. Pilihan sekarang dengan semua peserta untuk mengembirakan blog denaihati yang baru masuk ke alam semi-dedicated server.

Macam cantik tak banner khas contest iPad 2 Malaysia ciptaan Emilayusof.com (tengok kat sidebar tu ..heee). Terima kasih juga kepada Smartgold.biz (meletup-letup harga GOLD sekarang) dan Ray Ban Malaysia yang sudi menjadi sponsor contest iPad 2 Malaysia. Tahniah juga kepada semua peserta kerana majoriti dah tersenarai di google search untuk keywords iPad 2 Malaysia.

Kepada yang belum join joom ke Contest Ipad 2 Malaysia kerana penyertaan masih terbuka. Hadiah paling utama tetapi join contest juga dapat bina network, trafik dan kalau ada rezeki berkongsi Pagerank.

Nak tengok SENARAI PESERTA contest iPad 2 Malaysia (kepada yang tak tersenarai jangan lupa DM aku kat FB atau Twitter).

[ad#nuffnang336]


Spread the love

110 Comments

      1. Alhamdulillah… keluar juga reviewnya…

        dah lama tak komen di sini….

        mengikut review oleh Ariffshah… memang kemungkinan bulan julai atau ogos akan sampai ke mari ipad 2…

        sementelahan Macbook Pro dah hilang… mudah-mudahan ada rezeki lah nanti ye.. amin…
        Curahan rasa Pendekar @ ..KOLEKSI GAMBAR KUDA PENDEKAR IMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!