Assalamualaikum dan salam 1Dunia, isu makanan HALAL dan HARAM ni memang sensitif. Belum habis kisah Kluang Rail Coffee Halal Ke keluar pulak kisah meatball IKEA tak halal. Blog denaihati ini memang menjadi perhatian untuk isu HALAL dan HARAM terutama status kopitiam. Kalau ditengok entri paling banyak trafik di blog ini adalah Dua Kopitiam yang ada sijil halal daripada JAKIM yang telah dikunjungi oleh 98361 pelawat dan mempunyai 401 berbagai komen yang marah, beri cadangan dan sebagainya.
Secara peribadi aku pernah ke IKEA Malaysia dan memang penuh cafe sehingga nak cari tempat duduk pun susah. Ketika melihat produk yang dijual seperti meatball dan sausage memang ada tanda tanya kehalalannya. 2-3 hari ini berita status halal meatball di IKEA telah berantai di Facebook, Twitter dan Blog.
Mengikut kenyataan En. Roslan juru bicara IKEA yang dipetik dari blog Yanmieonline menyatakan status meatball IKEA haram adalah tidak benar. Menurut En. Roslan IKEA meatballs mempunyai sijil halal dari JAKIM cuma tidak dipaparkan ditempat awam. Walaubagaimanapun cafe IKEA telah ditutup kerana terdapat produk lain yang bermasalah. Untuk maklumat terkini pembaca boleh lansung melayari blog Yanmieonline.
Semak status Halal Jakim online dan SMS @ Halal Jakim
[ad#eQurban300]
59 Comments
aduhh..semakin lapar dan lapar melihat meatball ni.
Curahan rasa incik @ ..[Study] – Anger Management (Pengurusan Marah)
nsib x mkn bnda ni pon
Curahan rasa wany @ ..Pramugari koma di tanah suci…MESTI BACA
pernah makan sekali je.. x suka sgt benda ni.. malah 1 hal.. hehe
Curahan rasa Oh! budu @ ..Maafkan aku Nuffnang. Selamat datang Adverlets!
to admin, meatball ikea tu dibekalkan n diproses oleh kawan ayah saya, hasil daripada lembu belaan dia sendiri di Kuala Selangor kalau x silap saya. Dia Melayu n beragama Islam, so insya-Allah halal.
Hello my super cool buddy! Permit me to say that this article is amazing, IпїЅпїЅd want to see more posts in this way .
Kita memang harus berhati-hati
Curahan rasa masaiyk @ ..Mari Kita BerSholawat
risau tol laa lau makan mknan yg xhll nie…skrang nie yg hll pun blum tentu halal…
Curahan rasa amie7834 @ ..Tips menaikkan Berat Badan Secara Sihat
takut kita pun dah makan benda yg tak halal…..tapi mintak dijauhkan lah….
Curahan rasa hafizal @ ..Pelancaran Motosikal elektrik pertama l Modenas CTric
naya je sapa yang makan produk lain yang dikatakan bermasalah tu. huhuhu
Curahan rasa nasslimdiet2 @ ..Risiko Kegemukan
Waalaikum salam dan salam 1Dunia kembali. mohon dijelaskan dasar halal ataupun haram menurut anda
1. Kita sebagai umat islam mesti mempunyai kesedaran sendiri dalam memilih makan yang masuk dalam tubuh badan dengan memilih tempat dgn lebih teliti jangan asal masuk sahaja.
2. Di negara ini kita boleh membezakan kedai makan dgn jelas kerana kita mempunyai 3 kaum dgn agama berbeza yang jelas berbanding contohnya di Indonesia paras rupa sama tapi agama berbeza jadi memang sukar utk membezakan.
3. Berbagai dasar halal boleh dibuat tetapi selagi pengusahanya bukan Islam pasti masalah tak akan tamat jadi menjadi tanggungjawab kita umat Islam untuk mengambil alih tugas ni.
hemmmm yummi. . . enak sepertinya, tapi yang halal lebih enak.. .
Curahan rasa mas raden @ ..Acer Laptop reviews Aspire timelineX 4820T
Comments are closed.