IKEA Meatball HALAL ke

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, isu makanan HALAL dan HARAM ni memang sensitif. Belum habis kisah Kluang Rail Coffee Halal Ke keluar pulak kisah meatball IKEA tak halal. Blog denaihati ini memang menjadi perhatian untuk isu HALAL dan HARAM terutama status kopitiam. Kalau ditengok entri paling banyak trafik di blog ini adalah Dua Kopitiam yang ada sijil halal daripada JAKIM yang telah dikunjungi oleh 98361 pelawat dan mempunyai 401 berbagai komen yang marah, beri cadangan dan sebagainya.

Meatball sedapnya - sumber Google

Secara peribadi aku pernah ke IKEA Malaysia dan memang penuh cafe sehingga nak cari tempat duduk pun susah. Ketika melihat produk yang dijual seperti meatball dan sausage memang ada tanda tanya kehalalannya. 2-3 hari ini berita status halal meatball di IKEA telah berantai di Facebook, Twitter dan Blog.

Mengikut kenyataan En. Roslan juru bicara IKEA yang dipetik dari blog Yanmieonline menyatakan status meatball IKEA haram adalah tidak benar. Menurut En. Roslan IKEA meatballs mempunyai sijil halal dari JAKIM cuma tidak dipaparkan ditempat awam. Walaubagaimanapun cafe IKEA telah ditutup kerana terdapat produk lain yang bermasalah. Untuk maklumat terkini pembaca boleh lansung melayari blog Yanmieonline.

Semak status Halal Jakim online dan SMS @ Halal Jakim

[ad#eQurban300]


Spread the love

59 Comments

  1. Salam bro.

    Akhirnya berjaya juga jejak kaki ke sini. Hehe.
    Apa kata lepas ni semua pakat buat sendiri meat ball versi macam kat rumah. Alah sonang je, macam stail bagedel jugak, lepas tu kasi buatbla sos tomato campur sket daun oregano kering. Sodap.

    Ehh tersasar pulak. Tak pernah rasa makan kat ikea, tak pernah pergi makan kat kopitiam ke atau cafe glamour.

    Sebagai pengguna yang punyai kuasa besar, terutama pengguna islam, rasanya kita sekarang perlu bijak dan tunjukkan kuasa pilihan masa menyinggah atau makan di gerai-gerai luar sana. Peniaga islam pun bukan sahaja kena tengok bab halal halal ni, tapi bolehlah ditingkatkan khidmatnya lagi.

    Selamat hari rabu yang baik bro.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!