Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “pengalaman masam manis berniaga di bulan Ramadan“. Kali ini Abang nak berkongi idea bisnis dengan modal RM200 ribu.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Sahabat Abang tengah merancang untuk buka bisnis. Biasalah bila nak mula bisnis macam-macam fikir sehingga tak tahu nak buat bisnis apa. Pasti kawan-kawan pembaca juga pernah melalui pengalaman yang sama. Abang beritahu kawan apa kata kita minta follower Facebook bagi idea maka keluarlah status di bawah.
Kalau ada modal banyak ni apa pilihan terbaik dan sebab pilihan :
- Buka Restoran
- Bisnis Tudung
- Bisnis kosmetik
- Bisnis minyak wangi
- Bisnis makanan kesihatan
- Melabur BSKL
- Beli property
- Lain-lain sila nyatakan
Tak sangka pulak maklumbalas sangat bagus. Berbagai idea bisnis yang kreatif dan bagus dikongsikan oleh rakan-rakan Facebook antaranya :
Mohd Faizal Basarudin : No 8 cryptocurrency. 50% btc 50% altcoin yang tu saya buat sekarang.
Linda Aaron : No 6 melabur tapi in US stocks market.
Akma Omar : Saya tak mau keja dah lama sangat buat bisnes dan dah penat sangat Tuan Hj but i will invest on something tak dapat banyak sikit pun jadilah..bukan nak kaya raya tapi boleh hidup senang sikit dan tenang cukup dah hehe.
Alif Azman : Bisnes Fine Dining Halal Restaurant
Abd Aziz : 50% dalam cryptocurrency 50% beli simpan gold
Ahmad Yani Bahrom Azhar : Kalau saya nak buka bakery lah
Fahmy adam : beli saham company sdn bhd yang dah growth dan dapat keuntungan dan dividen
Izdiya Madri : No 7 sebab harga property semakin meningkat dan melabur dgn emas
Riza Ahmad : Bela ayam kampung atau kambing susu. Untuk setiap RM 250, boleh menghasilkan RM 13 setiap bulan bagi Ayam Kampung, maka setiap RM 200k akan menghasilkan RM 10,400 setiap bulan. Untuk setiap RM 10,000, boleh menghasilkan RM 1,200 hingga RM 7,200 setiap tahun bagi program kambing susu, maka setiap RM 200k akan menghasilkan RM 10,400 hingga RM 144,000 setiap tahun.
Mohd Izahar Sabtu : Bisnis event management
Lisa Nurulain : Buka cawangan baru celcom center. kalau untuk buka second cawangan boleh sebab hit target performance duit tu leh claim semula dengan celcom. Budget renovation kedai rm100k je.
AJ Pagoh : Buat homestay di kampung saya, berdekatan dengan universiti pagoh, dekat dengan highway dan tol, dekat dengan gunung ledang, dekat dengan bukit kepong, dekat Dengan hutan simpan maokil, dekat dengan ladang herba terbesar di asia. Kawasan rumah pula ada ternakan kelulut. Kawasan kampung yang aman damai.
Lan Cereno : Bukak dobi layan diri. Permintaan tinggi dan biz running 24hrs.
Azrin Ros : Bina rumah sewa. Tidak mahu komitmen berhutang dan tamak. Bina rumah sewa secara cash. Biarpun ambil masa ROI tetapi tiada hutang.
Mohd Yazid Rosmin : Beli kelapa sawit, lepas tiga tahun tuai hasil. Dan lepas berberapa tahun lagi jual untuk harga yang lebih tinggi.
Ruzaini Rahin : 100k beli hibah takaful yang bernilai Rm1Mil (apa-apa berlaku dekat kita, kita dah tinggalkan 1Mil dekat wife, anak-anak jika TPD, terus ada Rm1Mil cash). Lagi 100k beli property, dan bagi sewa atau buat airbnb. Dapat Studio kecik tengah kl ok, kiranya 100k tu buat deposit.. monthly bulan-bulan tu kena la cari.
