Keputusan Entri Popular HIDUP BERANI UNTUK GAGAL

Spread the love

Memang seronok menyaksikan pelumbaan pemilihan entri paling popular HIDUP BERANI UNTUK GAGAL sehingga kesaat-saat akhir. Lebih daripada 250 teman-teman blogger telah membantu membuat pilihan, terima kasih semua. Yang paling menarik dua daripada 5 entri yang paling popular dimenangi oleh blogger yang berada di luar Malaysia dan semua 28 yang tersenarai mendapat undian. TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG MEMILIH.

Berikut adalah senarai 5 entri paling popular mengikut undian terbanyak yang layak untuk menang RM50 untuk setiap blog :

1. Sesungguhnya, kegagalan yang pertama itu akan mengajar kita bagaimana untuk kita mengejar cita – cita. Tanpa kegagalan, engkau tidak akan tahu erti kesusahan, kepayahan dan kenikmatan. Kegagalan juga sebenarnya adalah satu kuasa yang mampu mengubah tahap keberanian kau kepada lebih tinggi dan cekal. Motivasi yang mesti dibaca @ Hans.

2. “Ma, kalau saya pulang tinggal nama, mohon ikhlaskan dan, ampuni segala dosa dan salah saya.” Itulah kalimat terakhir, ketika aku mencium tangan Mamaku saat hendak berangkat ke Jakarta menuju proses untuk ke Malaysia. Mamaku terlihat tegar. Meskipun aku yakin, hatinya sudah berinai air mata. Baca kisah dari Indonesia @ Anazkia.

3. Kisah Saudara Ariff yang gagal melanjutkan pelajaran di Universiti pilihan yang akhirnya dipilih untuk melanjutkan pelajaran ke Russia. Baca kisah beliau @ Blog Ariff.

4. Perasaan takut untuk gagal wujud dalam diri anda? Hakikatnya, perasaan takut untuk gagal itu sentiasa wujud untuk semua insan. dan itu adalah perasaan yang sangat normal! jika anda berasa takut, anda harus yakinkan diri anda dan sentiasa berfikiran positif dalam menghadapi segala pancaroba yang akan dilalui dalam kehidupan seharian. Baca motivasi selanjutnya @ Ini Blog Neyra.

5. Untuk pengetahuan, beberapa hari lalu aku telah dreject oleh Miss I yang sangat hot.. beberapa jam jugak la aku frust.. tapi hidup tetap kena terus.. tapi aku agak berpuas hati.. sebab kali ini aku direject secara terhormat.. walaupun tiada sebab yang spesifik  kenapa aku direject, tapi lebih baik daripada tiada respon langsung dan buat aku macam tergantung tak bertali..Baca kisah benar ini @ Topotato.

Hadiah khas bernilai RM50 untuk setiap blog :

1. Satu-satunya blogger Cina yang hebat join contest : Namun, kerap kali saya ditanya oleh belia muda…apakah yang penting untuk berjaya dalam kehidupan? Saya kerap kata: “Selagi anda belum mati, selagi anda tidak terperangkap dalam najis dadah, selagi anda tidak hamil luar nikah dan terpaksa tamat pekerjaan untuk mengasuh anak, tak ada banyak-banyak yang boleh menghalang anda! Dan juga, kalau kamu belum 25 tahun lagi jangan risau terlalu banyak! Masih ada banyak peluang untuk anda.” Baca pengalaman menarik ini @ Josh Lim.

2. Blogger Indonesia pertama yang join contest : “Ma, kalau saya pulang tinggal nama, mohon ikhlaskan dan, ampuni segala dosa dan salah saya.” Itulah kalimat terakhir, ketika aku mencium tangan Mamaku saat hendak berangkat ke Jakarta menuju proses untuk ke Malaysia. Mamaku terlihat tegar. Meskipun aku yakin, hatinya sudah berinai air mata. Baca kisah dari Indonesia @ Anazkia.

3. Sumber trafik tertinggi untuk pemilihan entri popular : Sesungguhnya, kegagalan yang pertama itu akan mengajar kita bagaimana untuk kita mengejar cita – cita. Tanpa kegagalan, engkau tidak akan tahu erti kesusahan, kepayahan dan kenikmatan. Kegagalan juga sebenarnya adalah satu kuasa yang mampu mengubah tahap keberanian kau kepada lebih tinggi dan cekal. Motivasi yang mesti dibaca @ Hans.

Tahniah kepada pemenang. Sila kirimkan nama, link blog, nama bank dan akaun bank @ contact atau Direct Message ke Facebook atau Twitter.

Semua entri peserta yang tersenarai atau tidak tersenarai, yang menang dan tidak menang adalah hebat. Jutaan terima kasih kepada semua yang ikut serta contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL. Tunggukan keputusan yang sangat-sangat ditunggukan iaitu Top 5 Ranking minggu depan….. HIDUP BERANI UNTUK GAGAL.


Spread the love

64 Comments

  1. Pingback: Hidup Berani Untuk Gagal | Tahniah Kepada Pemenang Contest “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL”
  2. Tahniah…Tahniah…Tahniah…
    Semoga semangat Hidup Berani untuk Gagal terus bersemarak sepanjang tahun…dan akan ada contest seumpama dipenghujung 2010…
    Tahniah lagi sekali untuk yang menang…
    Salam Satu Malaysia, Salam Satu Rumpun…
    .-= iradinar´s last blog ..Payment Dari Paypal =-.

  3. Pingback: Keputusan Entri Popular HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | Pesanan buat diriku yang sering lupa!!

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!