Iklan Di Blog: Nak Guna N Ke Tak?

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, tulisan kali ini adalah nukilan daripada Blogger lagi ketak daripada AE yang sudah agak lama tak berkongsi cerita kerana sibuk dengan tugas sebagai seorang jurutera yang khabarnya akan dihantar ke Europe (tapi tak tahu bila lagi). Best juga tu kalau jadi pergi Europe bolehlah Rakan Blogger menumpang berteduh sehari dua bila travel ke sana. Jomlah kita baca luahan perasaan orang bujang kacak ni …

Saya yakin blogger mesti faham N apa yang dimaksudkan.

Tak lama dulu saya ada post sesuatu dalam group Facebook Denaihati Network tentang penggunaan N. Antara yang saya sarankan pada waktu itu ialah:

  1. Kalau tiada sebarang respon dari segi kempen atau jemputan ke event setelah beberapa lama (sekurang-kurangnya setahun), maka eloklah dibuang N tu dan cari syarikat lain.
  2. Blog perlu ada direction, tak boleh carca-marba hentam sahaja sebab daripada direction yang kita tetapkan inilah yang boleh mendapatkan kita jemputan ke event istimewa atau tugasan khas daripada jenama besar. Contohnya, sekarang food blogger je yang sesetengah hotel jemput untuk preview buffet Ramadhan.
  3. Lagi satu, saya tak ingat. Hari tu dekat sejam saya scroll nak cari balik post tu, tapi tak jumpa-jumpa.

Penjelasan

Yang ni dah berapa kali ulang dan jawapan saya tetap sama, kalau anda diabaikan, sila abaikan mereka. Kenapa? Tapi sebelum tu anda kena faham, niat saya bukan untuk memburukkan mana-mana company. Nama pun saya tak sebut.

pengiklanan-di-blog-niche-tetap

Pertama sebab syarikat-syarikat ni kadang-kadang pergi bidding untuk satu projek besar. N bidding supaya gunakan blog mereka, dan ada syarikat yang organize event pun kadang-kadang masuk bidding supaya gunakan blogger mereka.

Kalau anda masih terikat dengan N, anda takkan dapat peluang dengan syarikat yang lain sebab N ni memang agak territorial dan company lain tak suka cari pasal. Mereka cari blogger yang tak paparkan iklan daripada syarikat N.

“Yang ditunggu sudah tiba  Teknik Buat Duit dengan blog dari Sifu Affiliate En Titan @ Kitab Teknik SEO Merah Jambu

Jadi duduklah anda di jalan mati di mana projek daripada N pun tak dapat, projek daripada syarikat lain pun tak dapat. Contoh paling mudah, saya. Dulu lepas setahun macam tak dilayan, saya terus buang dan apply dengan Innity. Tak lama lepas tu, banyak lagi pihak lain yang menawarkan advertorial dan bermacam lagi peluang.

Sekarang ni dah tak macam dua tahun lepas. Sekarang banyak dah company uruskan event dan pada masa yang sama cari blogger untuk promote event mereka. Dulu lain, dulu dua tiga company je yang aktif.

Lagipun buat semak je sebab tapak iklan adalah sesuatu yang berharga dalam blog kita. Paling ideal adalah iklan yang tak nampak macam iklan supaya orang tak menyampah nak baca. Saya yakin blogger yang membaca entri ni bukanlah top blogger macam Ben Ashaari ataupun Fatin Liyana, jadi tips ni memang kena pada anda.

Kalau top blogger tu, permainan dia dah lain.

Ada Komli dan Innity untuk anda sertai sebagai publisher. Tentang requirement Innity, dulu ada kenalan blogger pernah dapat jemputan daripada Innity walaupun trafik dia kurang daripada 1000 unique sehari.

Alasan Innity mudah, masa tu mereka nak penuhkan inventori publisher mereka dengan blog yang mempunya niche makanan. Tapi kenalan tu tak join sebab dia gunakan WordPress.com (percuma), so peluang dilepaskan begitu sahaja. Trafik requirement perlu ada untuk menapis application, tapi mereka pun pandai, kalau nampak blog yang bagus untuk dimasukkan dalam inventori mereka, mereka akan ambil.

 

Dan ini membawa saya kepada point no. 2 untuk dijelaskan. Blog perlu ada niche atau main selling point.

Nak cerita pasal makanan, cerita pasal makanan je. Nak cerita pasal kereta, cerita pasal kereta je. Mudah.