Ismail Lebai Ahmad : bela lembu tuan tapi kena ada tanah la samada tanah sendiri atau sewa/pajak. pastu buat kandang 40k, baki 160k beli lembu secara borong contoh 100 ekor. seekor harga rm1600. bawa balik ke kandang dalam 1, 2 minggu jual kesemuanya, jika settle dalam seminggu, maksudnya profit tuan dapat 40k lebih kurang tapi lepas tolak kos kemungkinan untung separuh je. Ulang prosess ni buat sampai lebam.
Fachrul Naim Yahaya : Invest rm10k dalam 20 startup company yang ada potensi.
Ini hanya sebahagian daripada berpuluh-puluh idea menarik yang dikongsikan oleh kawan-kawan. Nak baca semua boleh klik idea bisnis modal RM200 ribu. Pasti kawan-kawan pun ada idea yang kreatif yang boleh dikongsikan diruangan komen. Idea kita pasti dapat membantu mereka-mereka yang mencari idea bisnis menguntungkan.
Bisnis sekarang sudah banyak berbeza berbanding dua tiga tahun sebelum ini. Fokus kita lebih kepada bisnis online dan bisnis digital. Projek You Can Duit eUsahawan anjuran MDEC telah melahirkan ramai usahawan online yang berjaya sehingga keperingkat dunia.
Kuasa sosial media telah banyak mengubah budaya bisnis. Ramai membeli daripada usahawan yang mereka kenal melalui sosial media samada Facebook, Instagram, Twitter dan blog. Boleh baca nasihat Dato Hussamuddin kepada yang nak buat bisnis buku yang Abang kongsikan dalam artikel “Tips Dato Hussam untuk penerbit buku“. Nasihat ini boleh diguna pakai untuk semua bisnis dalam berbagai industri.
Pastikan apabila berniaga ada beberapa sifu yang boleh memberi tunjuk ajar dan teguran apabila kita melakukan kesilapan. Sifu tidak membuat keputusan untuk kita tetapi memberi panduan untuk memudahkan kita membuat keputusan.
Teringat pesan sifu bisnis Abang katanya, nak berniaga jangan buat bisnis yang kita suka tetapi buat bisnis yang hasilnya mengembirakan kita.
Abang lebih suka projek duit buat duit buat duit baru fokus pada bisnis. Kepada yang ada modal RM50 ribu, RM100 ribu atau RM200 ribu tapi tak ada idea nak buat apa boleh PM Abang untuk khidmat nasihat.
Amir Denaihati
Founder Denaihati
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
113 Comments
Ini idea bisnes besar-besaran. Kena study risiko dia dulu dan validate dengan betul. Ada juga yang buat restoran dan membuat pelaburan. Kalau tiada ilmu yang betul pasti tertewas di tengah jalan.
Betul tu! nak dapatkan modal RM200 ribu bukannya mudah..
Kena buat pinjaman bank atau meminjam dari sumber-sumber yang boleh dipercayai…
Curahan rasa Anuar @ ..4 Langkah Menjamin Kejayaan Perniagaan Internet – Irfan Khairi
Bila nak mulakan perniagaan dengan modal yang besar, risiko juga jadi besar… Kena penuhkan dulu ilmu di dada…
Curahan rasa Anuar @ ..4 Langkah Menjamin Kejayaan Perniagaan Internet – Irfan Khairi
Kalau ada RM200 Ribu hampir semua jenis bisnes boleh dilakukan cuma perlu mengikut pergerakan mata wang negara. Bisnes yang cepat berkembang pesat adalah melibatkan teknologi dan internet pasti lebih mudah untuk menjana keuntungan yang besar dengan modal tersebut.
Kalau ada ilmu yang betul mesti senang aje untuk bangunkan startup yang bersesuai dengan trending semasa.
Curahan rasa Sani @ ..7 Langkah Buat Duit Cara Mudah Dan Santai
Tunjuk ajar sifu antara resepi kejayaan. Sebagaimana kata tuan, sifu bukan bertindak sebagai pembuat keputusan, tetapi pemberi teguran untuk kita membuat keputusan.
