Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, tak sangka sekali lagi blog Denaihati dijemput untuk sesi test drive Honda untuk produk terbaru Honda Civic. Sebelum ini blog Denaihati telah berpeluang untuk review Honda Insight dan Honda Jazz Hybrid. Terima kasih kepada Honda Malaysia yang yakin dengan blog Denaihati.
Honda Civic Blogger Drive yang telah berlansung pada 29/6/2013 telah mengumpulkan ramai Top Blogger Malaysia untuk merasai sendiri kehebatan Honda Civic berbagai kuasa engine untuk dikongsikan kepada pembaca setia.
Ada Blogger berkumpul di Publika seawal jam 12 pm lagi walaupun acara bermula pada jam 1 pm. Blogger-blogger yang turut serta untuk Honda Civic Blogger Drive dipecahkan kepada 7 group di mana setiap group terdiri daripada 3 orang. Aku group ke-7 bersama 2 orang rakan blogger – Norfanil dan Gnesop. Berdebar juga rasa sebab kami belum tahu apa yang sebenarnya perlu dilakukan.
Setelah mendapat penerangan dari team Honda Malaysia barulah kami tahu ini adalah sesi test drive Honda Civic yang memerlukan kami memandu kereta Honda Civic Hybrid 1.5L SOHC i-VTEC dari Publika ke Rawang dan seterusnya ke Desa Park City. Group lain ada yang dapat memandu Honda Civic 1.8S SOHC i-VTEC dan Honda Civic 2.0S SOHC i-VTEC. Seronok dapat memandu Honda Civic Hybrid yang semakin mendapat perhatian. Tahu ke apa itu HYBRID kalau tak berapa pasti joom baca “Apa Itu Hybrid“.
Bermula di Publika, Blogger Gnesop menjadi pemandu pertama yang membawa kami ke Rawang sebelum tukar pemandu. Bro Gnesop memandu agak laju time tu. Kecut perut juga dibuatnya. Jalan yang kami lalu adalah berpandukan GPS yang telah disetkan dan juga arahan suara menerusi walkie talkie.
[tabs slidertype=”images” auto=”yes” autospeed=”4000″]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/honda-civic-blogger-drive-gnesop.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/honda-civic-blogger-drive-anarm-gnesop.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/honda-civic-blogger-drive-publika2.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/honda-civic-blogger-drive-publika.jpg[/imagetab]
[/tabs]
ECO Assist Gaya Memandu Jimatkan Bahan Api
Honda Civic Hybrid mempunyai fungsi [tooltip text=”Membantu mendidik pemandu untuk menggunakan teknik pemanduan yang lebih baik dan efisyen”]ECO Assist[/tooltip] yang membantu kita memandu dengan cara yang boleh menjimatkan penggunaan petrol atau bahan api kenderaan. Gaya pemanduan menjadi satu faktor yang menentukan penggunaan bahan api. Jika kereta dipandu laju, bahan api akan digunakan dengan banyak.
Tapi tak bermaksud kita kena memandu Honda Civic Hybrid dengan perlahan pada setiap masa semata-mata untuk menjimatkan petrol. Dengan fungi ECO Assist, ianya dapat mendidik kita cara pemanduan dengan lebih efisyen dan secara tak langsung dapat menjimatkan dari segi kos perbelanjaan petrol.
[tabs slidertype=”images” auto=”yes” autospeed=”4000″]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/honda-civic-blogger-drive-test.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/honda-civic-blogger-drive-test2.jpg[/imagetab]
[/tabs]
Sambil memandu, kami ditugaskan untuk merakam apa saja situasi, pemandangan, rakam ucapan atau sebagainya menggunakan iPad yang telah dibekalkan kepada kami dalam setiap kereta Honda Civic.
Sampai di checkpoint pertama, kami diarah untuk tukar pemandu. Aku ambil alih tugas sebagai pemandu kedua Honda Civic Hybrid 1.5L SOHC i-VTEC. Pemanduan seterusnya agak mencabar kerana lalu jalan yang tidak rata dan banyak selekoh berbahaya. Walaupun jalan tak rata, rasa selesa menaiki kereta Honda Civic Hybrid tak terjejas. Kawalan stereng semasa melalui selekoh pun sangat best. Memang terbaik. Ringan je nak pusing ke kiri dan ke kanan.
[tabs slidertype=”images” auto=”yes” autospeed=”4000″]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/honda-civic-blogger-drive-belok2.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/honda-civic-blogger-drive-konvoi.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/honda-civic-blogger-drive-hentian-sgbuloht.jpg[/imagetab]
[/tabs]
Blogger Norfanil mengambil alih tugas sebagai driver ketiga dan menuju ke lokasi Desa Park City. Trafik jem sikit masa tu pada sebelah petang. Akhirnya berjaya sampai ke Desa Park City. Di sana kami menjalani latihan di litar untuk sesi menguji sistem keselamatan yang ada pada kereta Honda Civic Hybrid 1.5L seperti ABS dan VSA. Masing-masing melenjan kereta Honda Civic secara habis-habisan. Haha.
