Iklan Di Blog: Nak Guna N Ke Tak?

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, tulisan kali ini adalah nukilan daripada Blogger lagi ketak daripada AE yang sudah agak lama tak berkongsi cerita kerana sibuk dengan tugas sebagai seorang jurutera yang khabarnya akan dihantar ke Europe (tapi tak tahu bila lagi). Best juga tu kalau jadi pergi Europe bolehlah Rakan Blogger menumpang berteduh sehari dua bila travel ke sana. Jomlah kita baca luahan perasaan orang bujang kacak ni …

Saya yakin blogger mesti faham N apa yang dimaksudkan.

Tak lama dulu saya ada post sesuatu dalam group Facebook Denaihati Network tentang penggunaan N. Antara yang saya sarankan pada waktu itu ialah:

  1. Kalau tiada sebarang respon dari segi kempen atau jemputan ke event setelah beberapa lama (sekurang-kurangnya setahun), maka eloklah dibuang N tu dan cari syarikat lain.
  2. Blog perlu ada direction, tak boleh carca-marba hentam sahaja sebab daripada direction yang kita tetapkan inilah yang boleh mendapatkan kita jemputan ke event istimewa atau tugasan khas daripada jenama besar. Contohnya, sekarang food blogger je yang sesetengah hotel jemput untuk preview buffet Ramadhan.
  3. Lagi satu, saya tak ingat. Hari tu dekat sejam saya scroll nak cari balik post tu, tapi tak jumpa-jumpa.

Penjelasan

Yang ni dah berapa kali ulang dan jawapan saya tetap sama, kalau anda diabaikan, sila abaikan mereka. Kenapa? Tapi sebelum tu anda kena faham, niat saya bukan untuk memburukkan mana-mana company. Nama pun saya tak sebut.

pengiklanan-di-blog-niche-tetap

Pertama sebab syarikat-syarikat ni kadang-kadang pergi bidding untuk satu projek besar. N bidding supaya gunakan blog mereka, dan ada syarikat yang organize event pun kadang-kadang masuk bidding supaya gunakan blogger mereka.

Kalau anda masih terikat dengan N, anda takkan dapat peluang dengan syarikat yang lain sebab N ni memang agak territorial dan company lain tak suka cari pasal. Mereka cari blogger yang tak paparkan iklan daripada syarikat N.

“Yang ditunggu sudah tiba  Teknik Buat Duit dengan blog dari Sifu Affiliate En Titan @ Kitab Teknik SEO Merah Jambu

Jadi duduklah anda di jalan mati di mana projek daripada N pun tak dapat, projek daripada syarikat lain pun tak dapat. Contoh paling mudah, saya. Dulu lepas setahun macam tak dilayan, saya terus buang dan apply dengan Innity. Tak lama lepas tu, banyak lagi pihak lain yang menawarkan advertorial dan bermacam lagi peluang.

Sekarang ni dah tak macam dua tahun lepas. Sekarang banyak dah company uruskan event dan pada masa yang sama cari blogger untuk promote event mereka. Dulu lain, dulu dua tiga company je yang aktif.

Lagipun buat semak je sebab tapak iklan adalah sesuatu yang berharga dalam blog kita. Paling ideal adalah iklan yang tak nampak macam iklan supaya orang tak menyampah nak baca. Saya yakin blogger yang membaca entri ni bukanlah top blogger macam Ben Ashaari ataupun Fatin Liyana, jadi tips ni memang kena pada anda.

Kalau top blogger tu, permainan dia dah lain.

Ada Komli dan Innity untuk anda sertai sebagai publisher. Tentang requirement Innity, dulu ada kenalan blogger pernah dapat jemputan daripada Innity walaupun trafik dia kurang daripada 1000 unique sehari.

Alasan Innity mudah, masa tu mereka nak penuhkan inventori publisher mereka dengan blog yang mempunya niche makanan. Tapi kenalan tu tak join sebab dia gunakan WordPress.com (percuma), so peluang dilepaskan begitu sahaja. Trafik requirement perlu ada untuk menapis application, tapi mereka pun pandai, kalau nampak blog yang bagus untuk dimasukkan dalam inventori mereka, mereka akan ambil.

 

Dan ini membawa saya kepada point no. 2 untuk dijelaskan. Blog perlu ada niche atau main selling point.

Nak cerita pasal makanan, cerita pasal makanan je. Nak cerita pasal kereta, cerita pasal kereta je. Mudah.

