Tanggungjawab sebagai pengguna platform media sosial

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,

menggunakan media sosial bukanlah perkara yang asing pada zaman sekarang. Setiap hari, sesiapa yang menggunakan telefon pintar, biasanya akan terlibat dengan aktiviti di media sosial. Bezanya platform yang digunakan sahaja. Ini adalah perkara yang perlu kita uruskan dengan baik.

Menggunakan media sosial, kita mempunyai tanggungjawab untuk menjadi netizen yang bertika dan tidak sekadar gemar menyebarkan berita-berita yang belum tentu kesahihannya dan seumpamanya. Jika sebelum ini, kita telah berbincang bagaimana penulisan boleh menjadi saham akhirat dalam artikel Bagaimana blog boleh menjadi saham akhirat, kali ini ingin membawa perbincang dalam skop yang lebih meluas.

Tanggungjawab media sosial

Sosial media sebahagian daripada kehidupan

Mahu atau tidak, media sosial sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan, saban hari apabila kita memulakan aktiviti, perkhidmatan perhubungan seperti WhatsApp akan digunakan. Semua perkhidmatan ini boleh digunakan untuk menyampaikan kebaikan atau sebaliknya.

Apabila kita sebagai pengguna menjadi medium utama platform ini berkembang, adalah penting untuk kita tidak terjebak dalam aktiviti seperti penyebaran fitnah dan seumpamanya. Fitnah atau berita palsu sangat mudah tersebar dengan wujudnya fungsi seperti share, like dan komen.

Ini semua adalah perkara yang akan menjadi saham kita di akhirat. Hanya dengan alasan, “saya pun tak pasti, share sebab nak dapatkan kepastian” tidak menyebabkan kita terlepas daripada tanggungjawab menyebarkan berita tersebut. Alangkah lebih baik, jika kita menyebarkan berita kebaikan, pesanan yang baik dan nasihat yang berguna serta ilmu yang bermanfaat.

Media sosial serampang banyak mata

Social media sebagai platform serampang banyak mata

Kita biasa dengar pepatah Inggeris “bunuh dua ekor burung dengan satu biji batu”. Bermaksud, kita boleh melakukan sesuatu perkara dan mendapat hasil yang lebih daripada satu. Begitu juga dalam skop pengurusan aktiviti di media sosial, melakukan sesuatu perkara, kita akan dapat kesan atau hasil lebih daripada satu.

Contoh apabila kita menulis status di mana-mana platform, kita akan dapat membina perhubungan, meningkatkan kredibiliti, membuat jualan dan dalam masa yang sama menyampaikan ilmu yang bermanfaat.

Begitu juga dalam skop yang negatif, menulis perkara keburukan akan menyebabkan kita turut menerima banyak hasil, akan terbina perhubungan yang terasing, kredibiliti tercalar, orang akan mula mengasingkan diri daripada kita, dan akan wujud tanggapan yang tidak bagus.

Begitu hebat penangan platform media sosial sekarang ini. Jualan boleh laris disebabkan media sosial dan dalam masa yang sama, perniagaan boleh tutup disebabkan perkara yang sama.

Tanggungjawab sebagai insan

Tanggungjawab sebagai insan yang baik

Oleh yang demikian, adalah sangat-sangat penting untuk kita menguruskan aktiviti di media sosial ini dengan penuh tanggungjawab. Tanggungjawab sebagai seorang rakyat yang prihatin, tanggungjawab sebagai seorang umat manusia, tanggungjawab sebagai jiran, dan tanggungjawab sebagai seorang netizen yang cakna keperluan untuk menguruskan setiap info dengan baik.

Pernah dengar iklan dengan slogan “Tidak pasti, jangan kongsi”.

Ianya sangat penting untuk kita hayati, bukan sekadar sebarkan kerana ingin tingkatkan engagement di media sosial. Usahlah kita menjadikan nombor atau statistik sebagai kayu ukur semata-mata. Pegangan agama perlu turut diterapkan agar kita mendapat keberkatan dalam aktiviti seharian.

Tanggungjawab kepada agama, sila pastikan kita tidak menjadi insan yang masih sibuk dengan aktiviti media sosial, sedangkan kita dalam proses untuk menghadap Tuhan pada ketika itu. Banyak sangat contoh tidak sihat yang boleh kita tampilkan, tapi cukuplah kita amati dalam kehidupan seharian.


Spread the love

64 Comments

  1. Serius kata, sapa yang baca ni, uruskanlah aktiviti di media sosial ini dengan penuh tanggungjawab. Tanggungjawab sebagai seorang rakyat yang prihatin. hidup Malysia Baharu abam Kiddo!

  2. Begitu hebat penangan platform media sosial sekarang ini. Jualan boleh laris disebabkan media sosial dan dalam masa yang sama, perniagaan boleh tutup disebabkan perkara yang sama.

  3. Usahlah kita menjadikan nombor atau statistik sebagai kayu ukur semata-mata. Pegangan agama perlu turut diterapkan agar kita mendapat keberkatan dalam aktiviti seharian.

  4. Menulis perkara keburukan akan menyebabkan kita turut menerima banyak hasil, akan terbina perhubungan yang terasing, kredibiliti tercalar, orang akan mula mengasingkan diri daripada kita, dan akan wujud tanggapan yang tidak bagus.

  5. Kami berpegang kukuh dengan term, “Tak pasti jangan kongsi..’ diharap, tahun 2019, netizen di Malaysia mula berubah..

    1. HAHA cerita dalam selimut rumahtangga tu memang menjadi perkongsian yang tengah trend in skang kan. tak faham apa motif

      1. Betul tu NK. Sedikit sebanyak akan mempengaruhi tindakan seterusnya drp orang lain. Jangan kita jadi punca menyebarkan benda salah

  6. Teknologi memang ada baik & buruknya.

    Jika kita bijak, mesti kita akan gunakan setiap nikmat ni ke arah kebaikkan. Gunakan ke arah keburukan, maka buruklah yang kita dapat. Terbaik artikel tn 🙂

    1. Alangkah baiknya teknologi digunakan secara max untuk kebaikan. Ramai orang yang akan dapat manfaat, termasuklah mereka yang tak tahu guna teknologi

    2. Jika kita bijak, mesti kita akan gunakan setiap nikmat ni ke arah kebaikkan. Gunakan ke arah keburukan, maka buruklah yang kita dapat.

    3. Betul tu, bila kita menulis status di mana-mana platform, kita akan dapat membina perhubungan, meningkatkan kredibiliti, membuat jualan dan dalam masa yang sama menyampaikan ilmu yang bermanfaat.

  7. Tidak pasti, Jangan kongsi.

    Itulah juga yang diajar oleh Islam, jika kita sebar benda yang tak pasti atau tak betul, kita juga menipu walaupun kita tidak tahu.

    Dalam Malaysia, orang marah bila JPJ saman tuan kereta/motor sekali sebab sepatutnya hanya yang guna saja. Tapi itulah hakikatnya, tuan tersebut bertanggungjawab atas kesalahan. Jika tuan tidak bagi kebenaran, tiada saman untuk pesalah. Tiada saman untuk pesalah, tiada saman untuk tuan kereta/motor.
    Curahan rasa Naziman Azlye @ ..Bukan Scam – Modal Melabur RM1000 dan Untung 4300% dalam 2 hariMy Profile

    1. best analoginya. 2,3 kali juga say baca untuk fahm antara JPN, sama, kereta & pemilik kereta yang memandu..hehe

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!