Iklan Di Blog: Nak Guna N Ke Tak?

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, tulisan kali ini adalah nukilan daripada Blogger lagi ketak daripada AE yang sudah agak lama tak berkongsi cerita kerana sibuk dengan tugas sebagai seorang jurutera yang khabarnya akan dihantar ke Europe (tapi tak tahu bila lagi). Best juga tu kalau jadi pergi Europe bolehlah Rakan Blogger menumpang berteduh sehari dua bila travel ke sana. Jomlah kita baca luahan perasaan orang bujang kacak ni …

Saya yakin blogger mesti faham N apa yang dimaksudkan.

Tak lama dulu saya ada post sesuatu dalam group Facebook Denaihati Network tentang penggunaan N. Antara yang saya sarankan pada waktu itu ialah:

  1. Kalau tiada sebarang respon dari segi kempen atau jemputan ke event setelah beberapa lama (sekurang-kurangnya setahun), maka eloklah dibuang N tu dan cari syarikat lain.
  2. Blog perlu ada direction, tak boleh carca-marba hentam sahaja sebab daripada direction yang kita tetapkan inilah yang boleh mendapatkan kita jemputan ke event istimewa atau tugasan khas daripada jenama besar. Contohnya, sekarang food blogger je yang sesetengah hotel jemput untuk preview buffet Ramadhan.
  3. Lagi satu, saya tak ingat. Hari tu dekat sejam saya scroll nak cari balik post tu, tapi tak jumpa-jumpa.

Penjelasan

Yang ni dah berapa kali ulang dan jawapan saya tetap sama, kalau anda diabaikan, sila abaikan mereka. Kenapa? Tapi sebelum tu anda kena faham, niat saya bukan untuk memburukkan mana-mana company. Nama pun saya tak sebut.

pengiklanan-di-blog-niche-tetap

Pertama sebab syarikat-syarikat ni kadang-kadang pergi bidding untuk satu projek besar. N bidding supaya gunakan blog mereka, dan ada syarikat yang organize event pun kadang-kadang masuk bidding supaya gunakan blogger mereka.

Kalau anda masih terikat dengan N, anda takkan dapat peluang dengan syarikat yang lain sebab N ni memang agak territorial dan company lain tak suka cari pasal. Mereka cari blogger yang tak paparkan iklan daripada syarikat N.

“Yang ditunggu sudah tiba  Teknik Buat Duit dengan blog dari Sifu Affiliate En Titan @ Kitab Teknik SEO Merah Jambu

Jadi duduklah anda di jalan mati di mana projek daripada N pun tak dapat, projek daripada syarikat lain pun tak dapat. Contoh paling mudah, saya. Dulu lepas setahun macam tak dilayan, saya terus buang dan apply dengan Innity. Tak lama lepas tu, banyak lagi pihak lain yang menawarkan advertorial dan bermacam lagi peluang.

Sekarang ni dah tak macam dua tahun lepas. Sekarang banyak dah company uruskan event dan pada masa yang sama cari blogger untuk promote event mereka. Dulu lain, dulu dua tiga company je yang aktif.

Lagipun buat semak je sebab tapak iklan adalah sesuatu yang berharga dalam blog kita. Paling ideal adalah iklan yang tak nampak macam iklan supaya orang tak menyampah nak baca. Saya yakin blogger yang membaca entri ni bukanlah top blogger macam Ben Ashaari ataupun Fatin Liyana, jadi tips ni memang kena pada anda.

Kalau top blogger tu, permainan dia dah lain.

Ada Komli dan Innity untuk anda sertai sebagai publisher. Tentang requirement Innity, dulu ada kenalan blogger pernah dapat jemputan daripada Innity walaupun trafik dia kurang daripada 1000 unique sehari.

Alasan Innity mudah, masa tu mereka nak penuhkan inventori publisher mereka dengan blog yang mempunya niche makanan. Tapi kenalan tu tak join sebab dia gunakan WordPress.com (percuma), so peluang dilepaskan begitu sahaja. Trafik requirement perlu ada untuk menapis application, tapi mereka pun pandai, kalau nampak blog yang bagus untuk dimasukkan dalam inventori mereka, mereka akan ambil.

 

Dan ini membawa saya kepada point no. 2 untuk dijelaskan. Blog perlu ada niche atau main selling point.

Nak cerita pasal makanan, cerita pasal makanan je. Nak cerita pasal kereta, cerita pasal kereta je. Mudah.

Kalau semua benda nak cerita, keunikan blog kita akan hilang. Ada pembaca yang tak nak buang masa, nak follow kita atas sebab-sebab tertentu. Macam Abang Ensem, orang follow sebab nak baca tips hartanah. Bila dia cerita pasal benda lain banyak sangat, ada orang tegur tentang perkara tu.

