Honda Civic Hybrid Blogger Drive 2013

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, tak sangka sekali lagi blog Denaihati dijemput untuk sesi test drive Honda untuk produk terbaru Honda Civic. Sebelum ini blog Denaihati telah berpeluang untuk review Honda Insight dan Honda Jazz Hybrid. Terima kasih kepada Honda Malaysia yang yakin dengan blog Denaihati.

Honda Civic Blogger Drive yang telah berlansung pada 29/6/2013 telah mengumpulkan ramai Top Blogger Malaysia untuk merasai sendiri kehebatan Honda Civic berbagai kuasa engine untuk dikongsikan kepada pembaca setia.

honda civic blogger drive 2013

Ada Blogger berkumpul di Publika seawal jam 12 pm lagi walaupun acara bermula pada jam 1 pm. Blogger-blogger yang turut serta untuk Honda Civic Blogger Drive dipecahkan kepada 7 group di mana setiap group terdiri daripada 3 orang. Aku group ke-7 bersama 2 orang rakan blogger – Norfanil dan Gnesop. Berdebar juga rasa sebab kami belum tahu apa yang sebenarnya perlu dilakukan.

 

Setelah mendapat penerangan dari team Honda Malaysia barulah kami tahu ini adalah sesi test drive Honda Civic yang memerlukan kami memandu kereta Honda Civic Hybrid 1.5L SOHC i-VTEC dari Publika ke Rawang dan seterusnya ke Desa Park City. Group lain ada yang dapat memandu Honda Civic 1.8S SOHC i-VTEC dan Honda Civic 2.0S SOHC i-VTEC. Seronok dapat memandu Honda Civic Hybrid yang semakin mendapat perhatian. Tahu ke apa itu HYBRID kalau tak berapa pasti joom baca “Apa Itu Hybrid“.

Bermula di Publika, Blogger Gnesop menjadi pemandu pertama yang membawa kami ke Rawang sebelum tukar pemandu. Bro Gnesop memandu agak laju time tu. Kecut perut juga dibuatnya. Jalan yang kami lalu adalah berpandukan GPS yang telah disetkan dan juga arahan suara menerusi walkie talkie.

[tabs slidertype=”images” auto=”yes” autospeed=”4000″]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/honda-civic-blogger-drive-gnesop.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/honda-civic-blogger-drive-anarm-gnesop.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/honda-civic-blogger-drive-publika2.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/honda-civic-blogger-drive-publika.jpg[/imagetab]
[/tabs]

ECO Assist Gaya Memandu Jimatkan Bahan Api

Honda Civic Hybrid mempunyai fungsi [tooltip text=”Membantu mendidik pemandu untuk menggunakan teknik pemanduan yang lebih baik dan efisyen”]ECO Assist[/tooltip] yang membantu kita memandu dengan cara yang boleh menjimatkan penggunaan petrol atau bahan api kenderaan. Gaya pemanduan menjadi satu faktor yang menentukan penggunaan bahan api. Jika kereta dipandu laju, bahan api akan digunakan dengan banyak.

Tapi tak bermaksud kita kena memandu Honda Civic Hybrid dengan perlahan pada setiap masa semata-mata untuk menjimatkan petrol. Dengan fungi ECO Assist, ianya dapat mendidik kita cara pemanduan dengan lebih efisyen dan secara tak langsung dapat menjimatkan dari segi kos perbelanjaan petrol.

[tabs slidertype=”images” auto=”yes” autospeed=”4000″]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/honda-civic-blogger-drive-test.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/honda-civic-blogger-drive-test2.jpg[/imagetab]
[/tabs]

Sambil memandu, kami ditugaskan untuk merakam apa saja situasi, pemandangan, rakam ucapan atau sebagainya menggunakan iPad yang telah dibekalkan kepada kami dalam setiap kereta Honda Civic.

Sampai di checkpoint pertama, kami diarah untuk tukar pemandu. Aku ambil alih tugas sebagai pemandu kedua Honda Civic Hybrid 1.5L SOHC i-VTEC. Pemanduan seterusnya agak mencabar kerana lalu jalan yang tidak rata dan banyak selekoh berbahaya. Walaupun jalan tak rata, rasa selesa menaiki kereta Honda Civic  Hybrid tak terjejas. Kawalan stereng semasa melalui selekoh pun sangat best. Memang terbaik. Ringan je nak pusing ke kiri dan ke kanan.