Curahan rasa Gum Arabic Al-Manna @ ..Al-Manna Ameer
pada sy prefer bisnes yang boleh kita buat sendiri .. yang sesuai dengan kita..dan bagi yang pemula jgnlah laburkan byk2 dalam bisnes,sebaiknya mula lah dari bawah..hehe
Betul… Saya pun mempunyai pendapat yang sama..
Kalau ada modal RM200K, eloklah buat produk jenama sendiri…
Lepas tu bangunkan sistem affiliate supaya kita dapat merekrut ramai ejen…
Curahan rasa Anuar @ ..4 Langkah Menjamin Kejayaan Perniagaan Internet – Irfan Khairi
Melalui cara ini, perniagaan dapat dijalankan secara online… Kita boleh buat satu group khas untuk memberi motivasi kepada ejen-ejen…
Curahan rasa Anuar @ ..4 Langkah Menjamin Kejayaan Perniagaan Internet – Irfan Khairi
tawarkan kepada ejen-ejen affiliate inisiatif jualan supaya mereka semakin bersemangat untuk mempromosikan sesuatu produk
Curahan rasa Anuar @ ..4 Langkah Menjamin Kejayaan Perniagaan Internet – Irfan Khairi
kalau dah ada skill buat website, design dan pandai promote online Modal permulaan RM 200 boleh daftar ssm dan beli domain hosting lepas tu jadi agen kepada mana2 produk atau perkhidmatan yang margin tinggi.
Curahan rasa Mohd Rawi @ ..4 Idea Perniagaan Dari Rumah Pasti Untung
Betul tu. Duit modal bisnes online tak banyak. Kena ada ilmu dan kemahiran
Lebihnya usaha sampai jadi
Mama baca ramai berjaya jadi jutawan dengan berniaga online
Semoga rajin bayar zakat
Bisnes di internet boleh mudal dengan modal RM0, tapi kena ada internet, komputer dan kemahiran close sale.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Bisnes Produk Digital Ebook Dan Video
tak ada bisnis modal kosong tapi boleh diminimakan. bisnis online perlu fasiliti juga dikira modal.
Modal insan lebih penting masa nak mula niaga kan
Kalau meniaga hati nak kuat
Bagi saya menarik kalau yang menternak tu fuhh memang betul tu boleh wat keuntungan just kena sanggup terima risiko mcm kematian ==
Betul, risiko binatang mati dan sakit adalah antara cabaran menternak haiwan yang harus dihadapi. Kena curi pun satu hal.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Ambilan Separa Perubatan U29 Terkini
Keluarga saya ada pengalaman menternak kambing dahulu
Memang banyak cabarannyya
Kalau ada tanah yang luas dan tak diusahan sesuai sangat
Memang susah nak jaga binatang hidup. Hari raya tak boleh pergi jauh
Siapa nak bagi haiwan makan kan?
Kalau mati seekor haiwan ternakan dah rugi banyak kan
Ilmu dan kesabaran perlu tinggi
200k tu bukan sikit. dalam bisnes ni macam macam boleh jadi. kenaa uruskan dengan bijak dan belajar dari yang berpengalaman
Curahan rasa nikkhazami @ ..Barang Keperluan Balik Kampung
Memang banyak rm 200 k untuk memulakan sesuautu bisnes
Kalau ikutkan modal nak mula bisnes biar tak lebih RM2 ke 5k
Kalau terbakar bisnes tu tak terasa sangat
Bagi mama, memang besar sangat nak mula bisnes dengan rm 200 k
Mama selalu baca page puan ainon
Beliau saran mula dengan apa ada di tangan saja
Puan ainon bisnes sxhool tu ya
Bagus fb dia
Maznee baca tu baru tau realiti sebenar dunia bisnes
Sepak terajangnya
kalau ada saya nak buat tempat kost buat mahasiswa di seputar college mesti banyak yang cari
Curahan rasa blogger newbie @ ..Resep Membuat Donat Kentang Enak
Kalau rajin usaha insyaallah akan berjaya
setiap masalah ada penyelesaian
Rajin usaha dan tawakal. Selebihnya takdir allah swt
Takkan berjaya kalau Allah tak izinkan 😁
Itu dah mesti
Mana mungkin kita boleh berjaya kalau Allah tak izinkan
Hehe
modal RM200K mesti diurus dengan bijak supaya wang tersebut tidak hilang begitu sahaja…
Curahan rasa mrhanafi @ ..Pengalaman Blogwalking Guna Google Plus
Lebih baik mula dari kecil tuan
Supaya kalau rugi pun tak ada masalah nak tidur malam
Biasa 90% bisnes tutup dalam masa 3 tahun pertama
Negara miskin pun boleh jadi kaya kalau pandai tadbir urus
Mama teringat kisah nabi yusof di mesir dalam quran
Bukan setakat hilang tuan
Boleh sampai hutang keliling pinggang
Muflis pun ramai
Wah macam-macam idea nak berbisnes ya.