Dan baru-baru ni pun, saya ada terdengar yang ada sesetengah hotel hanya memanggil food blogger sahaja untuk menghadiri preview Ramadhan buffet mereka. Dah ramai sangat blogger yang hebat sekarang ni sampai mereka boleh pilih siapa yang datang. Betullah apa yang mereka buat, targeting the right audience.

Kalau panggil blogger yang rata-rata pembacanya student pun no point sebab student takde duit nak pergi buffet.

Industri pengiklanan dalam blog ni sekarang dah berubah ke tahap yang macam tu dan blogger pun kena berubah untuk kekal kompetatif.

Harap entri ni dapat menjawab soalan beberapa individu yang PM saya hari tu. Maaf saya pun tak dapat jawab sebab soalan mereka panjang sangat dan solution termudah untuk saya adalah buat entri macam ni. Jadi kalau ada apa-apa Q&A, kita boleh bincang kat ruang komen dan blogger lain boleh kongsikan pendapat mereka.


Spread the love

128 Comments

  1. Memang betul pun….. Dah tiba masa beralih kepada ‘Niche’ blog.

    ‘Niche’ blog main peranan & perlu spesifik dah sekarang. Niche – Kategori bidang tertentu: ex: food
    nak lebih spesifik: sea food

    Blog yang ada ‘Niche’ tertentu tetapi tak ada trafik
    pun tak guna juga..

    Cari ‘Niche’ yang mengikut trend semasa atau sentiasa hot sepanjang masa..
    Tak boleh follow yang ‘hot’, pilihlah ‘niche’ diri sendiri.. Apa yang anda suka buat, itulah ‘Niche’ permulaan yang bagus (tak perlu pening2x kepala) – nanti ramai follow, iklan, pengiklan beransur-ansur datang..
    Curahan rasa PakarNiaga.com (AMIN) @ ..MELAYU BOLEHMy Profile

  2. heheh dah lama gak buang N masa awal2 dulu jer N rajin kasi SP, BE bagai tu tapi menjak pindah pakai selfhosted kedekut terus walaupun traffik mencanak.. terpaksa lah apply K dengan I yang payah nak apply tu, alhamdulillah lah dapat ada lah pengganti si N tu, dan nyata2 lagi K dengan I lbih masyuk dari N.. tak rugi kalau berubah..

  3. bln lps hingga skrg agk byk kekangan ruang utk update blog.
    mula2 fkir gak ikln N..apakah?bila baca2 bru la dpt tgkap apa yg dimksudkan..hehehe
    bln lps sje2 tukar pd iklan K, maka status N pn btukar. tp dlm msa yg sma tbe2 dpt sen sikit.pelik gak tu.
    tp dsbbkn diri ini cuma blogger biasa2 je, biar je iklan N tu disitu..huhuhu..hrp ad blogger/reader/followers/visitors yg sudi klik2 tuk sy.. (^_^)
    Curahan rasa diarisakura @ ..Dah Tua Sangat Ke?My Profile

  4. puas dok belek-belek..amendelah N tu..akhirnya sambil senyum sendiri….baru tau apa tu N…hehehehehe…saya relaks je w/pun makan tahun tak berganjak…sebab saya blogger suam2 kuku…hihihi

  5. lau susah cari advertiser lain, cari je kilang2 kerepek dan cakap nak iklankan produk dorang kat blog kita..

  6. alamak.. nampaknya kena berubah jugalah macam ni.. tapi alhamdulillah saya masih boleh jana sedikit income dari N ni.. walaupun tak sehebat blogger lain.. mungkin akan datang boleh difikirkan syarikat lain.. siapa tahu 🙂

  7. Sebab tengah takde masa nak update blog sekarang, maka memang biarkan je la iklan N sebab masuk la brpe sen dari takde…hehehe…

    Nanti one day dah active balik, insyaAllah akan cuba ads lain lak…
    Curahan rasa Nadot @ ..6 CPUV di Bulan Julai 2013My Profile

  8. Dyh pnh dpt offer paid advert dari N tapi bila dyh baca details segala rasa takberbaloi langsung dengan bayaran dulu sblm dpt peluang dayah nak sangat tapi bila N bg peluang baru dayah tahu tak berbaloi rupanya.. dayah tak peduli alasan depa kata byrn ikut itu ikut ini yg dyh tahu tak guna dyh kejar buat paid entry tapi org kat N macam ambik kesempatan je.. skrg ada 3 propose campaign suruh draft entry dayah pandang dingin je.. mmg N agak menyakitkan hati sebenarnya sebab asyik asyik lebihkan feveret diorang.. dayah nih masih setia dengan N walaupun menyampah sesak nafas dah tahap rongga hidung.. sebab dayah malas nak semak kepala pikir nak letak advertiser mana.. dayah masih dpt peluang kalau tak sebulan sekali..dua bulan sekali cash out.. itu dah cukup utk dyh.. satu satunya yang buat dyh tak sign borang cerai dengan nuffnang ialah sebab payment dia cantik.. itu je.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!