Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kehidupan seseorang manusia tidak lepas daripada ditimpa ujian, dugaan dan cabaran. Bentuk ujian yang menimpa itu berbeza ke atas seorang dengan seseorang yang lain. Ada yang Allah berikan ujian kecil dan ada pula ujian yang besar. Ada yang Allah singkatkan ujiannya dan ada yang berpanjangan.
Segala apa yang berlaku dalam kehidupan kita sama ada kesusahan ataupun kesenangan, semuanya ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan. (Surah Al Anbiya: 35)
Ujian datang pelbagai bentuk
Ujian-ujian yang dihantar oleh Allah itu datang silih berganti dalam pelbagai rupa dan bentuk. Setiap kita diuji olah Allah berbeza-beza mengikut tahap kemampuannya. Allah telah menyatakan dengan jelas di dalam Al-Quran bahawa DIA tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah tidak sayang kepada kita tetapi percayalah Allah menguji kita kerana DIA sangat mengasihi kita. Cuma adakalanya kita sebagai hambaNya, adakala tidak mampu bersabar dan bertahan dalam menghadapi ujianNya.
Allah nak lihat ke mana kita pergi apabila ujian menimpa. Adakah dengan merungut tanpa arah? Atau terus mendekatkan diri kepada Maha Kuasa?
Hikmah di sebalik ujian
Kita sebagai manusia biasa pastinya tidak akan dapat menjangka bilakah ujian itu akan muncul tiba dan berakhir. Apabila perkara ini berlaku, setiap ujian yang datang seharusnya akan mendekatkan lagi diri dan pergantungannya kepada Allah. Hendaklah kita yakin bahawa tidak akan berlaku sesuatu musibah itu kecuali dengan kehendak Yang Maha Pencipta.
Bila merenung kembali, aku telah diuji sudah beberapa bulan lamanya. Pembedahan untuk ayah di Institut Jantung Negara, menguruskan pemindahan rumah yang berlarutan, kehilangan ibu saudara dan sepupu yang tidak pernah bersua beberapa minggu lepas dan yang terbaru dengan berlaku pendarahan dalam kepala anak kedua tersayang.
Aku yakin dan percaya setiap apa yang berlaku adalah ketentuan dari Allah SWT. Waima sehelai dedaun yang gugur dari pohon pun adalah dengan izin Allah SWT.
Di saat sukar ini, Allah telah jentik hati ramai orang, Allah telah hadirkan sahabat-sahabat lama 10 dan 20 tahun yang lalu, untuk bersama-sama kami sekeluarga. Yang jauh dan dekat serta yang baru mengenali tidak putus-putus mendoakan. Aku sangat bersyukur dan sedikit demi sedikit membuka mata dan hikmah di sebalik kejadian.
Ujian kesabaran dan ketabahan
Baru-baru ini juga bagi penduduk di sekitar lembah klang di mana berlaku ketiadaan air, kerosakan yang perlu dibaiki untuk beberapa hari.
Itu juga satu bentuk ujian dan dugaan yang Allah berikan kepada kita semua. Dari situ, pelbagai kisah dan peristiwa yang berlaku tidak kira di kawasan perumahan mahupun di laman sosial. Ketabahan, kegigihan dan kesanggupan yang menanggung apa yang berlaku membuatkan kita lebih tabah dan sabar. Di akhir zaman juga kita akan di uji dengan ketiadaan air atau kemarau.
Ayuh kita semua bermuhasabah dan menilai kembali segala prasangka buruk yang mungkin pernah bermain di fikiran kita kala kita diuji. Inilah saat dan waktu kalian yang membaca, merubah fikiran kita dan mula memandang ujian-ujian yang telah dan akan kita lalui sebagai sebuah ‘hadiah’ dari Allah dan bukan lagi satu bebanan.
Akhir sekali, doakan untuk kesembuhan Muhammad Farhan bin Hisyamudin yang telah menjalani pembedahan Burr Hole iaitu mengeluarkan darah beku dalam kepala. Yakin dan percaya perubahan positif akan berlaku serta keajaiban doa sebagai senjata orang mukmin.
#DoaUntukFarhan
60 Comments
Semoga baby Farhan cepat sembuh. Betul, inilah dugaan daripada-Nya. Dia pasti tak bagi dugaan yang kita sendiri tak mampu menanggungnya. InsyaAllah segalanya akan dipermudahkan oleh-Nya
Curahan rasa JMR @ ..Online Registration: Dayyan dah Nak Masuk Sekolah Rendah!
aamiin..
itulah kebenaran yang wajar sekali kita yakini.
setiap ujian yang Allah bagi itu adal hikmah yang tersendiri.