Kalau ada modal yang banyak memang perlukan khidmat nasihat pakar dahulu sebelum mulakan sesuatu
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Bahaya Tersembunyi Di sebalik Manisnya Gula!
Banyak yang terbakar tangan sebab nak mula berniaga
Sekarang ni pun dah banyak pakar jadian
Belum pakar pun dah claim pakar
Berniaga memang orang nak cepat kaya
Takkan kaya
Kalau berniaga nak tambah nilai orang lain. Insyaallah berjaya
Orang kata biar jatuh, boleh bangkit semula
Jangan sampai tersungkur
Memang tipis harapan nak naik
Bisnes ni banyak cabaran dan dugaan kita perlu hadapi tapi saya bahagia. Saya hanya menjual tudung handbag dan jam di online. Dan alhamdulilah laku. Boleh lah jemput usha usha instagram saya @handbag_jam_shawl_murah mana tau murah rezeki ada org nak beli. Usaha lepastu tawakal kepada Allah. Rezeki tak pernah salah alamat . Hehe
Selamat berniaga online tuan
Semoga barang dagangan tuan laku dan rezeki berkat
Boleh bayar zakat
Betul. Dan berniaga biar barang original
Kalau jual barang ciplak pun dah kira salah tu
Berniaga barang tiruan
Modal dah keluar
Lepas tu barang di rampas pihak berkuasa
Memang risiko tinggi
Kalau modal banyak tu saya beli property buat rumah sewa atau homestay dan beli emas . Risiko kurang . Belajar pengurusan homestay dulu dan emas di simpan sebagai simpanan jangka panjang. Tak rugi beli emas sebab duit kertas tak ada nilai .
Curahan rasa rahimah majid @ ..Pakej Melancong Ke Turki 2017 – Istanbul Aku Datang
Betul, dengan hartanah kita boleh lipat harga dengan kadar yang tinggi. Rumah yang dahulu cuma RM42,000 kini sudah bernilai RM100,000 ke atas.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Bisnes Produk Digital Ebook Dan Video
Setiap pelaburan yang di buat mesti kena ada ilmu kan
Kalau tidak habis duit tu macam tu
Curahan rasa Ibu Zaid @ ..15 Pantang Larang Ibu Mengandung. Elak Sungguh Sungguh!
Property dunia ramai yang minat. Property akhirat pun kta boleh dapat
Dengan wakaf dan sedekah
Setiap bisnes ada risiko …. pada saya , melabur dalam bidang property adalah menguntungkan. Aset untuk jangka masa panjang.
Curahan rasa palm homestay putrajaya @ ..Kelebihan tinggal di Palm Homestay Putrajaya
Rumah yang saya beli dulu RM178,000 kini nilainya RM345,000. Boleh buat refinance dan tambah hartanah lagi.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Bisnes Produk Digital Ebook Dan Video
Alhamdulillah, rezeki ada ilmu pelaburan hartanah
Dalam sibuk buat rumah di dunia
RUmah akhirat pun tambah sama juga
Cepat betul nilai hartanah naik ya
Terutama kalau dekat dengan kemudahan awam kan
Berniaga property tanpa ilmu pun boleh rugi
Sahabat saya beli property tapi nilai tak appreciate dengan masa
Negative cash flow
Comments are closed.