Tips kongsi bisnis bagi yang kurang modal

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat-sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali singgah.

Kali ini Abang nak kongsi ilmu bisnis yang ramai orang sudah buat tetapi masih terlalu ramai yang belum tahu. Abang pernah menulis dalam entri “Sifu bisnis yang mengajar Denaihati kata” tentang pentingnya menjadi orang luar biasa untuk berjaya dalam dunia bisnis. Ramai kawan-kawan bila Abang cerita buat bisnis, melabur di pasaran saham atau melabur dalam hartanah akan bagi alasan tak ada modal.

Tahukah anda?

Abang jumpa ramai kawan-kawan yang sudah berjaya sebagai usahawan dan pelabur, dulunya mereka pun tiada modal yang besar puluhan ringgit apatah lagi ratusan ribu. Mereka bermula dengan modal sangat sikit tapi jadi banyak dengan bergerak secara berkumpulan.

Contoh nak beli IPO (saham baru) perlukan RM45K, maka mereka cari 10 kawan yang boleh melabur sorang RM4500. Kemudian untung dibahagi 10, daripada keuntungan ambil 50% untuk diberi kepada semua team. Baki 50% untung dicampur dengan modal untuk beli IPO baru. Modal untuk beli IPO sudah meningkat RM45K + untung 50%. Formula tu diulang-ulang sehingga menjadi ratus-ratus ribu.

Contoh nak beli rumah lelong perlukan RM100K, maka mereka cari 20 kawan yang boleh melabur sorang RM5000. Kemudian untung dibahagi 20, daripada keuntungan ambil 50% untuk diberi kepada semua team. Baki 50% untung dicampur dengan modal untuk beli hartanah baru. Modal untuk belian baru sudah meningkat RM100K + untung 50%. Formula tu diulang-ulang sehingga menjadi ratus-ratus ribu malahan ada yang sudah bernilai berjuta-juta.

Akhir sekali bila sudah cukup modal mereka berpisah dan buat projek sendiri-sendiri tapi tetap duduk semeja ngopi berbincang bisnis yang mereka usahakan. Ini yang dikatakan orang luar biasa dengan idea bisnis luar biasa walaupun modal tak banyak tetap boleh jadikan kejayaan satu kenyataan.

Misi suatu hari duit boleh bekerja untuk kita itulah kebebasan kewangan.

Kalau tak faham Abang minta maaflah ya. Bahasa bisnis ni kadang memang rumit.

Abang Denaihati
Penulis Blog
Group Denaihati Network (terima kasih kepada 7K yg dah join group)

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

41 Comments

  1. modal bukan perkara utama bila nak mula bisnes, tapi ilmu dan kemahuan yang kuat yang penting, da orang boleh buat bisnes dengan modal seratus ringgit sahaja, walaupun ramai yang ketawakan dia, tapi hasilnya tengoklah…
    Curahan rasa mus @ ..Bisnes Toneexcel MudahMy Profile

  2. Kalau dapat partner yang betul2 berkomitmen tinggi dalam bisnes itu best juga buat macam ni. Tapi ramai juga yang akan ambil kesempatan. Jadi kalau mencari partner dalam bisnes kena cari yang betul2 jujur.

  3. Menjadi orang luar biasa walau pun modal tak banyak tapi dapat jadikannya kenyataan. Banyak lagi yang perlu dipelajari dan dikongsi tips bisnis bagi yang kurang modal. Hidup luar biasa.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!