Modal RM5000 boleh buat apa

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “idea bisnis dengan modal RM200K“. Kali ini Abang nak berkongi idea bisnis dengan modal RM5000.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Abang terbaca status facebook Tuan Mohd Zahid Arifen minta pendapat cara untuk gandakan duit RM5000. Macam-macam idea bagus dikongsikan oleh kawan-kawan tuan Zahid. Abang pun tidak mahu ketinggalan berkongsi sedikit ilmu yang ada.

Abang cadangkan beliau guna modal RM5000 melabur saham Bursa Malaysia untuk gandakan duit tersebut. Tuan Zahid balas balik cadangan Abang, adakah cukup  dengan modal RM5000 untuk melabur saham BSKL. Pasti ramai juga pembaca yang bertanyakan soalan yang sama kerana persepsi masyarkat untuk melabur saham BSKL mesti perlukan modal yang banyak.

Abang cadangkan buka akaun CDS di syarikat broker yang boleh memberi fasiliti margin contohnya RHB Securities, Kenanga Securities, Maybank Securities atau lain-lain yang berdaftar. Guna modal RM5000 beli saham yang asasnya kukuh untuk jangka masa panjang contoh Dagang Nexchange Bhd (Dnex).

Ketika entri ini ditulis harga Dnex adalah RM0.60. Dengan pembelian ini kita layak dapat fasiliti margin katalah tiga kali ganda daripada syarikat broker yang kita berdaftar, jadi kita boleh membeli saham lain bernilai RM15,000.

Klik untuk beli eBook Jual Beli saham yg menguntungkan

Katalah daripada fasiliti RM15,000 kita guna RM5000 untuk beli saham Censof Holding pada harga RM0.33 (harga semasa ketika entri ini ditulis). Kalau naik RM0.05 makna kenaikan 15% boleh lah dapat keuntungan lebih kurang RM750. RM750 untung guna semula beli saham Dnex untuk tambah fasiliti margin kita yang akan jadi RM17,000.

Pemilihan belian saham mestilah ikut indikator dan nasihat dari pakar saham. Ulang ulang ulang dan ulang jual beli saham dan tambah margin sehingga mencapai target yang ditetapkan. Kita tidak perlu beli saham hari-hari tetapi beli apabila mendapat pertunjuk yang jelas.

Mungkin ada yang target nak kumpul sehingga RM50,000 atau RM100,000 atau sejuta. Rugi pasti ada bukan confirm semua untung.

Abang sudah bertemu dengan seorang anak muda dari Kota Kinabalu yang trade saham BSKL secara part time dengan modal permulaan RM5000. Pada awal 2017 ketika Abang bertemu beliau, dana yang sudah terkumpul adalah RM700,000 dalam tempoh dua tahun lebih. Khabarnya pada Julai 2017 dana terkumpul terlah mencecah angka RM1juta.

Dari pengalaman Abang lebih 10 tahun memang boleh melabur saham BSKL dengan modal RM5000. Kuncinya mesti disiplin dan ikut teknik yang betul. Sekarang lagi mudah ada ramai sifu-sifu saham yang mengajar teknik saham yang betul untuk berjaya antara sifu saham yang Abang cadangkan adalah Master Yusnizam Yusoff.

Kepada kawan-kawan yang ada modal lebih banyak hasil daripada bisnis, pelaburan saham BSKL lah antara cara terbaik untuk mengandakan duit anda. Topik ini sudah beberapa kali Abang sentuh dalam entri-entri sebelum ini. Biarkan duit buat duit untuk kita.

Kawan-kawan pulak bagaimana nak gandakan duit RM5K.

Amir Denaihati
Founder Denaihati Network

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.

64 Comments

  1. Saya sangat berkenaan dengan topik ini. Sebab prinsip saya adalah memulakan bisnes dengan modal dibawah RM5000 kerana ia adalah sangat sesuai. Jika idea bisnes itu berjaya, modal seterusnya boleh dicari dengan mendapatkan pelaburan yang tepat, tetapi jika gagal modal RM5000 hangus terbakar masih dapat diterima walaupun pahit. Bayangkan jika kerugian RM200 ribu?
    Curahan rasa Hadi @ ..Pakej Honeymoon Langkawi: [Pekan Kuah]My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!