Sistem Keselamatan Honda Civic Hybrid
[box type=”shadow”]ABS (Anti-lock Braking System) – Fungsinya adalah untuk mengelak tayar kereta daripada ‘terkunci’ semasa pemandu menekan brek pada waktu kecemasan. Keadaan tayar yang terkunci semasa dalam brek kecemasan adalah sangat bahaya kerana pemandu mudah hilang kawalan terhadap kenderaan dan tidak akan dapat mengelak daripada melanggar apa saja benda yang berada di hadapan.[/box]
Dengan adanya fungsi ABS ni, walaupun kita memijak brek sekuat mana sekalipun, sistem ABS akan memastikan kereta berhenti dengan selamat dengan tayar tidak terkunci. Kenderaan juga masih boleh dikawal semasa menekan brek bagi mengelak terlanggar sebarang objek yang berada di depan.
[tabs slidertype=”images” auto=”yes” autospeed=”4000″]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/honda-civic-blogger-drive-abs1.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/honda-civic-blogger-drive-abs2.jpg[/imagetab]
[/tabs]
[box type=”shadow”]VSA (Vehicle Stability Assist) – Sistem keselamatan ini bertindak untuk membantu mengawal kenderaan daripada hilang kawalan akibat kereta berada dalam keadaan tak stabil. Contohnya semasa kereta dipandu laju di jalan selekoh yang licin, kebiasaannya kenderaan akan mudah hilang kawalan dan terbabas.[/box]
Dengan adanya sistem VSA, ia akan bertidak dengan mengenakan brek secara automatik serta fungsi Electronic Power Steering (EPS) membantu mengurangkan putaran stereng dan secara tak langsung membuatkan kenderaan berada dalam keadaan stabil.
[tabs slidertype=”images” auto=”yes” autospeed=”4000″]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/honda-civic-blogger-drive-vsa1.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/honda-civic-blogger-drive-vsa2.jpg[/imagetab]
[/tabs]
Berdebar-debar juga semasa menjalani latihan di litar untuk menguji sistem keselamatan Honda Civic Hybrid. Bila semuanya dah selesai macam tak percaya pula dapat buat semua latihan lasak tu. Rasa seronok dan sangat-sangat berpuas hati.
Seterusnya kami kembali ke Publika untuk berehat dan makan-makan. Pada sebelah malam diadakan acara penyampaian hadiah kepada blogger-blogger bertuah yang menang dalam pertandingan semasa di litar pandu uji. Tahniah kepada semua pemenang. Akhir sekali, semua rakaman video setiap group yang dirakam menggunakan iPad telah diedit oleh video editor dan ditayangkan dalam majlis pada malam tu. Jom saksikan video bagaimana kami menguji pandu Honda Civic Hybrid 1.5L SOCH i-VTEC.
Honda – The Power of Dreams!
71 Comments
Perghhh kalau dapat sebuah ni, memang senyum sakan lah bertahun-tahun..haha
Curahan rasa Hafizul @ ..Dalamnya Manis Luarnya Pahit
aku yang kerja honda pun tak pernah test drive honda civic hybrid ni.hehehe
Curahan rasa arelan @ ..RuN aReLaN RuN
Honda Civic Awesome!!!
Curahan rasa terbaek network @ ..Sleep Paralysis / kene Tindih
naik bukit mcm mana? masih lambat pickup macam kereta hybrid yang lain?
Honda Civic ohsem! 😛
Curahan rasa Verne @ ..Nokia Lumia 1020 “zoom reinvented” Press Conference Live Streaming
sememangnya Honda terbaik dari segi engine nya… lagi terbaik kalau dapat memiliki Honda CRV Baru… idaman tu
Curahan rasa Potia Casadelarossa @ ..Blog Tercantik Idaman Blogger
honda, the power of my dream 🙂
Curahan rasa MK Kimi @ ..Refleksi Ramadan 2013
pergh! honda wxd tu mmg mengancam betullah
ohsemlah geng2 denaihati ni!
Curahan rasa hafizmd @ ..Berjaya Juga Buat Putu Homemade Gebu!
Lawa warna putih ngan itam.
lebih kurang sama dengan penggunaan bahan api gabungan bagi Toyota Prius , menjadikannya kereta sedan lima tempat duduk paling jimat minyak di Amerika Utara pada masa tersebut.
Curahan rasa Thaddeus Parks @ ..No last blog posts to return.
mesti bestkan buat ujian slalom tu
Curahan rasa hafiz @ ..Nak duit raya tak
dgr kata bro kid menang….pergh!
Curahan rasa hafizmd @ ..Berjaya Juga Buat Putu Homemade Gebu!
Dengar citer si KID pula menang ipod NANO sebab menang acara MINI SLALOM kan…..
Curahan rasa hazman aka species1980 @ ..WW : Menu SAHUR Malam Pertama RAMADAN 2013
Best kereta ni kan.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Khatam Al-Quran Dengan Mudah Dalam Masa 30 Hari
boleh tahan jugak kereta ni,
Curahan rasa Wan Gerrard @ ..Persoalan Mengenai Puasa; Batal Atau Tidak
Mana tuan Amir? Yang nampak cuma Gnesop, Norfanil dan Anarm je?.. 🙂
Curahan rasa Hairul Azni @ ..Kadar Bayaran Zakat Fitrah Untuk Semua Negeri Di Malaysia Bagi Tahun 2013
Anarm mewakili Denaihati Network
Comments are closed.