Kalau semua benda nak cerita, keunikan blog kita akan hilang. Ada pembaca yang tak nak buang masa, nak follow kita atas sebab-sebab tertentu. Macam Abang Ensem, orang follow sebab nak baca tips hartanah. Bila dia cerita pasal benda lain banyak sangat, ada orang tegur tentang perkara tu.

Dan baru-baru ni pun, saya ada terdengar yang ada sesetengah hotel hanya memanggil food blogger sahaja untuk menghadiri preview Ramadhan buffet mereka. Dah ramai sangat blogger yang hebat sekarang ni sampai mereka boleh pilih siapa yang datang. Betullah apa yang mereka buat, targeting the right audience.

Kalau panggil blogger yang rata-rata pembacanya student pun no point sebab student takde duit nak pergi buffet.

Industri pengiklanan dalam blog ni sekarang dah berubah ke tahap yang macam tu dan blogger pun kena berubah untuk kekal kompetatif.

Harap entri ni dapat menjawab soalan beberapa individu yang PM saya hari tu. Maaf saya pun tak dapat jawab sebab soalan mereka panjang sangat dan solution termudah untuk saya adalah buat entri macam ni. Jadi kalau ada apa-apa Q&A, kita boleh bincang kat ruang komen dan blogger lain boleh kongsikan pendapat mereka.


Spread the love

128 Comments

  1. Dipetik “Kalau anda masih terikat dengan N, anda takkan dapat peluang dengan syarikat yang lain sebab N ni memang agak territorial dan company lain tak suka cari pasal. Mereka cari blogger yang tak paparkan iklan daripada syarikat N…..” Jika di ikutkan mana2 sykt pun akan teritorial, berkemungkinan terhad eksklusitiviti mereka ketika mengikat kontrak/projek dengan bakal advertisers demi menjaga kepentingan masing2..

    Bagi kami adalah sebaliknya.dalam isu ini. Pasang atau tidak jenama “N” tetap menerima imbuhan yg sama. Projek reviews dan adverts tetap diterima dari jenama “N”, syarikat mahupun individu dari berbagai arah. Kenapa? Diterangkan/bermula pada POIN #2 oleh saudara Ariff. Cuma mungkin cara kami membuat advert atau penulisan yg tidak terlalu spesifik terhadap sesuatu produk dan perkhidmatan yg membolehkan kami menarik berbagai projek ulasan reviews yg berkenaan niche kami.

    Kami menerima jemputan oleh jenama “N”, namun semuanya tidak dilaksanakan/ditolak secara baik (kerana lokaliti event, masa dan demi menjaga kepentingan klien2 kami juga). Namun tetap menerima jemputan lagi dari jenama “N”, menunjukkan mereka tidak prejudis mahupun “memilih” ataupun dasar populariti sesebuah blog, dsbnya. Jenama “N” ingin bersaing dan kekal kompetitif dalam industri mereka dan mengkaji setiap blog yang diberikan peluang tersebut (it’s all about the target and business! IMHO)

    Berfikir di luar kotak, kaji pesaing/sahabat blogger anda, hala tuju amat penting seperti disarankan. Setiap post dipublish samada berbentuk personal mestilah ada kaitan dengan niche anda juga. Ini menambahkan seri blog anda kelak serta memikat pembaca/advertisers serta sentiasa kekal relevan dan kompetitif.

    Namun langkah2 awal memulakan arena blog-ing haruslah diterapkan dahulu, seperti dikongsikan A-Z di Denaihati (samada oleh penulis jemputan mahupun admin sendiri) kerana ia adalah asas, “seperti mendirikan rumah seharusnya bermula dengan tiang yg kukuh….”

  2. pasal N tu memang agak menyakitkan hati jugak lh tp dari nk fikir dari sakit hati bagai baik buang terus tak payah kutip balik …

    pasal blog nichi tu tak berapa nak reti sgt sbb ada je benda lain yg mahu di tulis.. skang ni pun nichi dh bercampur2….

  3. Assalam…

    Ada yang panggil blog saya lifestyle niche. Jujur saya sendiri tak tahu nak panggil niche apa. Tentang iklan blog saya tak ada ruang iklan dan tak join lagi mana2 iklan company. Bukan tak nak tapi tak tahu nak mula yang mana… InsyaAllah akan ada nanti.

    Alhamdulillah ada juga company yang panggil buat review. Cuma ada yang saya tolak baik2 atas sbb keja.

    Terbaik entri ni jelas penerangannya, mudah saya nak faham terima kasih.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!