[tabs slidertype=”images” auto=”yes” autospeed=”4000″]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/honda-civic-blogger-drive-belok2.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/honda-civic-blogger-drive-konvoi.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/honda-civic-blogger-drive-hentian-sgbuloht.jpg[/imagetab]
[/tabs]

Blogger Norfanil mengambil alih tugas sebagai driver ketiga dan menuju ke lokasi Desa Park City. Trafik jem sikit masa tu pada sebelah petang. Akhirnya berjaya sampai ke Desa Park City. Di sana kami menjalani latihan di litar untuk sesi menguji sistem keselamatan yang ada pada kereta Honda Civic Hybrid 1.5L seperti ABS dan VSA. Masing-masing melenjan kereta Honda Civic secara habis-habisan. Haha.

Sistem Keselamatan Honda Civic Hybrid

[box type=”shadow”]ABS (Anti-lock Braking System) – Fungsinya adalah untuk mengelak tayar kereta daripada ‘terkunci’ semasa pemandu menekan brek pada waktu kecemasan. Keadaan tayar yang terkunci semasa dalam brek kecemasan adalah sangat bahaya kerana pemandu mudah hilang kawalan terhadap kenderaan dan tidak akan dapat mengelak daripada melanggar apa saja benda yang berada di hadapan.[/box]

Dengan adanya fungsi ABS ni, walaupun kita memijak brek sekuat mana sekalipun, sistem ABS akan memastikan kereta berhenti dengan selamat dengan tayar tidak terkunci. Kenderaan juga masih boleh dikawal semasa menekan brek bagi mengelak terlanggar sebarang objek yang berada di depan.

[tabs slidertype=”images” auto=”yes” autospeed=”4000″]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/honda-civic-blogger-drive-abs1.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/honda-civic-blogger-drive-abs2.jpg[/imagetab]
[/tabs]

[box type=”shadow”]VSA (Vehicle Stability Assist) – Sistem keselamatan ini bertindak untuk membantu mengawal kenderaan daripada hilang kawalan akibat kereta berada dalam keadaan tak stabil. Contohnya semasa kereta dipandu laju di jalan selekoh yang licin, kebiasaannya kenderaan akan mudah hilang kawalan dan terbabas.[/box]

Dengan adanya sistem VSA, ia akan bertidak dengan mengenakan brek secara automatik serta fungsi Electronic Power Steering (EPS) membantu mengurangkan putaran stereng dan secara tak langsung membuatkan kenderaan berada dalam keadaan stabil.

[tabs slidertype=”images” auto=”yes” autospeed=”4000″]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/honda-civic-blogger-drive-vsa1.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/honda-civic-blogger-drive-vsa2.jpg[/imagetab]
[/tabs]

Berdebar-debar juga semasa menjalani latihan di litar untuk menguji sistem keselamatan Honda Civic Hybrid. Bila semuanya dah selesai macam tak percaya pula dapat buat semua latihan lasak tu. Rasa seronok dan sangat-sangat berpuas hati.

Seterusnya kami kembali ke Publika untuk berehat dan makan-makan. Pada sebelah malam diadakan acara penyampaian hadiah kepada blogger-blogger bertuah yang menang dalam pertandingan semasa di litar pandu uji. Tahniah kepada semua pemenang. Akhir sekali, semua rakaman video setiap group yang dirakam menggunakan iPad telah diedit oleh video editor dan ditayangkan dalam majlis pada malam tu. Jom saksikan video bagaimana kami menguji pandu Honda Civic Hybrid 1.5L SOCH i-VTEC.

Honda Civic memang best! Aku cukup suka dengan fungsi power steering, handling dan brek yang ada pada kereta Honda Civic Hybrid ni. Berminat nak dapatkan maklumat lanjut tentang Honda Civic boleh tengok di laman web Honda Civic dan juga Facebook Honda Malaysia.

Honda – The Power of Dreams!

honda civic blogger drive 2013


Spread the love

71 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!