Kalau semua benda nak cerita, keunikan blog kita akan hilang. Ada pembaca yang tak nak buang masa, nak follow kita atas sebab-sebab tertentu. Macam Abang Ensem, orang follow sebab nak baca tips hartanah. Bila dia cerita pasal benda lain banyak sangat, ada orang tegur tentang perkara tu.

Dan baru-baru ni pun, saya ada terdengar yang ada sesetengah hotel hanya memanggil food blogger sahaja untuk menghadiri preview Ramadhan buffet mereka. Dah ramai sangat blogger yang hebat sekarang ni sampai mereka boleh pilih siapa yang datang. Betullah apa yang mereka buat, targeting the right audience.

Kalau panggil blogger yang rata-rata pembacanya student pun no point sebab student takde duit nak pergi buffet.

Industri pengiklanan dalam blog ni sekarang dah berubah ke tahap yang macam tu dan blogger pun kena berubah untuk kekal kompetatif.

Harap entri ni dapat menjawab soalan beberapa individu yang PM saya hari tu. Maaf saya pun tak dapat jawab sebab soalan mereka panjang sangat dan solution termudah untuk saya adalah buat entri macam ni. Jadi kalau ada apa-apa Q&A, kita boleh bincang kat ruang komen dan blogger lain boleh kongsikan pendapat mereka.


Spread the love

128 Comments

  1. mungkin dah tiba masanya ucap selamat tinggal pada N… dah lebih 2 thn… terima kasih atas perkongsi yang menarik.. guna N utk tgk trafik ja.. sebab rasa mesra dgn N…

  2. muja pernah merasa cashout sekali je dengan N.. sekarang ada la few ringgits kat situ but dah giveup,, muja sekarang berkomli lak,, walaupun traffic and earning tak kencang,, merasa la jugak peningkatan,, compared tu when using N.. berbulan static,, mungkin kubukan blogger yang dicarinya,, ekekeke

  3. ikut citara masing-masing.. tetapi kalau tak de hasil dengan iklan N.. janganlah putus asa.. anda boleh cuba benda lain pula untuk jana pendapatan dengan blog… contohnya program affiliate, ruang iklan disewa, atau review produk.. itu salah satu cabang untuk jana pendapatan… jangan hanya tertumpu pada satu cabang je…kembangkan diri anda.. =)
    Curahan rasa Melastik Bintang @ ..Penulisan Hebat Untuk DikongsiMy Profile

  4. iklan dengan N ni bukan satu kemestian. Ada yang jadikan ia satu platform untuk ke peringkat seterusnya. Jika kena caranya, adalah hasilnya. Contohnya memang dah ada dari kalangan kita. Ada yang menjana 4 angka sebulan. Tapi jangan disempitkan peluang jika N tidak kena dengan jiwa raga blog. Ada macam-macam lagi cara yang boleh buat duit dari blog.

    So far saya stay lagi dengan N sebab ok!

  5. Salah satu benda yg saya perasan sangat, kalau nak kencang iklan N ni….kena pasang iklannnya lebih dari 1 blog.

    Ini mungkin hanya terpakai utk blogger amatur macam saya ni =)

    Sekadar pendapat saya.
    Curahan rasa hafizmd @ ..Cara Mudah Menulis ArtikelMy Profile

  6. sekarang ni dah kurang sangat nak blogging…sampai satu tahap rasa macam nak berhenti je blogging…tapi rasa sayang pula nak tinggalkan dunia blog…

    tak apalah pasal iklan tu..asalkan blog tetap hidup walaupun macam hidup segan mati tak mahu…
    innity pun masih ada lagi wujud kat blog… tak tahu nak arahkan blog ni niche ke mana… adohai…

    personal ke seo…dua tu mesti adalah niche blog ini. sebab masa apply innity pun dah mention seo sebagai satu sebab utama nak apply…

    pasal komli…tak berminat sangat rasanya…adohai…
    Curahan rasa Pendekar @ ..HIMPUNAN KEDAULATAN MELAYU ISLAM AKHIR ZAMAN (HIKMAH)My Profile

  7. dah pkai nuffnang 2 tahun dah..payah gile nak naik2 earning..rm5.00 je kumpul..hrap nuffnang takdelah nk pilih blu je,,nk pakai komli dgn innity trafik tak tinggi..

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!