IKEA Meatball HALAL ke

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, isu makanan HALAL dan HARAM ni memang sensitif. Belum habis kisah Kluang Rail Coffee Halal Ke keluar pulak kisah meatball IKEA tak halal. Blog denaihati ini memang menjadi perhatian untuk isu HALAL dan HARAM terutama status kopitiam. Kalau ditengok entri paling banyak trafik di blog ini adalah Dua Kopitiam yang ada sijil halal daripada JAKIM yang telah dikunjungi oleh 98361 pelawat dan mempunyai 401 berbagai komen yang marah, beri cadangan dan sebagainya.

Meatball sedapnya - sumber Google

Secara peribadi aku pernah ke IKEA Malaysia dan memang penuh cafe sehingga nak cari tempat duduk pun susah. Ketika melihat produk yang dijual seperti meatball dan sausage memang ada tanda tanya kehalalannya. 2-3 hari ini berita status halal meatball di IKEA telah berantai di Facebook, Twitter dan Blog.

Mengikut kenyataan En. Roslan juru bicara IKEA yang dipetik dari blog Yanmieonline menyatakan status meatball IKEA haram adalah tidak benar. Menurut En. Roslan IKEA meatballs mempunyai sijil halal dari JAKIM cuma tidak dipaparkan ditempat awam. Walaubagaimanapun cafe IKEA telah ditutup kerana terdapat produk lain yang bermasalah. Untuk maklumat terkini pembaca boleh lansung melayari blog Yanmieonline.

Semak status Halal Jakim online dan SMS @ Halal Jakim

[ad#eQurban300]


Spread the love

59 Comments

  1. Perlu diingat bahawa syubhah adalah paling hampir kepada haram. Jika terdapat sebutir syubhah, yakni keraguan dalam hati kita,maka ianya dianggap haram

  2. Daripada Abu Abdullah al-Nu’man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:

    Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya perkara yang halal itu terang / jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang / jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.

    Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.Ketahuilah ia adalah hati.

    (Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.)

  3. Permasalahan halal haram ni memang utama untuk kita umat Islam. Maklumlah ia akan berdarah daging dalam tubuh badan. Kalau kita nak beli bahan seperti meatball tu, rujuk dulu label dan status cop halalnya. Selain itu ‘instinct’ kita juga penting. Jika ada keraguan, tinggalkan sahaja.

    Masalah lebih berat bila makan di tempat makan. Tak tahu bahan yang diadun. Mereka masak dan kita makan. Jadi penting kita lihat persekitaran dan tinjau-tinjau lebih sikit sebelum buat keputusan nak menjamu.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!