Curahan rasa mrhanafi @ ..Bertuahnya Dapat Minum Air Lemon Panas
Ada sesuatu yang Allah nak beri pada mereka yang di uji. Banyak sangka baik tuan. Insyaallah ada kebaikan di kemudian hari
Curahan rasa Azmi Abdul Rahman @ ..Umrah Bersama Anak Kecil? Ini tips supaya anak & keluarga kita tersenyum mengenangkan
Semoga cepat sembuh Muhammad Farhan. Pasti ada hikmah atas segala yang terjadi
Curahan rasa Aryn Fadz Lee @ ..CARA-CARA MEMILIH YANG KENDERAAN SESUAI UNTUK DISEWA UNTUK TRAVEL DI KOTA KINABALU, KUNDASANG DAN SELURUH SABAH
penyakit dan dugaan seperti ini datang secara tiba tiba. semoga kita semua dijauhi dari segala bala bencana
Curahan rasa nikkhazami @ ..Ulasan Filem Annihilation
Didoakan Allah permudahkan urusan adik Farhan sekeluarga dan pembedahan berjalan dengan lancar. In Shaa Allah. Amin Ya Rabbal A’lamin..
Curahan rasa Nur Razali @ ..Youth Skincare Produk Kecantikan Terbaru Shaklee 100% Vegan Formulasi Untuk Kulit Lebih Muda
setiap hari baca perkembangan farhan pada status FB kid. alhamdulillah berkat doa semua dan doktor/nurse, farhan dah sedar. setiap hari ada perkembangan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Resepi Biskut Alien Viral Yang Betul
saya juga tumpang gembira dan bersyukur dengan perkembangan tersebut..
moga ayah dan ibu Farhan terus bersangka baik dan mensyukuri segala ujian yang mereka terima..
hidup adalah ujian …
Curahan rasa mrhanafi @ ..Belajar Menulis Luahan Hati Sendiri
semoga parents farhan terus tabah dan tak pernah ptus asa utk beri yang terbaik utk farhan
Saya pernah depress 4bulan sebab kerja yang teramat teruk. Alhamdulillah lepas ujian tu, perniagaan bertambah maju. alhamduliallha, kena banyak bertaubat dan berdoa.
4 bulan lama tu. kalau depress sangat sangat blood pressure bleh naik dan menjejaskan kesihatan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Resepi Biskut Alien Viral Yang Betul
Semoga penulis & keluarga diberikan kesihatan yang baik & dipermudahkan segala urusan. Aamiin. Bersabar atas segala ujian & sentiasa dekatkan diri dengan Allah. Mampu tempuhi ujian dengan sabar, itu tanda kita kuat!
setiap kejadian ada hikmah yang tersendiri..
semoga orang yang terkena musibah memperkuatkan kesabaran pada tahap tertinggi
Curahan rasa mrhanafi @ ..Bagaimana Urus Duit RM50 Untuk Makan Seminggu
Allahumma antassalam.
Tuan, bacalah doa ummu salamah semasa diuji sebegini. Pasti Allah akan ganti dengan lebih baik
Innalillahi wa inna ilaihi rajiun
Allahumma urjuni fii musibati
Wa akhlifli khairan minha
Curahan rasa Mama Hakim @ ..LPPSA Pinjaman Perumahan Kerajaan. 5 Tips Mudah Supaya Lulus!
Kasihan Farhan..
Cepat sembuh Farhan.
Farhan kan kuat ..
apapun terus bersangka baik untuk mendapat kesan luarbiasa.
Curahan rasa mrhanafi @ ..Bagaimana Urus Duit RM50 Untuk Makan Seminggu
Allahuakbar, semoga diberi kesembuhan. Yakin pasti ada hikmah di sebalik dugaan ini.
ye. setiap yang berlaku pasti ada hikmah nya mana tahu kejadian ini bakal mmberi rezeki
Semoga diberikan kesembuhan dan dapat sihat seperti sedia kala. Semoga diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujian yang menimpa. Sama-samalah kita berdoa ye.
Curahan rasa Ira @ ..Tips Hamil Dengan Mudah
Semoga adik Farhan dimudahkan segala urusannya. Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hikmahnya yang memerlukan renungan dari kita semua. Allah menguji sesuatu perkara mengikut kemampuan hambaNya menerima.
Curahan rasa Al-Manna Ameer @ ..Al-Salwa Ameer
Aamiin.
Saya sangat percaya.
Allah SWT hanya akan menguji hambanya mengikut kemampuan.
Dia Maha Mengetahui.
Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Bersabarlah dan redha atas segala ujian yang kita terima.
Curahan rasa mrhanafi @ ..Petros Mercu Kejayaan Masa Depan Sarawak
semoga segalanya dipermudahkan dan adik farhan kembali sihat seperti sedia kala
In Sha Allah pasti ada hikmah disebalik ujian ini
Curahan rasa Hans @ ..Tips Murah Rezeki
Comments are closed.